Tuesday, November 27, 2012

Didiklah anak dengan sebaik-baiknya.....

Assalamualaikum...Peristiwa di kedai makan tadi membuatkan Jaja tersentak, terkaku dan akhirnya angin satu badan.

Petang tadi Jaja minta time off 2 jam pada bos sebab nak bawa baby Humaira check up di Klinik Desa. Jaja ingat baby Humaira nak kena cucuk hari ni. Takut punya pasal Jaja ajak pengasuh temankan Jaja. Rupanya check up biasa je. Cucuk minggu depan. Wuaaaa... minggu depan nak kena datang lagi. huhuhu. Lepas check up, Jaja hantar pengasuh balik rumah dia dan Jaja terus balik rumah Jaja.

Sebelum Jaja sampai ke kawasan taman tempat tinggal Jaja, terdetik di hati nak singgah makan dulu di kedai. Jaja order sotong goreng tepung, nasi goreng ikan masin dan cikong sejuk. Baby Humaira, Jaja letakkan dalam high chair dan Jaja umpankan dia dengan duit kertas seringgit. Baby Humaira memang suka duit kertas seringgit. Dia leka bermain dengan duit tu dan Jaja boleh makan dengan aman sekali. hahaha. Masa tu datang satu family (suami, isteri, 3 orang saudara perempuan dan 2 kanak-kanak) duduk depan meja Jaja

Makanan sampai dan Jaja makan dengan penuh selera sekali. Tengahari tadi Jaja tak sempat nak makan sebab nak siapkan kerja yang penting. Tiba-tiba ada tangan cekus sotong goreng tepung Jaja. Terperanjat Jaja. Bila Jaja tengok rupanya budak yang duduk depan meja Jaja. Budak tu berusia lebih kurang 4 tahun. Nak marah rasanya tak sampai hati sebab dia mungkin tak tahu apa-apa. Jaja fikir positif, mungkin budak ni terliur. Tapi bila dia cekus lagi sekali, wah ini rasanya biadap ni. Padahal ada di antara  family dia tengok budak ni cekus makanan Jaja. Mereka cuma cakap 'haip, apa buat macam tu?'.... Jaja jegilkan mata dengan harapan dia takut nak buat lagi. Budak tu duduk balik kat kerusi dia. Lega. Boleh sambung makan balik.

Tengah syok Jaja makan, tiba-tiba budak yang sama datang dan terus pukul kepala baby Humaira. Tergamam Jaja tak sempat nak buat apa-apa. Baby Humaira apa lagi, menangis sekuat hati la. Terus Jaja bangun dan angkat baby Humaira keluar dari high chair. Tengah Jaja sibuk nak keluarkan baby Humaira, sekali lagi dia ketuk kepala baby Humaira. Wah, sabar Jaja dah sampai pada tahap maksima. Terus Jaja tolak budak tu dengan niat supaya dia jauh dari baby Humaira. Disebabkan tengah marah, mungkin tolakan Jaja pada budak tu kuat. Budak tu jatuh terpelanting ke belakang. I dont care. Keselamatan anak Jaja perlu Jaja utamakan. Lagipun dia yang cari pasal dulu. Masa tu Jaja dah tak kira, kau budak ke kau bapak budak ke.

Kecoh satu kedai makan. Bapak budak tu datang ambil anak dia without say sorry to me. Helloooo, korang ni manusia ke binatang... takde adap ke?... nak je Jaja maki hamun kat situ. Terbantut selera Jaja nak makan lagi. Terus Jaja capai handbag dan payung pergi bayar harga makanan Jaja. Nak je Jaja pukul sorang-sorang dengan payung. Biar ada akal sikit.

Mesti semua orang ingat Jaja lembut hati, mudah maafkan orang. No way man. Hutang harus dibayar dengan hutang. Sebelum sampai ke kereta Jaja, siap-siap Jaja keluarkan segugus kunci rumah. Jaja sampai dekat kereta Jaja dengan muka yang penuh dengan senyuman. Lega. Hutang telah terbalas. Nak tahu Jaja buat apa? Jaja buat lukisan paling cantik di kereta family tu dengan menggunakan 4 batang kunci rumah Jaja. Empat jalur terlukis indah lagi tebal dari tepi lampu depan sehingga tepi lampu belakang sebelah kanan kereta dia.. hahaha. Ucapan maaf kononnya mahal la, sekarang ni kau rasa ucapan maaf mahal ke atau cat kereta Waja kau mahal?

