Wednesday, September 12, 2012

Program 10,000 Langkah

Assalamulaikum..... baru ada kesempatan untuk Jaja update pasal Program 10,000 langkah yang dianjurkan oleh Jabatan tempat Jaja bekerja yang telah diadakan dengan jayanya pada 9 September 2012 (Ahad lepas) bertempat di Stadium Bandar Penawar, Johor.... entry yang lepas Jaja ada ceritakan di sini.... Aturcaranya seperti berikut :-

7.00 pagi - Sesi Pendaftaran peserta
7.45 pagi - Nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku dan 31 Ogos
7.55 pagi - Senama ringkas (diketuai oleh Dr. Norliza)
8.10 pagi - Ucapan Pengajur Majlis (Dr. Norhamimah Abdullah)
8.15 pagi - Ucapan YB Hamimah Mansor
8.25 pagi - Gimik pelancaran (Pelepasan burung)
8.30 pagi - Acara 10,000 langkah bermula
10.00 pagi - Cabutan bertuah
10.20 pagi - Penyerahan sijil penyertaan
10.30 pagi - Bersurai

Peserta untuk program ini kebanyakkan terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah, anggota polis, Rela, TLDM, Hospital Kota Tinggi, Klinik Pergigian Kota Tinggi, KEJORA dan orang ramai di sekitar Bandar Penawar, Johor.... hampir 2,000 orang yang datang untuk menyertai program ni.... terima kasih semua.....

Alhamdulillah program berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit cacat celanya.... Insyallah boleh diperbaiki pada masa akan datang.... jom tengok gambar....

peserta mendaftarkan diri
 
kakitangan menyusun hadiah untuk cabutan bertuah
 
peserta mengambil tempat di padang
 
nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku dan 31 Ogos
 
Bersedia untuk berlepas
 
Perjalanan baru bermula

 peserta berjalan rapat-rapat
 
kan dah jauh jurang di antara peserta
 
 peserta yang telah menamatkan acara 10,000 langkah
 
 ramainya peserta yang menyertai
 
sijil penyertaan

 


 

No comments:

Post a Comment