Tuesday, September 4, 2012

Promosi Program 10,000 langkah


Tarikh : 9 September 2012
Masa : 7.00 Pagi
Tempat : Stadium Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor
Pakaian : T-shirt, seluar sukan, kasut dan stoking
 
Orang ramai dijemput hadir.....


Assalamualaikum.... dah lama Jaja tak update blog... nasib baik blog ni berhabuk je tak bersawang... hahaha... sekarang ni Jaja sibuk menguruskan program di pejabat..... lepas raya memang masing-masing akan sibuk... sibuk buat rumah terbuka, sibuk menghabiskan kerja-kerja yang terbengkalai kononnya boleh siap lepas raya.... memang dah jadi budaya kerja orang Malaysia, bila dah nak dekat dengan cuti panjang, mesti segala kerja akan di buat lepas cuti panjang tersebut.... contoh dialog sebelum raya... soalan : "bila payment boleh dapat?"... jawapan  :"lepas raya la sebab pegawai in charge dah mula cuti"... hahaha....

ok berbalik pada program yang Jaja sebutkan tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia akan menganjurkan program 10,000 langkah bagi menyeru rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat...... Program ini akan dilaksanakan serentak di seluruh Malaysia pada hari berkenaan.... Program ini juga bakal dicatatkan dalam Malaysia Book of Record...setiap negeri disasarkan seramai 10,000 orang kecuali di Perlis, Melaka dan Labuan hanya dilibatkan 5,000 orang sahaja ... di Johor ada 10 daerah, jadi setiap daerah perlu ada 1,000 orang yang menyertai program ini.....

Bagi daerah Kota Tinggi, Johor, Jaja menjemput orang ramai yang berada sekitar sini untuk bersama-sama menjayakan program ni... yang duduk berdekatan di Kota Tinggi, Johor pun boleh datang sama... pengangkutan sendiri ye... antara program yang akan berlangsung seperti acara berjalan kaki sejauh 6.5 km, ucapan perasmian YB, cabutan bertuah dan majlis penutup.... program ini dijangka selesai pada pukul 11 pagi.... goodies bag, makanan, minuman dan sijil akan disedikan untuk 1500 orang terawal....ini, Jaja promosikan untuk daerah Kota Tinggi, Johor sahaja.... daerah lain, Jaja kurang pasti aturcara program dan tempat.... ayuh kawan-kawan, mari kita beramai-ramai menyertainya!!!...


nota : bila majlis dah selesai, Jaja akan update tentang program ni ye...

No comments:

Post a Comment