Assalamualaikum..
Jaja masak gulai ikan tongkol ni masa Jaja tak keje last week.. Humaira masih lagi kena demam campak...Gulai ni kalau nak sedap, masak awal-awal.. nak makan nanti hangatkan je.. selalu dengarkan gulai mamak semalam punya lagi sedap dimakan..hehehe
Bahan-bahan
1 ekor ikan tongkol (sederhana)
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 tangkai daun kari
1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
1 biji buah pelaga
sedikit biji sawi
1 peket serbuk kari ikan babas
1 sudu asam jawa Adabi
4 btg kacang bendi
sedikit garam dan perasa
1 cawan santan
air
Cara-caranya:-
1. Bersihkan ikan tongkol dan ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, biji sawi dan daun kari. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis sehingga bawang garing.
3. Setelah bawang garing, masukkan rempah kari ikan yang telah dibancuh dgn sedikit air. Biarkan rempah tersebut masak dan garing.
4. Setelah rempah kari garing, masukkkan sedikit air dan santan. Biarkan sehingga santan betul-betul mendidih dan masak.
5. Masukkan asam jawa, garam dan perasa. Masukkan ikan tongkol, biar seketika.
6. Setelah ikan tongkol tersebut masak, masukkan kacang bendi. Biarkan sehingga kacang bendi lembut.
7. Siap
(bahan-bahan lain seperti tomato, terung, cili merah, cili hijau boleh dimasukkan mengikut citarasa masing-masing)..
p/s : masa masak Jaja tak masukkan kacang bendi.. masa perangat nak makan baru Jaja masukkan..
"Bila Allah cepat makbulkan doamu, Maka DIA menyayangimu, Bila DIA lambat makbulkan doamu, Maka DIA ingin mengujimu, Bila DIA tidak makbulkan doamu, Maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu. Oleh itu, Sentiasalah bersangka baik pada ALLAH"
Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts
Thursday, January 1, 2015
Sunday, September 16, 2012
Sate Ikan
sate ikan
Assalamualaikum.... masa Jaja kecik-kecik dulu lebih kurang umur 10-11 tahun, Jaja pernah makan sate ikan.... itupun masa Jaja ke rumah nenek Jaja.... Jaja ikut sepupu Jaja beli.... Orang yang berniaga tu guna basikal macam beca....masa Jaja mengandung baby Humaira, Jaja ada teringin nak makan sate ikan ni tapi Jaja diamkan sebab Jaja tau susah nak dapat.... bukan mengidam ye, cuma teringin... tak dapat pun tak pe....
Jaja ada pernah terpandang orang yang jual sate ikan ni di tempat Jaja mengajar dulu....Taman Kempas Permai (yang baru-baru ni keluar berita budak 4 tahun tercuck buluh di kepala dan meninggal)... berhampiran sangat dengat Hospital Permai.... tapi disebabkan Jaja nak cepat, tak sempat nak beli... nasib baik baby Humaira tak meleleh air liur.... hahahaha....
semalam masa on the way ke rumah ketua pegawai suami Jaja, Jaja terpandang orang yang jual sate ikan ni.... Jaja suruh suami Jaja berhenti kereta, tapi dia tak nak..... secara tiba-tiba Jaja rasa nak makan sangat-sangat.... rasa nak lompat je keluar dari kereta... huhuhu....Jaja cakap kat suami yang Jaja teringin masa mengandung tapi tak dapat... rasa sebak tiba-tiba.... terus suami Jaja buat u-turn pergi beli.... hahahaha..... Jaja beli RM10.00.....
