Assalamualaikum dan Selamat Tengahari...
Pertama kali Jaja masak terung goreng belacan ni.. Selalu Jaja tengok kawan-kawan blogger yang masak, kali ni Jaja mencuba pula. Wahhhh rupanya memang sedap la tambahan makan dengan nasi putih panas-panas... Next time boleh buat lagi :)
TERUNG GORENG BELACAN
Bahan-Bahan
1 Biji Terung
1 Ulas Bawang besar - Tumbuk
2 Ulas Bawang Putih - Tumbuk
2 Biji Cili merah - Tumbuk
3 Biji Cili Api - Tumbuk
Sedikit belacan - Bakar dan tumbuk
Sedikit Ikan Bilis - Tumbuk
Gula
Garam
Perasa
Minyak
Air
Cara-Caranya :-
1. Kupas kulit terung, potong serong dan rendam dalam air garam
2. Didihkan air, masukkan terung dan rebus separuh empuk.
3. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan tumbuk hingga garing.
4. Masukkan garam, ajinomoto dan sedikit gula. kacau.
5. Masukkan terung, kacau sebentar, biarkan kering dan angkat.
6. Siap
Lain kali Jaja tak nak rebus terung tu, Jaja nak masukkan mentah-mentah dan masak biar sehingga lembut.
"Bila Allah cepat makbulkan doamu, Maka DIA menyayangimu, Bila DIA lambat makbulkan doamu, Maka DIA ingin mengujimu, Bila DIA tidak makbulkan doamu, Maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu. Oleh itu, Sentiasalah bersangka baik pada ALLAH"
Showing posts with label Sayur. Show all posts
Showing posts with label Sayur. Show all posts
Sunday, January 11, 2015
Sunday, February 6, 2011
Sambal Tumis Udang Petai dan Kacang Panjang Telur
Assalamualaikum.... Hilang rasa penat hari ni setelah 5 hari Cuti-Cuti Malaysia... Dari JB -> Kajang -> Tanjung Rambutan -> Manjung -> Taiping -> Lumut -> Tmn Dato' Harun -> Tmn desa -> JB.... fuh penat giler... sekali sekala jln2 tengok dunia luar... hehehe... kasi cair ckit otak ni... takde la tepu memanjang... ok la, ari ni masak sambal tumis udang petai dan kacang panjang bertelur... bertelur???... goreng dengan telur laaa.... hehehe...
Sambal Tumis Udang Petai
Bahan-Bahan :-
15 ekor Udang saiz sederhana
3 papan Petai (saiz sederhana)
20 tangkai Cili Kering (potong serong dan rebus)
4 ulas Bawang Merah
2 ulas Bawang Putih
1 inci Belacan
Air Asam Jawa
Garam dan Serbuk Perasa
Air
Minyak Masak
Cara-Caranya :-
1. Buangkan kulit, kepala udang dan bersihkan. Tos dan keringkan.
2. Kupas kulit petai dan rendam seketika. Toskan.
3. Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih dan belacan.
4. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar. Masak sehingga naik minyak.
5. Masukkan sedikit air untuk jadikan kuah. Air asam jawa. Perasakan sambal tersebut dengan garam dan serbuk perasa.
6. Masukkan udang. Kacau dan biar seketika.
7. Masukkan petai dan masak sehingga petai lembut. Ianya bergantung kepada kesukaan masing-masing.
8. Tutup api dan boleh dihidangkan.
Kacang Panjang Telur
Bahan-Bahan :-
1 ikat Kacang Panjang
2 ulas Bawang Merah - hiris
1 ulas Bawang Putih - hiris
1 Biji Telur
Garam dan Serbuk Perasa
Minyak Masak
Cara-caranya :-
1. Bersihkan kacang panjang dan potong 2 inci.
2. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga garing.
3. Masukkan sedikit air, garam dan serbuk perasa.
4. Masukkan kacang panjang dan goreng sehingga 1/2 masak.
5. Pecahkan telur di atas kacang panjang. Goreng sehingga telur tersebut masak.
6. Tutup api dan boleh dihidangkan.

Monday, January 31, 2011
Bok Choy Bebola Daging
Salam semua.... hari ini bangun pagi dengan bestnya... kenapa?... sebab hari ni cutiiiiii..... selalunya klu hari isnin mesti rasa liat nak bangun pagi... monday blues katakan.... tapi tak boleh diamalkan sebab kita ni mencari rezeki... usah mengeluh ngeluh... kat luar sana ramai lagi orang yang masih tercari-cari kerja....
