Dalam LRT jangan cakap la, ramainya manusia.... tempat duduk, Jaja perhatikan siapa cepat dia dapat..... hahahaha.... panorama biasa.... sampai di PWTC, manusia lagi la ramai.... bersesak-sesak.... kat dewan (lupa nama dewan) yang menempatkan syarikat Karangkraf, terdapat lautan manusia...tak nampak dah segala buku atau majalah yang disusun untuk dijual.... pelbagai aktiviti dianjurkan oleh pihak Karangkraf.... contoh, boleh dapatkan tandatangan Penulis Novel, Cabutan Bertuah dan lain-lain... kalau beli majalah atau novel Karangkraf, boleh tebus majalah @ buku percuma (terhad)....
pintu gerbang
ramainya orang di Karangkraf
barisan Penulis Novel Karangkraf
bahagian tebus majalah/buku percuma
Traffic Jam
ni je yang sempat Jaja beli.... lain yang dicari, lain yang dapat... hahahaha.... balik rumah mummy membebel...
Buku Yoga tu Free
Jaja ada round-round dekat The Mall lepas keluar dari PWTC..... saja cuci-cuci mata.... dah penat berjalan, Jaja ke LRT PWTC.... Ya Allah, lagi ramai manusia berbanding di LRT Bandar Tasik Selatan.... Kaunter tiket buka 2 je.... cuaca berbahang sebab ramainya manusia dan hari hujan.... rasa nak pitam pun ada..... kesian Jaja tengok pasangan yang bawa baby.... satu kelemahan LRT sejak pakai token, pengguna tak boleh beli token pergi & balik..... dah lama rasanya token ni dikeluarkan.... tahun 2011.... tapi masih tiada perubahan.... mereka (pihak pengurusan) suka kot kalau-kalau terjadi benda yang buruk kepada pengguna.... contoh, pengsan (sebab ramai sangat orang bersesak-sesak)..... Kerajaan minta orang ramai menggunakan kemudahan awam yang disediakan tetapi perlaksanaannya tidak mencapai tahap yang sebenar..... nanti dah terhantuk baru nak mengelabah..... ish ish ish....
No comments:
Post a Comment