Assalamualaikum dan Selamat Tengahari..
Baru-baru ni Jaja ada buat biskut tiramitsu... senang jugak la buat pencuci mulut ni.. bahan-bahan yang digunakan juga terpulang pada individu yang membuatnya.. ada yang mewah bahan-bahannya dan ada juga yang biasa-biasa aje... kreativiti individu dalam masakan tak perlu dipertikaikan asalkan jangan yang merepek dan tak boleh diterima dek akal sudah...
Biskut Tiramitsu
Bahan-bahan
1 tin susu cair
1 tin air
5 sudu gula pasir
4 sudu tepung kastad
sedikit esen vanila
Biskut merry
Milo
Nestum
Cara-cara :
1. Blender susu cair, air, tepung kastad, gula dan esen vanila sehingga teksturnya halus.
2. Masukkan bahan yang dikisar ke dalam kuali/ periuk. Masak sehingga mendapat kepekatan yang diingini.
3. Gunakan api sederhana (api besar nanti hangus) dan sentiasa kacau kastad tersebut supaya tidak bergentel/berketul-ketul.
4. Setelah mendapat kelikatan yang diingini, tutup api.
5. Tuangkan sedikit kastad ke dalam bekas. Ratakan sehingga menutupi dasar bekas tersebut.
6. Susun biskut merry di atas kastad tersebut. Tekan sedikit biskut supaya biskut tersebut melekat dengan kastad.
7. Tuang sedikit kastad ke atas biskut merry yang telah disusun. Adunan mesti menutupi keseluruhan biskut merry.
8. Tabur milo diatas kastad diikuti dengan nestum.
9. Susun biskut merry di atas lapisan milo dan nestum. Tekan sedikit biskut merry.
10. Selepas itu tuang kastad ke atas biskut merry dan ulang langkah seterusnya sehingga mendapat ketebalan lapisan yang diingini.
11. Sejukkan biskut tiramitsu ini di dalam peti sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.
12. Siap
p/s : boleh guna apa sahaja biskut (biskut chipmore, merry, kracker).. sukatan gula pun ikut kemanisan masing-masing.. selain daripada itu, boleh tambah hirisan badam, coklat rise dan sebagainya untuk menyedapkan lagi biskut tiramitsu ni. Ada yang terlebih dahulu mencelup biskut ni dalam bancuhan air nescafe sebelum disusun, terpulang pada citarasa masing-masing...
Milo dan nestum
Kastad yang sedang dimasak hingga likat
Lapisan pertama (lapisan paling bawah)
Biskut di susun diatas kastad (lapisan kedua)
Lapisan ketiga (kastad dan Milo)
Lapisan keempat (Nestum)
"Bila Allah cepat makbulkan doamu, Maka DIA menyayangimu, Bila DIA lambat makbulkan doamu, Maka DIA ingin mengujimu, Bila DIA tidak makbulkan doamu, Maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu. Oleh itu, Sentiasalah bersangka baik pada ALLAH"
Showing posts with label Pencuci Mulut. Show all posts
Showing posts with label Pencuci Mulut. Show all posts
Tuesday, January 6, 2015
Monday, July 23, 2012
Pulut dan Serawa Durian
Assalamualaikum.... Hari Jumaat lepas kat pejabat Jaja ada majlis tahlil.... setiap individu yang hadir akan bawa pulang pulut dan serawa durian....bukan buah durian tau!!!... Balik rumah Jaja hias la pulut & serawa durian ni cantik-cantik....hehehe.... Durian atas pulut tu memang dah sedia ada dalam peti ais Jaja.... ambil dan letak je.... hehehe....
oh ya, kalau nak kasi durian tahan lama dalam peti ais, Mak Jaja pesan supaya tutup dengan plastik makanan (plastic cling).....Jaja letak durian dalam tupperware, pastu letak plastik makanan tutup semua permukaan tupperware dan baru tutup dengan penutup tupperware..... Jaja dah simpan dalam peti ais dari minggu lepas... Bila Jaja buka tupperware, durian masih dalam keadaan elok... tak berair.... air (wap) akan membeku kat plastik yang kita letak..... ini cara simpan durian kat tempat beku (pintu atas).... :)
oh ya, kalau nak kasi durian tahan lama dalam peti ais, Mak Jaja pesan supaya tutup dengan plastik makanan (plastic cling).....Jaja letak durian dalam tupperware, pastu letak plastik makanan tutup semua permukaan tupperware dan baru tutup dengan penutup tupperware..... Jaja dah simpan dalam peti ais dari minggu lepas... Bila Jaja buka tupperware, durian masih dalam keadaan elok... tak berair.... air (wap) akan membeku kat plastik yang kita letak..... ini cara simpan durian kat tempat beku (pintu atas).... :)
Pulut & Serawa Durian
Subscribe to:
Posts (Atom)