Sate ikan ni rasanya macam keropok lekor.... kuahnya berwarna pink.... ada kuah pedas dan kuah manis.... zaman Jaja budak-budak, sebatang sate ikan dijual 10 sen.... sekarang ni 4 batang RM1....semalam Jaja beli RM5 untuk kuah manis dan RM5 lagi untuk kuah pedas.... Jaja kasi suami Jaja 2 batang je... yang 38 batang, Jaja makan sorang-sorang.... sedapnya makan panas-panas... jangan ingat Jaja gelojoh ye... Jaja makan 38 batang tu sikit-sikit sampai habis.....hahahaha....6 batang Jaja simpan hingga sampai kat rumah sebab nak snap gambar... terubat sudah rindu Jaja pada sate ikan.... hahahaha....
sate ikan dibakar..
sebelah tong kuah manis, sebelah tong kuah pedas
Thursday, August 9, 2012
Sambal tumis petai udang dan bilis
Assalamualaikum.... balik dari pejabat semalam, Jaja ada semangat untuk memasak walaupun sebenarnya dah tapau beberapa lauk di gerai berhampiran pejabat Jaja.... tiba-tiba je teringin nak makan sambal tumis ikan bilis.... dengan pantas Jaja ke dapur tengok cukup tak bahan-bahan nak buat sambal sebab jam dah menunjukkan pukul 6.00 petang....masa balik kampung hari tu, Jaja ada beli petai.... campur sekali la dalam sambal nanti... Suami Jaja tak makan petai... biarkan dia...hahahaha....
Sambil merebus cili kering, Jaja belek-belek beberapa 'tukun' yang dah lama tersimpan dalam peti ais... hahahaha..... wajib dah masuk ke dalam tong sampah.... ok, jom tengok resepi...
Bahan-bahan
4 sudu pes Cili kering
1 1/2 inci Belacan
2 biji Bawang besar - kisar
3 ulas Bawang putih - kisar
1 biji Bawang besar - potong bulat
air asam jawa
3 papan petai
Ikan bilis
udang
gula
garam
Cara-caranya :-
1) gunting cili kering serong-serong dan rebus seketika. bilas dan toskan.
2) Kisar 2 biji bawang besar dan putih. ketepikan.
3) Kisar cili kering bersama belacan hingga halus. ketepikan.
4) Panaskan minyak di dalam kuali. tumis bawang hingga naik bau harum.
5) Masukkan cili kering yang telah dijadikan pes. tumis hingga garing.
6) Setelah garing, masukkan air asam jawa, sedikit gula dan garam.
7) Jika pekat, tambah sedikit air mengikut berapa banyak kuah yang kita nak.
8) Masukkan petai. biarkan petai lembut.
9) Masukkan ikan bilis dan kacau hingga serata.
10) Masukkan udang. kacau hingga udang masak. (Jangan terlalu lama nanti udang keras).
11) Masukkan bawang besar yang dipotong bulat.
12) Siap dan boleh dihidangkan.
Sambil merebus cili kering, Jaja belek-belek beberapa 'tukun' yang dah lama tersimpan dalam peti ais... hahahaha..... wajib dah masuk ke dalam tong sampah.... ok, jom tengok resepi...
sambal tumis petai udang & bilis
Bahan-bahan
4 sudu pes Cili kering
1 1/2 inci Belacan
2 biji Bawang besar - kisar
3 ulas Bawang putih - kisar
1 biji Bawang besar - potong bulat
air asam jawa
3 papan petai
Ikan bilis
udang
gula
garam
Cara-caranya :-
1) gunting cili kering serong-serong dan rebus seketika. bilas dan toskan.
2) Kisar 2 biji bawang besar dan putih. ketepikan.
3) Kisar cili kering bersama belacan hingga halus. ketepikan.
4) Panaskan minyak di dalam kuali. tumis bawang hingga naik bau harum.
5) Masukkan cili kering yang telah dijadikan pes. tumis hingga garing.
6) Setelah garing, masukkan air asam jawa, sedikit gula dan garam.
7) Jika pekat, tambah sedikit air mengikut berapa banyak kuah yang kita nak.
8) Masukkan petai. biarkan petai lembut.
9) Masukkan ikan bilis dan kacau hingga serata.
10) Masukkan udang. kacau hingga udang masak. (Jangan terlalu lama nanti udang keras).
11) Masukkan bawang besar yang dipotong bulat.
