Kali ni Jaja boleh bagi tunjuk arah sebab Jaja ada catat sepanjang Jaja ke sana.... Jaja dari Tol Kulai keluar Tol Simpang Renggam... bayar tol RM4.60.... lepas tol Simpang Renggam belok kiri.... jalan terus lebih kurang 15km jumpa SMK Sri Tanjung dan signborad (Benut terus, Pontian kiri, Batu Pahat Kanan)... sampai simpang empat traffic light belok kanan arah Batu Pahat.... jalan terus jumpa Balai Polis Benut dan terus lagi dalam 12km jumpa signboard (Parit Makasar kiri, Parit mardino kanan, benut terus) sampai simpang empat traffic light jalan terus arah benut.... pastu akan jumpa SK Sri Kembar, Kedai Perabut Chua, Parit Abd Rahman, Tampok, Kg. Bagan Laut, Masjid Jamek Pekan Rengit dan Balai Polis Rengit... lepas Balai Polis Rengit ada traffik light... lepas traffic light belok kiri.... masa belok kiri pastikan Komplek Niaga Rengit berada di sebelah kanan kereta.... jalan terus jumpa Pasar Awam Rengit.... jalan terus lagi jumpa deretan lot kedai batu barangan terpakai.... jalan terus lagi jumpa perkampungan menjual barang-barang terpakai, berhenti dan sila cari parking ye....
Jaja tengok banyak dijual barang-barang peralatan elektrik, permainan kanak-kanak, barangan peribadi kanak-kanak dan perabut..... hampir ke semua barangan tersebut dari Singapura..... pembeli perlu pandai dan bijak memilih... ada yang cantik, kusam, berhabuk dan sebagainya..... kalau dah berkenan, ringan-ringankan mulut tanya harga dan tawar menawar ye....
kawasan persekitarannya bagi pendapat Jaja kurang memuaskan.... kadang-kadang ada terhidu bau yang kurang menyenangkan....hahaahaha.... itu tak menjadi masalah buat Jaja kerana Jaja ke tempat orang.... cuma Jaja rasa tempat ni tak sesuai untuk orang-orang yang cerewet atau yang geli sana geli sini....bak kata pepatah masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu mengemoo....
Satu yang boleh Jaja usulkan.... jika peniaga-peniaga tersebut diberi bimbingan dan tunjuk ajar, insyallah mereka akan lebih berjaya....
Simpang selepas Balai Polis Rengit
jumpa Pasar Awam Rengit
Jumpa lot kedai batu
kawasan lot kedai batu
kawasan perkampungan yang menjual barangan terpakai
jalan yang sempit....hati-hati memandu
kedai menjual barangan kanak-kanak
hasil pencarian Jaja semalam
p/s : Jaja tak berani nak cakap ini perkampungan orang asli atau tidak sebab Jaja ada tengok orang biasa pun ada tinggal di sini.... nanti Jaja upload peta, senang sikit...
No comments:
Post a Comment