Assalamualaikum.... banyaknyaaaa kerja di pejabat.... azam hari ni nak bereskan fail-fail yang tersadai cantik di atas meja Jaja.... caiyok caiyok..... dalam dok sibuk selesaikan satu per satu fail, Jaja dapat call yang menaikkan kemarahan Jaja...... mengeletar tangan menahan marah....Ya, Jaja memang marah sangat-sangat.... takde kerja yang dapat Jaja buat sebab perasaan dikuasai oleh amarah....
Jaja paling benci orang yang mengambil kesempatan dan tak amanah.... bila melibatkan periuk nasi, kita semua harus amanah dan bertanggungjawab dalam bekerja.... sanggup ke makan gaji yang tak halal?... ramai yang tak sanggup... dan... ya, ada yang sanggup.... Jaja dah sedaya upaya, selembut mungkin memberi peringatan KERAS dalam mesyuarat... rupanya masih ada yang tak faham bahasa.... masih lagi menagih tandatangan Jaja untuk kelulusan.... Jaja masih mahu berprasangka baik.... Jaja tulis nota ditempat yang berkenaan supaya individu tersebut faham.... Masya Allah, masih lagi tak faham... dipadamnya nota yang Jaja tulis... dia dapatkan tandatangan Ketua Jabatan dan terus dihantarnya ke bahagian yang buat pembayaran.....
Jaja hairan kenapa dia masih mahu menuntut yang bukan hak dia?.... susah sangat ke nak faham apa yang Jaja telah notakan?... Jaja masih nak jaga air muka dia.... tetapi dia sendiri yang tak nak lindungi maruah diri dia.... Ya Allah, janganlah Kau persoalkan aku berkenaan hal ini di akhirat kelak... aku telah sedaya upaya melaksanakan tanggungjawab aku dengan sebaik-baiknya....
nota yang Jaja tinggalkan : "Macam mana boleh claim ot pada hari ini sedangkan tidak bekerja dan di dalam HRMIS ada mohon cuti kecemasan?"... moga-moga dia berubah....
No comments:
Post a Comment