Tuesday, March 27, 2012

Tragedi demi tragedi...

SETIA ALAM: “Saya kecewa dengan tindakan pemilik taska yang menuduh kami tidak bertanggungjawab kerana tidak selidik sejarah kesihatan bayi kami sedangkan mereka tidak cuba tolong hantar bayi saya ke mana-mana hospital atau klinik berdekatan bagi mendapatkan bantuan kecemasan,” kata Tan Khai Yin, 34, bapa kepada seorang bayi lelaki yang meninggal sewaktu dalam jagaan pengasuhnya di sebuah pusat jagaan harian, di sini, Jumaat lalu.
Ibu mangsa, Tai Loon Eng, 30, terkejut selepas menerima panggilan telefon daripada pemilik taska berkenaan memberitahu bayinya sudah tidak bergerak dan warna kulit bayinya bertukar menjadi ungu dalam kejadian Khamis lalu.


“Kira-kira jam 2.15 petang, pemilik taska menghubungi saya dan memaklumkan bayi saya, Tan Yan Xue, berusia 3 bulan tidak menunjukkan sebarang tanda bernafas. Saya kemudian bergegas ke taska itu dan sewaktu dalam perjalanan saya menghubungi ambulans serta seorang jiran.

“Saya minta tolong jiran periksa bayi saya terlebih dulu, sementara saya pula bergegas dari tempat kerja di Glenmarie. Tetapi apabila tiba, bayi saya masih tidak sedarkan diri dan berada di taska itu,” katanya.


Tai dan suami pada mulanya menyangka anak sulung mereka itu meninggal dunia akibat tercekik susu kerana kesihatan anaknya baik pada pagi sebelum kejadian. “Walaupun punca kematian masih belum diketahui, tapi kami berasa ada sesuatu yang mencurigakan berlaku terhadap bayi kami,” katanya. - Sumber Harian Metro

terkedu sebentar Jaja bila baca artikel ni tadi... Jaja dah buat perancangan untuk hantar baby Humaira ke taska bulan Jun nanti... sampai bila mummy nak jaga baby Humaira... kesian kat mummy... tapi bila dah baca artikel ni, hati jadi berbelah bagi... Ya Allah, Kau kuatkan la semangatku.... memang ini dikatakan suratan takdir tapi sebagai ibubapa yang nak menghadapi situasi macam ni, cukup memilukan....

No comments:

Post a Comment