Salam semua.... hari ini bangun pagi dengan bestnya... kenapa?... sebab hari ni cutiiiiii..... selalunya klu hari isnin mesti rasa liat nak bangun pagi... monday blues katakan.... tapi tak boleh diamalkan sebab kita ni mencari rezeki... usah mengeluh ngeluh... kat luar sana ramai lagi orang yang masih tercari-cari kerja....
Kejap lagi nak kuar g Angsana... nak cari barang ckit sambil jamu-jamu mata...hehehe... nak g Jusco rasa malas pulak... takut nanti petang ujan... tak berapa best klu g jalan-jalan time ujan... ok la, tadi ada masak ckit... masak sayur je... lauk semalam masih ada lagi... tak leh nak buang...berdosa.. lagipun penat cari duit..
Bok Choy Bebola Daging
Bahan-bahan :-
1 ikat Sayur Bok Choy
5 ketul Bebola Daging
2 ulas Bawang Merah - hiris
1 ulas Bawang Putih - hiris
2 sudu besar Sos Tiram
1 sudu besar Lada Hitam - kisar
Minyak
Sedikit air
Cara-caranya :-
1. Cuci sayur hingga bersih dan toskan. potong sayur tersebut.
2. Bebola daging dibelah dua. Campur lada hitam ke dalam bebola daging.
3. Panaskan minyak. Goreng bebola daging hingga masak. Angkat dan toskan.
4. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang putih dan bawang merah hingga garing.
5. Masukkan sos tiram dan sedikit air. Setelah mengelegak, masukkan batang sayur bok choy.
6. Setelah agak lembut batang sayur bok choy, masukkan daunnya berserta bebola daging. kacau.
7. Tutup api dan boleh dihidangkan.
No comments:
Post a Comment