Jaja minta pada semua yang membaca entry Jaja ni..Didiklah anak-anak anda semua dengan sebaik-baiknya. Terapkan nilai-nilai murni. Ajar anak-anak cara menghormati orang lain. Apa yang boleh dibuat dan apa yang dilarang. Awasi anak-anak anda semasa berada di khayalak ramai. Sikap kanak-kanak yang suka merayau-rayau atau dalam bahasa kasar tak boleh duduk diam, boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada pengujung lain. Itu belum lagi anak-anak menangis berguling-guling, boleh dapat darah tinggi nanti. hahahaha. Jaja ingtkan pada diri Jaja juga.


Wednesday, November 21, 2012

Rindunya pada Putrajaya....

Assalamualaikum..... malam ni Jaja keluarkan dan kemas sikit-sikt barang yang masih dalam kotak walapun dah 3 bulan pindah ke rumah ni..... takde mood nak kemas sebab hati Jaja terdetik yang Jaja tak akan lama menetap di sini.... hidup macam zaman neo pulak... berpindah randah..... apa boleh buat... saya yang menurut perintah.... huhuhu.....

Dalam dok punggah pelbagai kotak, Jaja terperasan yang kotak-kotak dari Putrajaya pun Jaja tak buka lagi.... tiba-tiba hati Jaja rasa sayu bila teringatkan Putrajaya.... huhuhu.... sedihnya....

Ok, Jaja nak flashback balik kenangan Jaja di Putrajaya.....

Duluuuu.... Jaja tinggal di Presint 11E... Pangsapuri Putra Damai.... Blok A tingkat 10.... kat situ ada 3 buah apartment 16 tingkat dan 4 buah apartment 5 tingkat.... Kebiasaannya pagi-pagi Jaja naik bas ke pejabat kecuali hari Jumaat dan tarikh check up baby Humaira... tak payah risau, bas Nadiputra banyak dan silih berganti.... tak perlu tunggu lama.... selalunya Jaja akan naik bas no. 400 untuk sampai ke Komplek E.... tambang 50 sen je sehala.... pergi balik RM1.00 sehari.... hari Jumaat Jaja tak naik bas sebab lepas habis kerja, Jaja nak ke Pasar Malam di Presint 2.... Nak beli barang-barang basah dan sayur untuk stok seminggu, leceh kalau naik bas.....

Jaja bekerja di Komplek E.... bangunan mana dan kementerian apa rasanya tak perlu la Jaja cerita.... tak penting pun kan.... yang perlu tahu ialah Jaja adalah salah seorang kakitangan awam yang mengalas amanah rakyat Malaysia.... Jaja bertugas di unit Sumber Manusia.... tingkat 12....rasanya seumur hidup kot Jaja bergelumang dengan sumber manusia ni... dulu di syarikat swasta pun Jaja ditempatkan di Human Resource Deparment.... masuk gomen pun masih lagi di Sumber Manusia.... dan sekarang di tempat baru pun masih lagi berkaitan dengan sumber manusia..... nasib la....

kadang-kadang lepas waktu bekerja, Jaja akan ke Alamanda..... Alamanda shopping mall betul -betul terletak di belakang pejabat Jaja bekerja.... berjalan dalam 500 meter dah sampai pun pintu masuk Alamanda yang penuh dengan pokok buluh hiasan.....  Jaja ke Alamanda bila ada keperluan penting je.... contoh : nak cucuk duit, nak bayar bil maxis, nak ke pejabat pos, watson dan Carrefour.... Jaja masa tinggal di Putrajaya terpaksa berjimat cermat sehabis mungkin sebab masa tu suami Jaja tinggal di Johor Bahru..... banyak duit nak pakai bila duduk berasingan.....terpaksa Jaja duduk berasingan sekejap kerana tuntutan kerja.... di Putrajaya,  Jaja tinggal bersama-sama dengan baby Humaira dan emak Jaja..... Kadang-kadang ayah Jaja datang melawat begitu juga dengan suami Jaja.... Selalunya Jaja shopping di Mydin yang terletak di Jalan Diplomatik, Presint 15.....

