Friday, November 9, 2012

Nestle World Walking Day

Assalamualaikum....... sibuknya Jaja di pejabat dari 2 minggu lepas.... tak berkesempatan nak update blog sendiri... cuma Jaja sempat baca entry rakan-rakan je....

Kebanyakkan entry di blog Jaja adalah cerita selepas kejadian.... hahaha..... ok, kali ni Jaja nak cerita pasal event World Walking Day yang di anjurkan oleh Nestle....

Jaja bertolak dari rumah ke Taman Tasik Merdeka, JB pukul 5.30 pagi.... sampai di Taman Tasik Merdeka pukul 6.20 pagi setelah singgah sebentar di Masjid PULADA untuk solat subuh.... parking dah penuh???... biar betul!.... berpusing-pusing kami sekeluarga cari parking.... kalau boleh Jaja nak parking betul-betul depan pintu masuk.... hahahaha melampau betul... pergi kat tempat pendaftaran, ramainya orang sampai tak boleh nampak papan tanda.... selit punya selit baru la nampak kat mana kena beratur.... panjangnya barisan untuk orang ramai yang telah mendaftar guna sms... tempat walk in register sikit je dan cepat... terbalik pulak.... dah beratur untuk sahkan penyertaan dan dapat kupon, kena beratur sekali lagi untuk dapatkan t-shirt dan goodie bag.... 2 kali beratur.... panjangnya barisan tak perlu diceritakan...buat sakit hati je.... huhuhu... kat sini Jaja tengok pelbagai ragam rakyat Malaysia.... ada yang tak sabar pok pek pok pek belakang, ada yang potong barisan, ada yang ambil untuk 1 kampung dan sebagainya.... Selepas salin t-shirt yang diberi, Jaja berkumpul di depan dataran tasik.....

Acara bermula tepat pukul 8.00 pagi.... Jaja tak tahu nama siapa yang melepaskan untuk acara ni.... maafkan saya ye.... sebelum acara berjalan bermula, sesi memanaskan badan di adakan.... peserta diajar untuk senaman Tai Chi, diikuti oleh tarian Gangnam dan Chicken Dance.... bagi pendapat Jaja, tarian Gangnam kurang sesuai di lakukan di tempat terbuka.... entah la, Jaja rasa malu sangat tengok perempuan melayu beragama Islam yang dah berusia terkinja-kinja menari tarian tersebut....mungkin juga Jaja ni kuno, kolot kot.... kalau untuk bangsa lain, Jaja tak kisah....

Program berjalan 5,000 langkah ni telah 3 kali di anjurkan oleh pihak Nestle.... ni kali pertama Jaja sertai.... Suami Jaja dan baby Humaira tarik diri di saat-saat akhir disebabkan oleh baby Humaira telah 'membuang'... suami Jaja terpaksa selesaikan 'khazanah yang telah dikeluarkan' baby Humaira..... hahaha

Masa berjalan, Jaja dapat 3 kawan baru.... mereka ni aktif dalam sukan yang melibatkan fizikal ni... mereka ada ajak Jaja untuk sertai senam robik setiap hari sabtu dan ahad..... Insyallah kalau ada masa, Jaja sampai...... tak terasa pun penat berjalan sebab asyik bersembang.... sedar-sedar dah sampai ke penghujung untuk patah balik....

ada peserta yang main tipu... tak sampai hujung pun dah menyeberang untuk patah balik.... ruginya mereka ni... program ni di adakan untuk kita keluarkan peluh, bakar lemak-lemak yang tersimpan dalam badan... yang penting boleh turunkan paras kolestrol... kalau main tipu tak capai 5,000 langkah, tak guna la sertai... lagipun program ni bukan pihak Nestle yang paksa orang ramai masuk... sendiri sukarela.... pastu merungut la dah berjalan 5,000 langkah tak nampak tanda penurunan berat badan pun... sendiri jawab la....

Sampai je di dataran tasik, orang ramai dah mula beratur di van-van produk Nestle untuk dapatkan makanan dan minuman percuma.... ada milo, maggie, Koko Crunch dan lain-lain.... Jaja beratur di van milo sahaja...  rindunya nak minum milo dari van milo... teringat masa zaman sekolah rendah dulu....

Acara ini dirasmikan oleh kerabat di raja Johor..... boleh tengok gambar ye sapa yang rasmikan... hehehe... pertama kali tengok.... handsome orangnya..... hahahaha.... cabutan bertuah juga turut diadakan selepas acara perasmian....

Kesimpulanya : rakyat Malaysia perlu buang sifat berebut, pentingkan diri jika menyertai acara yang melibatkan orang ramai.... ya, tak semua kita boleh puaskan hati orang tetapi perlu hormat pada orang sekeliling..... malu la, ada yang datang semata-mata mendaftar, dapat goodie bag dan t-shirt lepas tu start enjin kereta cabut balik.... huhuhuhu.... nanti tengok gambar ye apa goodies yang 'mereka-mereka' tu berebut sangat....


orang ramai beratur


kupon t-shirt dan cabutan bertuah selepas mendaftar


panjang barisan di kaunter t-shirt dan goodie bag


senaman Tai Chi


tarian Gangnam


tarian Chicken Dance


saat peserta dilepaskan


Dilepaskan oleh ?


peserta mula berjalan


ada peserta yang main tipu


handsomekan yang merasmikan acara ni?


beratur untuk dapatkan milo sejuk


milo sejuk macam zaman sekolah dulu-dulu


barangan yang ada dah goodies bag...
penat je diorang ni berebut...hahaha

No comments:

Post a Comment