BAHAN-BAHANNYA :
2 cawan Tepung Gandum
1 camca besar Susu Pekat Manis
2 camca besar Gula Pasir
2 camca besar Marjerin
1/2 camca teh Garam
1 camca teh instant Yis Mauripan (bancuh dengan air)
Sedikit air
Minyak untuk mengoreng
Gula Pasir (Untuk salut donut)
CARA MEMBUATNYA :
1. Satukan tepung gandum, garam, susu pekat manis, gula pasir dan marjerin. Gaul rata. Masukkan bancuhan yis dan tambah dengan sedikit air hingga boleh diuli menjadi doh. Uli hingga licin dan tidak melekat pada bekas adunan dan jari.
2. Bulatkan doh mengikut saiz yang diingini. Biarkan seketika sehingga doh naik atau mengembang.
3. Panaskan minyak dan goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Biarkan donut sejuk.
4. Mesin gula pasir sehingga halus dan gaul donat dengan gula tersebut. Boleh dihidangkan.
Doh yang telah siap dibulatkan dan mengembang
Di goreng dalam minyak yang sederhana panas (oppss mau gelita ku punya donut)
Toskan donut yang telah di goreng (macam cucur badak la)
Salutkan donut dengan gula pasir yang telah di mesin halus
No comments:
Post a Comment