Saturday, March 31, 2012

Gaji Kakitangan Kerajaan

yuhuuu.... dah ada pekeliling terbaru mengenai gaji kakitangan kerajaan di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM)..... boleh tengok kat sini.... bersyukur la... jangan bersedih kalau kenaikan sikit sebab gaji sebanyak mana pun naik atau dapat, kita sebagai manusia tetap tidak berpuas hati.... kena renung-renung balik.... kat luar sana tu banyak lagi yang 'tanam anggur'.... kita yang dah bekerja ni bersyukur la... dan tanam azam untuk bekerja dengan penuh tanggungjawab.... jadi tak malu la kalau Cuepacs minta kerajaan naik gaji dan beri bonus.... Pesanan untuk diri Jaja jugak.... adios

Earth Hour 2012

                                                      Gambo dari en google

Kempen selamatkan bumi datang kembali pada tahun ni.... malam ni tepat 8.30 malam sehingga 9.30 malam akan berlangsung kempen ni di seluruh dunia... ayuh kita rakyat Malaysia beri sokongan terhadap kempen ni.... nak kasi derma duit Jaja tak mampu.... ni saja yang Jaja boleh beri sumbangan untuk selamatkan bumi kita.... Jaja nak ingatkan dalam kita menjayakan kempen ni, jangan lupa ya kunci rumah kita... keselamatan tu penting.... nanti ada orang ambil kesempatan melakukan jenayah dalam tempoh masa 1 jam bergelap ni.... ingat ye kawan-kawan.... adios....

Mainan yang pertama...

Assalamualaikum..... petang semalam lepas balik kerja Jaja terus pergi Pasar malam dekat Presint 2.... Jaja beli barang-barang basah untuk stok seminggu.... harga berpatutan.... selain tu Jaja ada beli makanan untuk minum petang.... pusing-pusing banyak kali baru beli.... mula-mula pusing survey, pastu baru pusing nak beli....hahaha.... kalau pergi dengan en.somi mesti dia merungut penat berjalan.....

ada satu gerai ni dia jual makanan ringan.... Jaja terpandang satu mainan ni.... Jaja memang nak cari mainan yang ada bunyi-bunyi sesuai dengan umur baby Humaira yang baru nak masuk 4 bulan.... belek punya belek, mmmm boleh la... harga RM1.50.... sampai rumah Jaja buka mainan tu, ada gula-gula.... yang itu Jaja buang sebab Jaja target mainan + bunyi je.... Jaja cuba operate mainan ni sebab Jaja nak masukkkan loceng tapi tak boleh... takpe la, janji ada bunyi yang boleh menarik perhatian baby Humaira.... dah lama baru Jaja perasan yang mainan ni rasanya bukan diperbuat daripada plastik yang selamat untuk baby..... berkemungkinan ada toksik.... kenapa la masa beli tak terfikir.... nanti baby Humaira mesti gigit-gigit mainan ni.... dah terbeli sayang pulak nak buang.... ok la nanti Jaja dengan mummy je yang pegang mainan ni dan bunyi-bunyikan untuk baby Humaira.... ibu-ibu yang ada anak sila hati-hati ye...

Friday, March 30, 2012

Berubah mengikut teknologi

Assalamualaikum... selamat pagi.....  sejak dari petang semalam Putrajaya hujan hingga la sekarang.... sejuuukk.... petang semalam Jaja bawa baby Humaira ke Klinik Kesihatan Presint 9 untuk 4 bulan check up... pertama kali Jaja pergi klinik ni sejak tinggal di Putrajaya... tercangak-cangak cari kaunter Ibu dan Anak.... rupanya di depan berhampiran pintu masuk.... ambil no. dan tunggu no. dipanggil... sambil tu bersembang-sembang dengan orang kerusi sebelah... bila no. dipanggil nurse tu cakap lepas ni tak boleh check up kat sini lagi... kena pergi Klinik Kesihatan Presint 11.... alamak dah tersalah tempat la!!!.... nasib baik semalam boleh check up kat situ..kalau tidak jenuh nak pergi cari klinik di Presint 11....

