salam semua... hari ni sepanjang hari ujan... dari pagi hingga ke saat ni.... hujan turun bawa rahmat, so tak payah la kita mengeluh... hujan ni juga bole bersihkan bumi kita yang dah kotor ni... eh, macam pegawai alam sekitar pulak... hehehe... hari ni takde aktiviti outdoor... semuanya indoor... ni la masanya untuk kemas2, bersih2kan apa yang patut... :)
Hari ni Jaja ada ckit semangat untuk memasak...bukannya malas tapi kurang rajin... hahaha.... lagipun Jaja tak pandai memasak...menu hari ni ringkas je... cite bab mkn ni teringat akan hal yang terjadi masa sesi masak memasak ni.... semangat masak katakan.. kul 12.30 tengahari semua dah settle... tak sedar ada benda yang tak buat... dalam kul 2 petang baru perut terasa lapar... so apa lagi, soru time la... g dapur buka penutup periuk nasi... laaaaa rupanya nasi tak masak lagi... Ya Allah, terlupa sungguh... sementara tunggu nasi masak saya layan tv dulu tp dalam hati rasa nak nangis sebab lapar... ni semua salah sendiri... huhuhu.... sendiri buat sendiri tanggung... ok, kat bawah ni Jaja nk share resepi...
Gulai Ikan Duri
Bahan-bahan :-
4 potong ikan duri (bole guna ikan lain)
1 bungkus rempah kari ikan Baba's
1 sudu besar serbuk cili Baba's
1 ulas bawang besar - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 tangkai daun kari
1 biji tomato
4 batang kacang bendi
santan
Air asam jawa
1 kuntum Bunga Lawang
3 kuntum Bunga Cengkih
1 batang Kayu Manis
2 biji buah pelaga
Minyak masak
garam & serbuk perasa
Cara-caranya :-
1. Cuci ikan duri sebersih-bersihnya dan toskan.
2. Panaskan minyak, tumis bunga lawang, cengkih, buah pelaga dan kayu manis bersama-sama daun kari.
3. Masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah dihiris. Tumis sehingga naik bau dan garing.
4. Masukkan rempah kari ikan (bancuh dengan sedikit air) dan serbuk cili. Tumis hingga garing dan naik minyak.
5. Masukkan sedikit santan dan air asam jawa. kacau.
6. Masukkan ikan dan sedikit lagi santan. Rasakan kuah tersebut dengan garam dan serbuk perasa.
7. Setelah kuah hampir masak, masukkan kacang bendi.
8. Setelah kacang bendi lembut, masukkan tomato dan tutup api.
Sayur Kobis Goreng
Bahan-bahanya :-
1/4 sayur kobis
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sudu teh biji sawi
sedikit serbuk kunyit
Ikan bilis
minyak masak
garam dan serbuk perasa
Cara-caranya :-
1. Bersihkan sayur kobis. rendam dalam air garam buat seketika. Toskan. Hiris mengikut citarasa sendiri.
2. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih, ikan bilis hingga garing.
3. Masukkan biji sawi dan sedikit serbuk kunyit.
4. Masukkan sayur kobis, garam dan serbuk perasa. Goreng seketika saja. Jangan sampai layu.
5. Tutup api dan boleh dihidangkan
Sambal Belacan
Bahan-Bahan :-
2 biji Cili Merah
Sedikit Belacan
4 biji Cili Api (optional) (saya x letak)
1 biji Limau Kasturi
Cara-caranya :-
1. Cuci cili merah, cili api. patah-patahkan dan masukkan ke dalam lesung batu.
2. Masukkan belacan. Tumbuk hingga halus (ikut citarasa sendiri).
3. Perah limau kasturi ke dalam sambal belacan. Jaja tak guna garam sebab belacan dah masin.
No comments:
Post a Comment