Tuesday, July 24, 2012

Ketam Goreng Telor Masin

Assalamualaikum.... Hari ahad yang lepas Jaja ada masak Ketam Goreng Telor Masin.... ni gara-gara penangan makan dekat kedai chinese muslim la.... hehehe... jom tengok resepi dan gambar....

Bahan Bahan
6 ekor Ketam Bunga
4 biji Telor Masin
4 biji Cili Api (dihiris)
Garam
Mentega
Gula (ikut citarasa)
2 tangkai Daun Kari (ditarik)
1 sudu besar Lada Sulah
Minyak
Tepung Jagung
1 tin Susu Cair

Cara-caranya:-
1) Siang dan cuci bersih-bersih ketam. toskan
2) Salut ketam dengan tepung jagung. Panaskan minyak dan goreng ketam seketika. toskan.
3) Rebus telor masin dan sejukkan.
4) Ambil kuning telor masin sahaja. lecek sampai hancur.
5) Dalam kuali bersih, panaskan mentega. masukkan cili api dan daun kari. tumis hingga garing dan wangi. (kena kontrol api supaya cili api tidak hangus).
6) Masukkan garam, gula, lada sulah dan telor masin yang telah dilecek. Goreng seketika.
7) Masukkan susu cair dan biar sehingga mengelegak.
8) Akhir sekali masukkan ketam yang telah siap digoreng. gaul hingga rata dan kering.
9) Siap untuk dihidangkan.

Pesanan : Salut ketam dengan tepung jagung nipis (light) sahaja. Jangan tebal sebab nanti tepung akan lembik bila terlarut dalam susu cair. Jaja terbuat tebal.... hehehe

ketam bunga

ketam di cuci dan disalut dengan tepung jagung

 ketam digoreng seketika

ketam ditoskan selepas digoreng

telor masin direbus

kuning telor masin di lecek

 
cili api di hiris dan daun kari ditarik

Ketam Goreng Telor Masin yang telah siap

No comments:

Post a Comment