Jaja berbuka puasa di Kenny Roger Roaster... wow dah mahal sekarang ni... dulu-dulu, makan berdua dalam RM40-50.... tapi sabtu lepas makan berdua dah RM88.90..... menu tetap sama plus sepingan spagetti je..... huhuhuhu... pas ni bocor la poket nak makan sini lagi.... dulu, setiap 2 bulan sekali Jaja berkunjung ke restoran ni.... pas ni mungkin setahun 2x je kot... hehehehe.....
Paling best jalan-jalan kali ni suami Jaja belikan barang yang Jaja idam-idamkan... Oven.... Jaja dah lama teringin nak beli oven... bukan nak buat kuih raya tapi nak buat roti.... ni semua gara-gara terpengaruh tengok rakan-rakan blogger semua 'meroti'.... pas ni Jaja pun nak join the club la nak meroti pulak.... tapi Jaja budak baru belajar.... mesti roti pertama Jaja liat & keras dan boleh dibuat hiasan bukan dimakan... hahahaha..... semalam suami Jaja dah bising bila nak rasmi oven tu.... belum beli asyik minta je... dah beli tak kan tersadai je kot?.... hahahaha....nanti bila Jaja dah rasmi oven tu, Jaja post kat blog ye.... tunggu....
ramainya orang di Aeon... mungkin ada yang masih mencari barang-barang keperluan raya disaat-saat akhir... pelbagai kaum dan lapisan umur ada.... lagu raya berkumandang di sana sini... terasa raya dah makin dekat... padahal Jaja rasa macam baru je mula berpuasa.... cepatkan masa berlalu?.....
Sejak Jaja dah ada baby, datang je shopping mall Jaja terpaksa menggunakan lif untuk ke tingkat atas... bosannya tunggu lif.... Jaja lebih selesa guna eskalator.... tapi memandangkan Jaja bawa baby dalam stroller, terpaksa guna lif untuk keselamatan.... Jaja tengok ramai yang bawa troli dan stroller guna lif dan ramai juga yang berlenggang kangkung pun sama berebut nak guna lif.... please la warga Malaysian, prihatin la pada orang-orang yang memerlukan perkhidmatan lif... awak tu segar bugar elok molek guna la eskalator... bukannya suruh naik tangga atau merangkak...grrr
hidangan untuk Jaja
hidangan untuk suami Jaja
hidangan tambahan, (tak sedap, rosemary byk... bau kayu)
hidangan berharga RM88.90
penat berjalan... duduk sebentar
barang yang diidamkan.. hehehe
No comments:
Post a Comment