Waktu rehat, Jaja selalunya makan atau tapau makanan di kafeteria di bangunan E7, Kementerian Kesihatan Malaysia bersebelahan dengan taska.... sekali sekala je Jaja makan tengahari dekat Anjung.... pelbagai pilihan makanan di sajikan.... kita cuma sediakan duit je.... bagi Jaja, harga makanan berpatutan dan tak mahal.... setiap hari Khamis dan Jumaat akan diadakan jualan barangan di hadapan kafeteria E7.... fuhhh rambang mata.... selalunya Jaja cuci mata je.... teringin jugak nak membeli tapi fikirkan poket bocor, diam-diam je la...hahahaha... ok la, jom tengok gambar.... gambar yang Jaja ambil semua pada hari terakhir Jaja bekerja di Putrajaya.... sedihnya....

pemandangan waktu malam di kawasan Presint 11E

gambar di ambil dari ketinggian 10 tingkat

damainya suasana

Pangsapuri Putra Damai

pintu masuk rumah

keadaan dalam rumah selepas mengangkat barang
untuk berpindah ke Kota Tinggi, Johor

perhentian bas  yang Jaja selalu tunggu bas untuk balik

pintu masuk Komplek E

Kafeteria E7, KKM

jualan di hadapan kafeteria E7

lif ke tingkat Jaja bertugas

kawasan luar pejabat Jaja

tanda nama di pintu bilik Jaja

meja untuk Jaja bekerja

tikat bas terakhir

tiket ERL terakhir sebelum ke Johor

last train yang Jaja naik

stesen ERL Putrajaya
JPA Mines, tempat Jaja menduduki peperiksaan

Tuesday, November 13, 2012

Jalan-jalan ke Universal Studio Singapore

Assalamualaikum.... Hari Ahad yang lepas 4/11/2012, Jaja ke USS... Universal Studio Singapore..... Jaja pergi dengan mak mertua, biras, bakal biras, adik ipar dan 2 orang kawan adik ipar... semuanya termasuk Jaja 8 orang... Baby Humaira dan suami Jaja dok rumah diam-diam...hahahaha.... Suami Jaja lebih suka lepak di rumah berbanding keluar berjalan.... berlawanan pula dengan Jaja.... Jaja jenis suka melancong ... dalam erti kata lain buang duit... hahaha.... sebab tu masa study dulu Jaja amik tourism course.... semuanya bermula dari ayah Jaja.... Jaja sikit sebanyak terpengaruh dengan ayah Jaja yang dah pusing separuh dunia semasa umur ayah Jaja 30 tahun.... Paling lama ayah Jaja menetap di Jerman sebelum pulang ke Malaysia tanahair tercinta....hahahaha....

Ok, Jaja nak cerita pasal USS pula.... Jaja pergi ke sana dengan booking pakej di Erwin Travel Agencies... Pejabat travel agent ni terletak sebaris dengan Pusat Maxis, restoren 7 Spices dan Tune Hotel JB di Danga Bay.... Harga pakej untuk seorang ialah RM200... pakej ni meliputi harga bas pergi balik dan tiket masuk ke USS.... bagi Jaja pakej ni murah sebab tiket masuk ke USS sahaja $74 (RM187.22).... itu belum caj parking, minyak.... kami berkumpul di depan pejabat travel agent pukul 7.00 pagi... tunggu punya tunggu bas tak sampai-sampai.... masing-masing dah nak angin satu badan... sebabnya berkejar sangat nak berkumpul awal sampai skip breakfast.... pukul 7.45 baru nampak bayang bas.... naik je bas, driver check resit bayaran dan terus jalan...... kami tiba di Imigresen Malaysia (Tambak Johor) pukul 8.20 pagi... checking dalam 10 minit dah selesai, sebab tak ramai orang dan kaunter Imigresen banyak yang di buka... naik bas balik untuk ke Imigresen Woodlands, Singapura.... masa ni semua beg kena diturunkan... jangan ada yang tinggal di dalam bas..... sekotak/bungkus rokok kena luak sikit... tak boleh penuh.... tak boleh tangkap gambar, video dan seangkatannya... kalau degil, guard akan suruh delete atau rampas gajet tu.... dalam 20 minit checking di Imigresen Woodlands.... ketat sikit.....

