Tempat pertama yang Jaja pergi ialah Legoland, Nusajaya.... semalam 15 September 2012 hari pembukaan Legoland Malaysia....Jaja nak kasi direction tak berapa pandai sebab Jaja masih lagi bukan penduduk 'tetap' Johor.... nak tunjuk arah jalan memang failed!!...Suami Jaja cilok sana, masuk jalan ni, masuk highway baru dan terus sampai.... hahahaha..... bila sampai roundabout ke Legoland, ramai anggota RELA bertugas untuk tunjukkan jalan.... begitu juga masa nak cari parking, ramai yang tunjukkkan.... rasanya pengunjung tak sesat jika dah berada di kawasan Legoland..... parking kereta masih lagi belum siap sepenuhnya... petak parking ditanda dengan menggunakan bata merah untuk satu-satu petak.... Jaja tiba di sana tepat pukul 12.00 tengahari.... wow ramainya pengunjung..... pukul berapa diaorang ni datang?... awal subuh kot.... hehehe..... suasana di kawasan parking lebih kurang macam JPO..... ingatkan nak ke main entrancee dekat, rupanya kena berjalan lebih kurang 300 meter.... panas terik dan berpeluh badan masa sampai pintu utama walaupun ada laluan berbumbung....
14 kaunter dibuka semalam....Terkejutnya Jaja bila tengok ramai orang beratur nak beli tiket masuk..... macam nak tengok cerita Transformer hari pertama ditayangkan di pawagam.... huhuhu... Suami tanya sanggup ke beratur?.... terus Jaja angkat bendera putih tanda surrender.....
Jaja dan suami hanya berjalan-jalan di sekitar kawasan Legoland yang dipanggil Mall of Medini..... tak tau Jaja apa maksudnya.... ada gak signboard di jalan yang tulis Medini... banyak kedai-kedai, butik, restoran yang dibuka....Jaja listkan beberapa sahaja.... KFC, Burger King, Chocolate Factory Outlet, Briyani, Carlo Rino, King's Confectionary, Tutti Frutti, Ad Jeans, El Migos, Each a cup, aL-ikhsaN, kapitan dan lain-lain lagi... bersesuaian dan berpatutan dengan masyarakat Malaysia yang rata-rata berpendapatan sederhana.... Jaja singgah di Tutti Frutti untuk hilangkan dahaga... panas terik betul... macam dok kat Litar Sepang... menyengat.... Masa on the way balik ke Pintu Utama Legoland, Jaja ada cakap kat suami kalau orang dah tak ramai, Jaja nak masuk... alang-alang dah sampai.... namun hajat Jaja tak kesampaian... lagi ramai orang sampai keluar dari line queue.... terus Jaja, baby Humaira dan suami Jaja berjalan balik ke parking..... sampai di kawasan tangga masuk Legoland, ramai orang berkumpul.... Rupa-rupanya skuad Perodua ERA ada di situ.... pelbagai soalan diajukan kepada pengunjung dan juga pelbagai barangan yang diberikan secara percuma kepada pengunjung yang dapat jawab soalan.... lain tempat yang Jaja pergi Jaja coretkan pada next entry tajuk Jalan-Jalan di JB....
Highway ke Legoland
banyak bunting Legoland bila dah nak sampai
kawasan parking yang belum siap sepenuhnya
teriknya....
laluan berbumbung untuk ke pintu utama, jauh kan?
suasana di kaunter tikat masa Jaja baru sampai
di pintu masuk utama Legoland
Mall of Medini
lebih kurang JPO
kipas gergasi Mall of Medini
Aiskrim berharga RM14.98
Baby Humaira bergambar dgn maskot Smarties
suasana di kaunter tiket masa Jaja nak balik
Skuad Perodua Era
seronoknya, bila le nak masuk legoland ni ngan anak2
ReplyDelete@Sharinginfoz.... buat masa skrg jgn pergi lagi... ramai orang tengah teruja nak masuk Legoland... nanti kempunan macam saya... 2 3 bulan lagi baru saya nak pergi balik...tapi masa tu tiket dah mahal...
DeleteSalam... Boleh menginap di Sufie Homestay Johor di Mutiara Rini. Hanya 20 min shj ke Legoland. Harga sangat berpatutan. Layari blog kami http://sufiebiz.blogspot.com
ReplyDelete