Tuesday, November 27, 2012

Didiklah anak dengan sebaik-baiknya.....

Assalamualaikum...Peristiwa di kedai makan tadi membuatkan Jaja tersentak, terkaku dan akhirnya angin satu badan.

Petang tadi Jaja minta time off 2 jam pada bos sebab nak bawa baby Humaira check up di Klinik Desa. Jaja ingat baby Humaira nak kena cucuk hari ni. Takut punya pasal Jaja ajak pengasuh temankan Jaja. Rupanya check up biasa je. Cucuk minggu depan. Wuaaaa... minggu depan nak kena datang lagi. huhuhu. Lepas check up, Jaja hantar pengasuh balik rumah dia dan Jaja terus balik rumah Jaja.

Sebelum Jaja sampai ke kawasan taman tempat tinggal Jaja, terdetik di hati nak singgah makan dulu di kedai. Jaja order sotong goreng tepung, nasi goreng ikan masin dan cikong sejuk. Baby Humaira, Jaja letakkan dalam high chair dan Jaja umpankan dia dengan duit kertas seringgit. Baby Humaira memang suka duit kertas seringgit. Dia leka bermain dengan duit tu dan Jaja boleh makan dengan aman sekali. hahaha. Masa tu datang satu family (suami, isteri, 3 orang saudara perempuan dan 2 kanak-kanak) duduk depan meja Jaja

Makanan sampai dan Jaja makan dengan penuh selera sekali. Tengahari tadi Jaja tak sempat nak makan sebab nak siapkan kerja yang penting. Tiba-tiba ada tangan cekus sotong goreng tepung Jaja. Terperanjat Jaja. Bila Jaja tengok rupanya budak yang duduk depan meja Jaja. Budak tu berusia lebih kurang 4 tahun. Nak marah rasanya tak sampai hati sebab dia mungkin tak tahu apa-apa. Jaja fikir positif, mungkin budak ni terliur. Tapi bila dia cekus lagi sekali, wah ini rasanya biadap ni. Padahal ada di antara  family dia tengok budak ni cekus makanan Jaja. Mereka cuma cakap 'haip, apa buat macam tu?'.... Jaja jegilkan mata dengan harapan dia takut nak buat lagi. Budak tu duduk balik kat kerusi dia. Lega. Boleh sambung makan balik.

Tengah syok Jaja makan, tiba-tiba budak yang sama datang dan terus pukul kepala baby Humaira. Tergamam Jaja tak sempat nak buat apa-apa. Baby Humaira apa lagi, menangis sekuat hati la. Terus Jaja bangun dan angkat baby Humaira keluar dari high chair. Tengah Jaja sibuk nak keluarkan baby Humaira, sekali lagi dia ketuk kepala baby Humaira. Wah, sabar Jaja dah sampai pada tahap maksima. Terus Jaja tolak budak tu dengan niat supaya dia jauh dari baby Humaira. Disebabkan tengah marah, mungkin tolakan Jaja pada budak tu kuat. Budak tu jatuh terpelanting ke belakang. I dont care. Keselamatan anak Jaja perlu Jaja utamakan. Lagipun dia yang cari pasal dulu. Masa tu Jaja dah tak kira, kau budak ke kau bapak budak ke.

Kecoh satu kedai makan. Bapak budak tu datang ambil anak dia without say sorry to me. Helloooo, korang ni manusia ke binatang... takde adap ke?... nak je Jaja maki hamun kat situ. Terbantut selera Jaja nak makan lagi. Terus Jaja capai handbag dan payung pergi bayar harga makanan Jaja. Nak je Jaja pukul sorang-sorang dengan payung. Biar ada akal sikit.

Mesti semua orang ingat Jaja lembut hati, mudah maafkan orang. No way man. Hutang harus dibayar dengan hutang. Sebelum sampai ke kereta Jaja, siap-siap Jaja keluarkan segugus kunci rumah. Jaja sampai dekat kereta Jaja dengan muka yang penuh dengan senyuman. Lega. Hutang telah terbalas. Nak tahu Jaja buat apa? Jaja buat lukisan paling cantik di kereta family tu dengan menggunakan 4 batang kunci rumah Jaja. Empat jalur terlukis indah lagi tebal dari tepi lampu depan sehingga tepi lampu belakang sebelah kanan kereta dia.. hahaha. Ucapan maaf kononnya mahal la, sekarang ni kau rasa ucapan maaf mahal ke atau cat kereta Waja kau mahal?

Jaja minta pada semua yang membaca entry Jaja ni..Didiklah anak-anak anda semua dengan sebaik-baiknya. Terapkan nilai-nilai murni. Ajar anak-anak cara menghormati orang lain. Apa yang boleh dibuat dan apa yang dilarang. Awasi anak-anak anda semasa berada di khayalak ramai. Sikap kanak-kanak yang suka merayau-rayau atau dalam bahasa kasar tak boleh duduk diam, boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada pengujung lain. Itu belum lagi anak-anak menangis berguling-guling, boleh dapat darah tinggi nanti. hahahaha. Jaja ingtkan pada diri Jaja juga.


No comments:

Post a Comment