dah habis urusan di kaunter pendaftaran, nurse kasi kad untuk scan kat bahagian bilik pemeriksaan.... woow ada kad untuk scan... tercari-cari pulak kat mana nak scan ni.... lalu depan kaunter farmasi Jaja nampak ada tempat scan... apa lagi Jaja scan la...ooppps 'Data tidak diperolehi'.... scan lagi.... masih sama... ada nurse tegur 2, 3 minit lagi baru scan semula sebab kadang-kadang data dimasukkan lambat.... ok, duduk dulu la.... pusing kiri pusing kanan nampak lagi mesin scan.... aikkk banyak betul mesin scan ni.... saja sibuk pergi tengok dan nampak nama baby Humaira kat situ... ehhh kat sini ke kena scan?... try scan la...boleh.... laaaa salah tempat scan la tadi... itu la kalau menggunakan teknologi yang canggih manggih ni kadang-kadang boleh mengelirukan pengguna jika tidak diterangkan dengan betul... satu pengalaman baru dan ilmu yang Jaja perolehi petang semalam.... habis check up, Jaja pergi Klinik Kesihatan Presint 11 pulak ambil tarikh temujanji bulan depan....

Kesian baby Humaira merata-rata tempat check up... Lahir di Hospital Ampang, check up di Klinik Kesihatan Lawin Perak, Klinik Kesihatan Kempas JB, Klinik Kesihatan Kg. Pandan Dalam KL, Klinik Kesihatan Presint 9 dan terkini di Klinik Kesihatan Presint 11... Lepas ni nak kena pergi klinik mana pulak.... hahahaha... adios...

Thursday, March 29, 2012

MIHAS 2012 kembali lagi....


                                                      gambo dari Mihas.com.my

Assalamualaikum semua.... pagi tadi dok belek-belek kalendar terperasan yang minggu depan ada Pameran Halal 2012 (MIHAS 2012) di Kuala Lumpur Convention Centre pada 4-7 April 2012.... untuk orang ramai di buka hanya pada 7hb sahaja.... tadi ada check kat website MIHAS untuk info lanjut pasal pameran ni... tiba-tiba mata Jaja terpandang pada Do's & Don'ts... aikkk ada peraturan ke?...  baca punya baca dan baca... alamakkk MIHAS dah buat macam ala-ala MATTA fair la.... kena daftar dan ada pas untuk masuk ke pameran.... tak macam dulu-dulu boleh suka-suka hati masuk (pernah pergi masa kat Matrade Jalan Duta)... lepas tu pulak yang boleh masuk hanya 18tahun ke atas sahaja.... mmmmm baby Humaira yang umur 4 bulan tu confirm-confirm tak boleh masuk... habis tu takkan nak tinggal dia sorang-sorang kat luar?... nak mati kena pancung dengan en.somi nanti.... nampak gayanya Jaja tak boleh pegi la Pameran Halal kali ni... kenapa la ada peraturan macam ni... kan baik kalau semua orang boleh masuk tanpa mengira peringkat umur?... Pameran ni boleh dijadikan aktiviti beriadah bersama keluarga pada hujung minggu.... mungkin ramai orang makan testing food tapi tak beli kot... mungkin sebab tu pihak penganjur nak kontrol kemasukkan pengunjung.... hehehe....Pameran Antarabangsa katakan...kalau ramai rakyat Malaysia tak datang, kan penganjur dah rugi... hampeh betul.....gggrrr

P/s : Jangan pulak nanti MAHA kat serdang buat macam ni... nanti ramai-ramai rakyat Malaysia boikot...

Kemaskini : Jaja ke MIHAS 7/4/2012... tak dibenarkan masuk sebab bawa baby (umur bawah 18tahun)... kesian tengok ibubapa yang bawa anak-anak kecil yang mana anak mereka tersadai di luar dewan pameran... ada yang tertidur diatas simen menantikan kedatangan ibu dan ayah mereka keluar dari dewan pameran... aduhai MIHAS....

Wednesday, March 28, 2012

Naik lagi ke?

Semalam tengok berita di Belutin Utama TV3 pasal harga minyak naik lagi.... hurm... berlaku kekecohan di Indonesia dan negara-negara lain.... Menteri kita beritahu harga RON95 di Malaysia masih kekal pada harga yang sama... tiada kenaikan dan kerajaan menanggung harga kenaikan bahan api tersebut.....

Pada pendapat Jaja la, mengikut pengalaman lepas kemungkinan harga minyak tak naik buat masa 'sekarang' tapi 'esok lusa' mesti naik gak... dulu pun mcm tu gak... cuba flash back balik....mmmmm... lepas ni mesti harga barang-barang pun turut naik walaupun takde kena mengena langsung dengan kenaikan harga minyak.... dah kos sara hidup meningkat, ramai-ramai pula akan minta naik gaji.... Dah macam roda, pusing-pusing kat situ gak....tiada pengakhiran...20 tahun akan datang berapa la jumlah kos sara hidup sebulan seisi rumah?.... adios...

