Wednesday, October 17, 2012

Semangat ku hilang di pagi hari....

Assalamualaikum.... hari ni Jaja rasa kosong dari pagi tadi hingga sekarang.... semangat Jaja dah terbang di awal pagi.... sebabnya adalah kerana seutas reben ni....


reben ni telah terbelit 2x di leher baby Humaira.... bagaimana boleh terbelit, Jaja tak pasti... Yang Jaja ingat pukul 4.30 pagi baby Humaira merengek nak minum susu.... Jaja beri dia minum... habis dia minum, dia terlelap dan Jaja pun sambung tidur balik... tiba-tiba Jaja dengar sayup-sayup orang panggil nama Jaja.... rupa-rupanya suami Jaja panggil dan beritahu baby Humaira terbelit dengan reben... kusss semangat, rasa terhenti sekejap jantung Jaja tengok leher dia dah terbelit.... Suami Jaja leraikan reben... baby Humaira tersengih-sengih ingat suami Jaja nak main dengan dia.... mujur reben tu terbelit longgar, kalau terjerut?... Jaja tak boleh nak pikir apa lagi....bila periksa leher baby Humaira, alhamdullilah takde apa-apa luka...

Jaja akui ini kesilapan Jaja kerana baby Humaira masih tak boleh beza antara bahaya atau tidak.... Sebelum ni Jaja dan suami Jaja amat berhati-hati dengan benda yang berat, panas dan tajam...Jaja tak berkompromi kalau melibatkan keselamatan....  Jaja sanggup pasang 2 buah pagar keselamatan dalam rumah untuk perlindungan tetapi seutas reben yang kecil ni hampir meragut nyawa anakku.... huhuhu....

pagar menghalang ke dapur dan bilik air


pagar menghalang ke bilik tidur

4 comments:

  1. ya allah...hati2..buang brg yg merbahayakan anak....buat pengajaran apa yg telah berlaku....

    ReplyDelete
  2. @Zurina

    memang cukup berhati-hati selama hari ni, tak sangka riben tu boleh membahayakan...

    ReplyDelete
  3. Nak tanya, kat mana beli pagar baby tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pagar yang ke biliik air tu sy beli kat kedai perabot sebaris KFC Kota Tinggi, harga RM80. pagar saiz besar.... yang kat pintu bilik tidur tu sy beli online, RM150... saiz kecil (tersilap saiz masa beli tu)...

      Delete