Showing posts with label Ketam. Show all posts
Showing posts with label Ketam. Show all posts

Saturday, January 10, 2015

Kerepek Jejari Ketam

Assalamualaikum dan selamat tengahari...

Petang semalam Jaja buat kerepek ni untuk Humaira.. dah lama dapat resepi kerepek jejari ketam ni tapi takde kesempatan nak buat sampai la petang semalam baru buat... kerepek ni menggunakan jejari ketam yang selalunya kita makan dalam steamboat tu. Agak mahal harga jejari ketam ni... oh ya, sesiapa yang tidak mempunyai kesabaran yang tinggi, tidak digalakkan untuk membuatnya kerana masa nak siat jejari ketam ni memerlukan perhatian dan kesabaran.. :)


KEREPEK JEJARI KETAM

Bahan-bahan
jejari ketam
tepung jagung
rempah kari daging
sedikit garam
daun kari
minyak

cara-caranya :-
1. Keluarkan jejari ketam daripada tempat beku peti sejuk. Tanggalkan plastik yang membalutinya. Belah 4 jejari ketam tersebut secara memanjang. (Jejari ketam perlu dipotong semasa ianya masih keras untuk memudahkan)
2. Siat jejari ketam mengikut alurnya. (kalau malas boleh guna pisau utk potong)
3. Alirkan air ke atas jejari ketam dan tos. (jgn terlalu kuat semasa mencuci nanti relai jejari ketam tersebut)
4. Masukkan jejari ketam ke dalam bekas. Masukkan sedikit tepung jagung, rempah kari dan garam. (tepung jagung digunakan untuk mengelakkan jejari ketam tersebut melekat semasa mengoreng). Sukatan garam dan rempah kari terpulang kepada citarasa masing-masing. Gaul sebati.
5. Panaskan minyak, guna api sederhana dan masukkan sedikit jejari ketam. (jangan terlalu banyak nanti ianya bergumpal-gumpal). Masukkan sedikit daun kari. Goreng sehingga jejari ketam tersebut garing.
6. Angkat dan toskan.
7. Siap

Terpulang kepada anda semua untuk mempelbagaikan bahan-bahan di dalam kerepek jejari ketam ni. Mungkin boleh letak jintan, ketumbar untuk menyedapkan lagi ala-ala rempeyek.


                                                     Jejari ketam dibelah 4


                                              jejari ketam yang sudah disiat


                                        jejari ketam siap dicuci dan ditoskan


                                       tepung jagung, rempah kari dan garam


                                                          siap digaul


                                               jejari ketam sedang digoreng

Tuesday, July 24, 2012

Ketam Goreng Telor Masin

Assalamualaikum.... Hari ahad yang lepas Jaja ada masak Ketam Goreng Telor Masin.... ni gara-gara penangan makan dekat kedai chinese muslim la.... hehehe... jom tengok resepi dan gambar....

Bahan Bahan
6 ekor Ketam Bunga
4 biji Telor Masin
4 biji Cili Api (dihiris)
Garam
Mentega
Gula (ikut citarasa)
2 tangkai Daun Kari (ditarik)
1 sudu besar Lada Sulah
Minyak
Tepung Jagung
1 tin Susu Cair

Cara-caranya:-
1) Siang dan cuci bersih-bersih ketam. toskan
2) Salut ketam dengan tepung jagung. Panaskan minyak dan goreng ketam seketika. toskan.
3) Rebus telor masin dan sejukkan.
4) Ambil kuning telor masin sahaja. lecek sampai hancur.
5) Dalam kuali bersih, panaskan mentega. masukkan cili api dan daun kari. tumis hingga garing dan wangi. (kena kontrol api supaya cili api tidak hangus).
6) Masukkan garam, gula, lada sulah dan telor masin yang telah dilecek. Goreng seketika.
7) Masukkan susu cair dan biar sehingga mengelegak.
8) Akhir sekali masukkan ketam yang telah siap digoreng. gaul hingga rata dan kering.
9) Siap untuk dihidangkan.

Pesanan : Salut ketam dengan tepung jagung nipis (light) sahaja. Jangan tebal sebab nanti tepung akan lembik bila terlarut dalam susu cair. Jaja terbuat tebal.... hehehe

ketam bunga

ketam di cuci dan disalut dengan tepung jagung

 ketam digoreng seketika

ketam ditoskan selepas digoreng

telor masin direbus

kuning telor masin di lecek

 
cili api di hiris dan daun kari ditarik

Ketam Goreng Telor Masin yang telah siap

Thursday, July 19, 2012

Masakan Chinese

Assalamualaikum.... semalam lepas Jaja habis kerja, Jaja gi tapau makanan.... mood nak memasak tu ada tapi keadaan yang masih berselerak tak berkemas di dapur membantut hasrat nak masak.... Jaja singgah di Restoran Hasan Mohammad Ong.... kali ni masuk kali ke-3 Jaja ke restoran ni... Restoran cina muslim.... Hari tu Jaja dah try sotong goreng nestum.... not bad tapi tak boleh lawan kesedapan di Restoran Parameswara, Umbai, Melaka (tempat ikan bakar lama).... sotong goreng tepung di restoran Parameswara memang superb!!!... lain kali kalau ada masa Jaja balik kampung di Jasin, Melaka Jaja akan singgah di Umbai...
Semalam, di Restoran Hasan Jaja order ketam goreng telor masin dan abalone masak lada hitam.... dalam kereta meruap bau wangi masakan.... sampai rumah, Jaja masak nasi dan bersihkan diri.... lepas solat baru Jaja makan.... mmmmm sedapnya!!!... puas hati... walaupun kebanyakan harga makanan di restoran cina muslim agak mahal, tapi berbaloi sedapanya dengan duit yang kita bayar.... sesapa yang tak pernah makan abalone, rasanya macam sotong putih... bukan sotong kembang ye... ada liat-liat sikit...... Jaja meratah ketam berjam- jam.... dari pukul 7.30mlm - 8.45mlm... kenyang.... rasa nak tersandar je.... hehehehe....

Harga makanan yang Jaja beli semalam RM30.00 untuk seorang.... Ketam goreng telor masin RM18 (seekor), abalone masak lada hitam RM12.... jom tengok gambar....

ketam goreng telor masin


abalone masak lada hitam