12) Siap dan boleh dihidangkan.
Sunday, January 30, 2011
Gulai Ikan Duri, Sayur Kobis Goreng dan Sambal Belacan
salam semua... hari ni sepanjang hari ujan... dari pagi hingga ke saat ni.... hujan turun bawa rahmat, so tak payah la kita mengeluh... hujan ni juga bole bersihkan bumi kita yang dah kotor ni... eh, macam pegawai alam sekitar pulak... hehehe... hari ni takde aktiviti outdoor... semuanya indoor... ni la masanya untuk kemas2, bersih2kan apa yang patut... :)
Hari ni Jaja ada ckit semangat untuk memasak...bukannya malas tapi kurang rajin... hahaha.... lagipun Jaja tak pandai memasak...menu hari ni ringkas je... cite bab mkn ni teringat akan hal yang terjadi masa sesi masak memasak ni.... semangat masak katakan.. kul 12.30 tengahari semua dah settle... tak sedar ada benda yang tak buat... dalam kul 2 petang baru perut terasa lapar... so apa lagi, soru time la... g dapur buka penutup periuk nasi... laaaaa rupanya nasi tak masak lagi... Ya Allah, terlupa sungguh... sementara tunggu nasi masak saya layan tv dulu tp dalam hati rasa nak nangis sebab lapar... ni semua salah sendiri... huhuhu.... sendiri buat sendiri tanggung... ok, kat bawah ni Jaja nk share resepi...
Gulai Ikan Duri
Bahan-bahan :-
4 potong ikan duri (bole guna ikan lain)
1 bungkus rempah kari ikan Baba's
1 sudu besar serbuk cili Baba's
1 ulas bawang besar - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 tangkai daun kari
1 biji tomato
4 batang kacang bendi
santan
Air asam jawa
1 kuntum Bunga Lawang
3 kuntum Bunga Cengkih
1 batang Kayu Manis
2 biji buah pelaga
Minyak masak
garam & serbuk perasa
Cara-caranya :-
1. Cuci ikan duri sebersih-bersihnya dan toskan.
2. Panaskan minyak, tumis bunga lawang, cengkih, buah pelaga dan kayu manis bersama-sama daun kari.
3. Masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah dihiris. Tumis sehingga naik bau dan garing.
4. Masukkan rempah kari ikan (bancuh dengan sedikit air) dan serbuk cili. Tumis hingga garing dan naik minyak.
5. Masukkan sedikit santan dan air asam jawa. kacau.
6. Masukkan ikan dan sedikit lagi santan. Rasakan kuah tersebut dengan garam dan serbuk perasa.
7. Setelah kuah hampir masak, masukkan kacang bendi.
8. Setelah kacang bendi lembut, masukkan tomato dan tutup api.
Sayur Kobis Goreng
Bahan-bahanya :-
1/4 sayur kobis
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sudu teh biji sawi
sedikit serbuk kunyit
Ikan bilis
minyak masak
garam dan serbuk perasa
Cara-caranya :-
1. Bersihkan sayur kobis. rendam dalam air garam buat seketika. Toskan. Hiris mengikut citarasa sendiri.
2. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih, ikan bilis hingga garing.
3. Masukkan biji sawi dan sedikit serbuk kunyit.
4. Masukkan sayur kobis, garam dan serbuk perasa. Goreng seketika saja. Jangan sampai layu.
5. Tutup api dan boleh dihidangkan
Sambal Belacan
Bahan-Bahan :-
2 biji Cili Merah
Sedikit Belacan
4 biji Cili Api (optional) (saya x letak)
1 biji Limau Kasturi
Cara-caranya :-
1. Cuci cili merah, cili api. patah-patahkan dan masukkan ke dalam lesung batu.
2. Masukkan belacan. Tumbuk hingga halus (ikut citarasa sendiri).
3. Perah limau kasturi ke dalam sambal belacan. Jaja tak guna garam sebab belacan dah masin.

Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)