Lepas checking di Woodlands, kami terus bertolak ke USS... tiba di sana dalam pukul 9.15 pagi..... pintu USS pun belum buka lagi.... USS ni di bawah naungan Resort World Berhad..... so, dah sampai di USS, apa lagi masing-masing berposing sakan la.... bukan selalu datang pun... kami ronda-ronda dulu di kawasan luar sekitar USS.. melintas Hard Rock Cafe Singapore je.... tepat pukul 10.00 pagi, pintu USS di buka dan orang ramai berdisiplin beratur untuk masuk... luasnya kawasan... terasa macam ada kat Hollywood pulak... hahahah terlebih perasan pulak.... Kami pergi ke kawasan indoor dulu.... paling best bagi Jaja masa di Transformers The Ride : The Ultimate 3D Battle.... naik macam kereta kebal... berpusing-pusing macam roller coaster dan macam kita ni Optimus Prime nak lawan musuh.... best sangat, tak boleh nak cerita... kena rasai sendiri ye.... kami sempat menonton musikal di Pantages Hollywood Theater.... pastu kami ke kawasan outdoor...Jaja naik Accelerator, lebih kurang macam permainan cawan berpusing di Genting... adik ipar Jaja dengan beraninya naik roller coaster.... satu warna biru nama Battlestar Galactica ; Cylon dan satu lagi merah nama Battlestar Galactica : Human... Jaja kalau orang kasi RM 1juta pun Jaja tak akan naik... cukup la sekali naik roller coaster di Genting... itu sudah menakutkan Jaja... hahahaha.....Lepas tu kami ke zon Egypt.... bergambar sakan kami kat situ...... penat berjalan di sekitar zon Egypt, perut mula terasa lapar... kami keluar dari USS untuk makan... sebelum keluar petugas di situ cop sekali di tangan kami semua....

Bagi Jaja, memang ada masalah pasal makanan.... kita ni tourist, mana tau selok belok di Singapura.... kami ke Malaysian Food Street yang terletak berhampiran dengan pintu masuk USS... tempat lain malas nak pergi dan cari, takut sesat.... Di Malaysian Food Street, suasana ala-ala Petaling Street atau  Jonker Street di Melaka.... kena hati-hati ya... bukan semua yang di jual di situ kita boleh tibai sebarangan..... Jaja perasan ada 2 stall je yang ada tanda halal... Kampung Nasi Lemak dan Roti Canai & Nasi Briyani..... Jaja makan Nasi Lemak Ayam yang berharga $4.30 (RM10.88) dan air tin Laici Yeo's berharga $2.5 (RM6.33).... kalau makan Nasi Briyani harganya $6.40 (RM16.19)..... habis je makan, kami masuk balik ke USS.... kena tunjuk tiket balik masa nak masuk.... kami terus ke Istana Shrek (Far Far Away)... di situ ada panggung wayang 4D yang kerusinya boleh bergerak-gerak seiring dengan cerita... contoh: shrek naik kuda, kerusi yang kita duduk tu bergoyang-goyang macam kita pun sama naik kuda.... bila keldai terbersin, kita akan rasa percikan air kononnya tempias air liur keldai tu... lepas tu kami ke Madagascar... dekat situ kami naik bot menyusuri anak sungai dan masuk ke gua (A Crate Adventure).. dalam gua ada pelbagai haiwan... sangat menarik dan sesuai untuk kanak-kanak... kat luar Madagascar, ada maskot haiwan tengah buat live show menari lagu tema Madagascar....

