Lepas tu Jaja dan suami ke rumah kawan suami Jaja... ada open house... maklumla semalam merupakan syawal terakhir.... Rumahnya terletak di Jalan Seri Orkid 27, Skudai..... satu baris yang paling belakang sekali ....sebaris je rumah yang baru di bina.... yang depan-depan dah lama siap dan berpenghuni.... dengar cerita rumahnya berharga lebih kurang RM200,000.... wow....
Habis beramah tamah di rumah kawan suami, Jaja ke rumah ketua pegawai suami.... Ada majlis tahlil dan doa selamat..... rumahnya terletak berhampiran dengan rumah sewa Jaja dulu di JB.... Rumah sewa Jaja di Taman Dahlia... rumah ketua pegawai ni di Taman Kemas, JB.... masa ni Jaja suaikan diri Jaja untuk berkenal-kenal dengan isteri-isteri kawan suami Jaja.... Alhamdulillah, semuanya baik-baik belaka....
Lepas selesai urusan di rumah ketua pegawai suami Jaja, kami ke Pasar Karat Jalan Segget, JB... masa mula-mula suami bagitau nama jalan ni Jaja ingat 'Seagate'.... nama macam kilang di tempat Jaja, Penang.... rupa-rupanya Segget... Jaja tengok tulis di signboard dan baca macam senget.....hahahahaha..... Parat Karat ni lebih kurang macam Uptown @ Downtown di KL.... lebih mudah dikenali sebagai Bazar Larut Malam.... pelbagai barangan dijual... ada yang baru dan ada juga secondhand..... Jaja belikan baby Humaira baju dan mainan..... yang lain-lain cuma cuci mata je.....
Abis je round-round di Pasar Karat, Jaja balik ke rumah... sampai rumah pukul 11.00 malam.... mengantuknya....zzzzzzzz.....
ke rumah yang buat open house
Pasar Karat Jalan Segget
No comments:
Post a Comment