Wednesday, September 5, 2012

Mimpi ngeri....Layanan buruk di Pizza Hut Kota Tinggi, Johor

Assalamualaikum.... mmmm perasaan kecewa semalam masih ada di dalam hati.... semalam Jaja, baby Humaira, suami pergi ke Pizza Hut Kota Tingi, Johor untuk mencuba hidangan baru dan meraikan Hari Jadi suami Jaja..... Jaja ke sana lebih kurang pukul 8.00 malam dalam hujan yang sangat lebat...

Sampai di sana Jaja parking betul-betul di depan restoran... Dari dalam kereta Jaja perhatikan pelanggan tak ramai dalam restoran.... ada 1 keluarga yang sedang makan, 1 keluarga yang baru sampai dan tengah mencari tempat duduk dan 1 pelanggan yang sedang menunggu tapau (take away)... Jaja dan keluarga masuk dan pilih tempat duduk... secara kebetulan ada staf yang datang untuk mengalu-alukan kedatangan Jaja.... Disebabkan di luar restoran hujan lebat, suami memilih untuk tukar tempat yang terlindung sikit daripada lubang aircond.... staf berkenaan menawarkan tempat yang bersebelahan dengan keluarga yang sedang makan dan kami di beri menu.... selepas tu staf berkenaan datang membawa piring, pisau dan tisu......

Lebih kurang menunggu hampir 10 minit, takde staf yang datang untuk mengambil pesanan dari Jaja.... suami cuba untuk memanggil staf yang sedang mengelap sudu garfu tetapi staf tersebut tak sedar dirinya di panggil.... Keluarga yang bersebelahan kami juga cuba untuk menarik perhatian staf di situ tetapi tak berjaya.... ikutkan hati suami Jaja nak je dia menjerit kuat-kuat panggil..... Masuk seorang pelanggan lelaki cina pakai baju t-shirt merah ke restoran sambil tengok-tengok menu di kaunter bayaran... terus datang seorang staf melayan pelanggan tersebut... "eh, boleh pulak diaorang sedar ada pelanggan" kata suami Jaja.... staf tadi ambil order dan berlalu pergi depan kami yang tercengang-cengang dok pandang dia..... wahhhhh ini sudah mendatangkan kemarahan Jaja.... Jaja ajak suami keluar terus..... masa kami keluar dan masuk dalam kereta, Jaja perhatikan takde staf yang datang untuk kemas meja yang kami duduk dan sebagainya....

Pagi ni Jaja datang pejabat dan ada bercerita dengan rakan-rakan pejabat.... nahhhh kawan pejabat Jaja beritahu masa Ramadhan lepas dia sekeluarga terkena juga di Pizza Hut Kota Tinggi, Johor.... cerita kawan Jaja berlainan sikit tetapi masih dalam masalah yang sama iaitu buat tak endah kepada pelanggan.....

Jaja dah isi borang maklum balas online di website Pizza Hut sebentar tadi... nak tengok diaorang ada beri maklum balas atau tidak....grrrr

Humaira penat tengok menu di Pizza Hut
 
update : Staf dari Pizza Hut Kota Tinggi ada call Jaja mohon maaf petang semalam 5/9/2012 jam 5.30ptg...
 

No comments:

Post a Comment