Lebih kurang pukul 2.30 petang, hujan lebat turun di USS.... segala aktiviti outdoor dihentikan untuk keselamatan..... terpaksa kami bersidai di luar kawasan Revenge of The Mummy di zon Egypt..... dengan pantas Jaja merayau cari cenderahati..... bukan banyak pun boleh beli sebab mahal... tukaran wang asing masa tu 2.53..... lepas tu Jaja dan adik ipar try masuk ke Revenge of The Mummy ... dah sampai di penghujung baru Jaja tau The Mummy tu sebenarnya roller coaster... nak patah balik jauh pulak... terpaksa cekalkan hati naik roller coaster The Mummy.... tuhan saja yang tau macam mana kecutnya perut Jaja... High speed roller coaster.... sumpah tak akan naik lagi... rasa nak muntah pun ada...... Dalam pukul 5.00 petang cuaca dah ok sikit, Jaja teruskan ke zon Jurassic Park... ni permainan naik pelampung menyusuri sungai kononnya (Jurassic Park Rapids Adventure).... so, standy baju hujan ye... kalau tidak basah nanti.... Jangan risau transparent raincoat ada di jual di vending machine... harga $3 (RM7.60)... best dan mendebarkan.... last sekali sebelum keluar dari USS, Jaja ke Canopy Flyer.... Permainan ni direka untuk kanak-kanak.... so Jaja naik la... rupanya kurang sikit takutnya dari roller coaster...hahaha... Jaja ni memang penakut la..... dan yang paling Jaja tak takut naik Dino Soarin... lain kali bawa Baby Humaira boleh naik Dino Soarin ni...

Kami ke tempat bas tepat pukul 7.30 malam seperti yang di janjikan... bersebelahan parking bas ada parking untuk kereta... Jaja perasan setiap petak parking ada lampu... kalau parking tu ada kereta, lampu akan warna merah... kalau petak tu kosong, lampu akan warna hijau... senang visitor nak cari parking dan nampak dari jauh... tak macam di sini selalu Jaja terkena.... ingatkan ada parking kosong, rupanya tersorok kereta kancil.....hahahaha.....ok sambung balik, naik bas ke Imigresen Woodlands... checking dalam masa 25 minit di sana..... naik kebas kaki beratur...... lepas semua selesai, naik bas semula menyusuri Tambak Johor ke Imigresen Malaysia.... kami meninggalkan Singapura tepat pukul 8.45 malam.... tiba di Tune Hotel JB pukul 9.30 malam. makan malam di Banafe Village, JB dan dalam pukul 11.00 malam masing-masing berpecah balik ke rumah sendiri.... Jaja sampai rumah dalam pukul 1.00 pagi... kat rumah baru terasa penatnya badan....esoknya nak gi kursus di Muar.... sendiri cari penyakit kan?...huhuhu...


dokumen penting

melalui Tambak Johor ke Imigresen Woodlands

pintu masuk Universal Studio Singapore

tempat wajib bergambar

suasana masa dah nak balik

macam dekat Hollywood


ditutup buat sementara waktu

Van Cenderahati Sesame Street

Accelerator... serupa macam cawan berpusing Genting

Roller Coaster Human & Cylon.... takutnya

Revenge of The Mummy

Kereta Antik... sama jugak macam di Genting


Optimus Prime

Transformers The Ride... Paling best

kereta polis Hollywood

Walk of fame

Istana Shrek (Far Far Away)

A Crate Adventure Madagascar

Live show maskot haiwan Madagascar

Jurassic Park Rapids Adventure

Canopy Flyer

Dino Soarin

Pantages Hollywood Theater... tengok musikal

tempat makan paling dekat dengan pintu masuk USS

suasana di dalam Malaysian Food Street

gerai yang menyerupai banguna lama

suasana seperti di Pulau Pinang

gerai yang ada tanda halal Singapura

Gerai yang ada tanda halal Singapura

Nasi Lemak berharga $4.30 (RM10.88)

Mug Transformer $26.90 (RM66.54)
Fridge Magnet $6.90 (RM17.46)

p/s : Nak pergi USS kena bawa duit banyak sebab sana mahal.... lagi satu kalau masuk toilet kena bawa air sendiri dalam botol sebab takde paip air nak cuci ehem... Jaja ada pengalaman di toilet bersebelahan dengan Madagascar.... nasib baik check dulu toilet tu.... mostly toilet duduk, takde cangkung....