Wednesday, August 8, 2012

Murtabak Mee Segera

Assalamualaikum.... semalam sahur (Isnin) Jaja masak murtabak mee segera (meggie)... Jaja tinggal sorang-sorang malas nak masak yang berat-berat... ramai dah mencuba resepi murtabak ni... dan ada pelbagai cara atau bahan-bahan yang digunakan mengikut kretiviti dan citarasa masing-masing.... Jaja buat yang ringkas saja dan guna bahan-bahan yang ada dalam peti sejuk.... subuh-subuh gajah tak kan nak pergi kedai... kedai pun takde yang buka....hehehe... selalunya Jaja guna mee segera perisa kari jenama Maggi tapi kali ni Jaja guna mee segera kari jenama Mee Sedap... hahaha terpengaruh dengan iklan... Bagi Jaja kurang sedap... Maggi Kari tetap no. 1... hahaha....

Bahan-bahan
1 bungkus Mee Segera perisa Kari
3 tangkai Cili Api
1 batang sosej ayam
Lobak merah
1 biji telur Gred A
Air
Minyak masak
Mayonis
Sos Cili

Cara-caranya :
1) rebus mee segera hingga lembut. toskan
2) celur sekejap sosej dan toskan.
3) hiris cili api, lobak merah dan sosej mengikut bentuk kesukaan.
4) Masukkan mee segera ke dalam mangkuk. Masukkan cili api, lobak merah, sosej, serbuk perisa kari mee segera.
5) Pecahkan telur ke dalam mee segera. Gaul hingga sebati (pastikan semua bahagian mee segera bersalut dengan telur)
6) Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Masukkan mee segera tadi. tekan macam buat lempeng.
7) Bila 1 bahagian dah masak, alih ke bahagian yang belum masak. (macam buat telur dadar)
8) Siap dan boleh disajikan dengan sos cili dan mayonis.

mee segera, telur, cili api, lobak merah & sosej

mee segera direbus hingga lembut

mee segera yang dah lembut ditoskan

campurkan semua bahan-bahan ke dlm mee segera

gaul hingga sebati

murtabak mee segera yang telah siap digoreng

dihias dengan sos cili dan mayonis

No comments:

Post a Comment