Assalamualaikum... gembiranya Jaja semalam kerana berpeluang menyuap makanan pertama untuk baby Humaira....i'm the first.... hahahaha.... teruja giler.... semalam Jaja buatkan Puri Epal... Jaja kasi 2 sudu besar je pada baby untuk permulaan.... suapan pertama, baby rasa pelik... agak payah nak terima.... suapan ke-2, baby dah mula menghisap sikit-sikit.... suapan ke-3, baby dah mula buka mulut bila sudu menyentuh bibir baby... good girl.... suapan ke-5, baby dah mula gigit sudu.... hahahaha....
Jaja banyak belajar pasal makanan pertama baby melalui group di Facebook.... lupa nama group tu.... nanti Jaja update nama group tu... banyak maklumat yang Jaja dapat.... dulu Jaja ingat kalau baby dah boleh makan (6 bulan), boleh buat bubur nasi yang telah dikisar halus.... rupa-rupanya kena mula dengan Puri.... masa check up hari Isnin lepas (28/5/2012), nurse sarankan untuk perkenalkan telur pada baby pada usianya 10 bulan sebab suntikan pada usia 12 bulan ada kandungan telur.....jika ada perubahan pada baby, contoh alahan ke, nurse nasihatkan terus ke unit kecemasan mana-mana hospital terdekat...
sekarang ni Jaja dah kerap cari apa-apa maklumat berkaitan dengan baby.... Jaja cuba buat sehabis baik untuk baby Humaira supaya Jaja tak menyesal kemudian hari.... jom tengok gambar di bawah....
Peralatan baby
1) Bib
2) Bekas Makanan (sudu, garfu, cawan, mangkuk)
Bekas makanan telah dirasmikan.... Buah Epal Fuji tu akan dibuat puri
1) Buah Epal di kupas kulit dan dipotong kecil-kecil
2) Direbus dengan sedikit air hingga lembut dan disejukkan
Buah Epal yang telah disejukkan untuk di kisar... Blender baru tu, istimewa untuk kisar makanan baby... hahahaha
Buah Epal yang telah di kisar halus
Kisaran Epal yang di tapis
Puri Epal yang telah siap
Suapan pertama Homemade Apple Puree
No comments:
Post a Comment