Adab yang semakin menghilang

Assalamualaikum.... minggu ni merupakan minggu pertama Jaja naik bas ke tempat kerja... nak save budget... hehehe... naik bas pun baru 50sen je sehala.. bukan jauh mana pun kawasan sekitar Putrajaya ni... lagipun bas banyak tak putus-putus... kalau memandu pagi-pagi buta dah kena berebut parking... tak nak tensen dipagi hari yang boleh buatkan mood kureeeng di pejabat, so amik keputusan naik bas... ada kawan mengadu parking di belakang blok pejabat dah diswastakan... bermakna kena bayar la kalau nak parking... huhuhu... segala-galanya duit....

Seronok jugak naik pengangkutan awam ni.... boleh round-round (untuk pengguna yang tak kejar masa ye)... tapi semalam Jaja perasan ada satu sikap masyarakat zaman moden ni yang kurang prihatin dengan orang sekeliling... mereka ni naik bas mcm bas ni diaorang punya.... bergelak ketawa, mengusik dan paling tak tahan menjerit memekik sesuka hati.... tolong la... ini bas awam, pelbagai peringkat umur yang naik... malu la sikit perangai awak tu serupa monyet.... kan dah kena!!!!.... konon happening la tu...mungkin diaorang tak kisah tapi Jaja sangat-sangat kisah benda ni..... hilang keharmonian macam zaman dulu-dulu.... kalau Jaja ada kuasa, dah lama sorang demi sorang kena piat telinga..... mungkin segelintir masyarakat zaman sekarang ni dah lupa tatasusila....mmmm... adios...

Tuesday, March 27, 2012

Tragedi demi tragedi...

SETIA ALAM: “Saya kecewa dengan tindakan pemilik taska yang menuduh kami tidak bertanggungjawab kerana tidak selidik sejarah kesihatan bayi kami sedangkan mereka tidak cuba tolong hantar bayi saya ke mana-mana hospital atau klinik berdekatan bagi mendapatkan bantuan kecemasan,” kata Tan Khai Yin, 34, bapa kepada seorang bayi lelaki yang meninggal sewaktu dalam jagaan pengasuhnya di sebuah pusat jagaan harian, di sini, Jumaat lalu.
Ibu mangsa, Tai Loon Eng, 30, terkejut selepas menerima panggilan telefon daripada pemilik taska berkenaan memberitahu bayinya sudah tidak bergerak dan warna kulit bayinya bertukar menjadi ungu dalam kejadian Khamis lalu.


“Kira-kira jam 2.15 petang, pemilik taska menghubungi saya dan memaklumkan bayi saya, Tan Yan Xue, berusia 3 bulan tidak menunjukkan sebarang tanda bernafas. Saya kemudian bergegas ke taska itu dan sewaktu dalam perjalanan saya menghubungi ambulans serta seorang jiran.

“Saya minta tolong jiran periksa bayi saya terlebih dulu, sementara saya pula bergegas dari tempat kerja di Glenmarie. Tetapi apabila tiba, bayi saya masih tidak sedarkan diri dan berada di taska itu,” katanya.


Tai dan suami pada mulanya menyangka anak sulung mereka itu meninggal dunia akibat tercekik susu kerana kesihatan anaknya baik pada pagi sebelum kejadian. “Walaupun punca kematian masih belum diketahui, tapi kami berasa ada sesuatu yang mencurigakan berlaku terhadap bayi kami,” katanya. - Sumber Harian Metro

terkedu sebentar Jaja bila baca artikel ni tadi... Jaja dah buat perancangan untuk hantar baby Humaira ke taska bulan Jun nanti... sampai bila mummy nak jaga baby Humaira... kesian kat mummy... tapi bila dah baca artikel ni, hati jadi berbelah bagi... Ya Allah, Kau kuatkan la semangatku.... memang ini dikatakan suratan takdir tapi sebagai ibubapa yang nak menghadapi situasi macam ni, cukup memilukan....

Monday, March 26, 2012

Lamanya.....

                                                         gambo cik google

Assalamualaikum... hacooommm.....wah bersawang rupanya blog ku ini.... hehehehe... belum ada kesempatan untuk selalu update blog... rajinnya kawan2 yg lain yang sentiasa update blog... akan ku cuba untuk rajin-rajinkan diri ini...

ok la nak chow dulu, nak bersihkan sawang-sawang ni dulu.....hehehehe.... adios...