Kejap lagi nak kuar g Angsana... nak cari barang ckit sambil jamu-jamu mata...hehehe... nak g Jusco rasa malas pulak... takut nanti petang ujan... tak berapa best klu g jalan-jalan time ujan... ok la, tadi ada masak ckit... masak sayur je... lauk semalam masih ada lagi... tak leh nak buang...berdosa.. lagipun penat cari duit..
Bok Choy Bebola Daging
Bahan-bahan :-
1 ikat Sayur Bok Choy
5 ketul Bebola Daging
2 ulas Bawang Merah - hiris
1 ulas Bawang Putih - hiris
2 sudu besar Sos Tiram
1 sudu besar Lada Hitam - kisar
Minyak
Sedikit air
Cara-caranya :-
1. Cuci sayur hingga bersih dan toskan. potong sayur tersebut.
2. Bebola daging dibelah dua. Campur lada hitam ke dalam bebola daging.
3. Panaskan minyak. Goreng bebola daging hingga masak. Angkat dan toskan.
4. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang putih dan bawang merah hingga garing.
5. Masukkan sos tiram dan sedikit air. Setelah mengelegak, masukkan batang sayur bok choy.
6. Setelah agak lembut batang sayur bok choy, masukkan daunnya berserta bebola daging. kacau.
7. Tutup api dan boleh dihidangkan.

Sunday, January 30, 2011
Gulai Ikan Duri, Sayur Kobis Goreng dan Sambal Belacan
salam semua... hari ni sepanjang hari ujan... dari pagi hingga ke saat ni.... hujan turun bawa rahmat, so tak payah la kita mengeluh... hujan ni juga bole bersihkan bumi kita yang dah kotor ni... eh, macam pegawai alam sekitar pulak... hehehe... hari ni takde aktiviti outdoor... semuanya indoor... ni la masanya untuk kemas2, bersih2kan apa yang patut... :)
Hari ni Jaja ada ckit semangat untuk memasak...bukannya malas tapi kurang rajin... hahaha.... lagipun Jaja tak pandai memasak...menu hari ni ringkas je... cite bab mkn ni teringat akan hal yang terjadi masa sesi masak memasak ni.... semangat masak katakan.. kul 12.30 tengahari semua dah settle... tak sedar ada benda yang tak buat... dalam kul 2 petang baru perut terasa lapar... so apa lagi, soru time la... g dapur buka penutup periuk nasi... laaaaa rupanya nasi tak masak lagi... Ya Allah, terlupa sungguh... sementara tunggu nasi masak saya layan tv dulu tp dalam hati rasa nak nangis sebab lapar... ni semua salah sendiri... huhuhu.... sendiri buat sendiri tanggung... ok, kat bawah ni Jaja nk share resepi...
Gulai Ikan Duri
Bahan-bahan :-
4 potong ikan duri (bole guna ikan lain)
1 bungkus rempah kari ikan Baba's
1 sudu besar serbuk cili Baba's
1 ulas bawang besar - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 tangkai daun kari
1 biji tomato
4 batang kacang bendi
santan
Air asam jawa
1 kuntum Bunga Lawang
3 kuntum Bunga Cengkih
1 batang Kayu Manis
2 biji buah pelaga
Minyak masak
garam & serbuk perasa
Cara-caranya :-
1. Cuci ikan duri sebersih-bersihnya dan toskan.
2. Panaskan minyak, tumis bunga lawang, cengkih, buah pelaga dan kayu manis bersama-sama daun kari.
3. Masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah dihiris. Tumis sehingga naik bau dan garing.
4. Masukkan rempah kari ikan (bancuh dengan sedikit air) dan serbuk cili. Tumis hingga garing dan naik minyak.
5. Masukkan sedikit santan dan air asam jawa. kacau.
6. Masukkan ikan dan sedikit lagi santan. Rasakan kuah tersebut dengan garam dan serbuk perasa.
7. Setelah kuah hampir masak, masukkan kacang bendi.
8. Setelah kacang bendi lembut, masukkan tomato dan tutup api.
Sayur Kobis Goreng
Bahan-bahanya :-
1/4 sayur kobis
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sudu teh biji sawi
sedikit serbuk kunyit
Ikan bilis
minyak masak
garam dan serbuk perasa
Cara-caranya :-
1. Bersihkan sayur kobis. rendam dalam air garam buat seketika. Toskan. Hiris mengikut citarasa sendiri.
2. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih, ikan bilis hingga garing.
3. Masukkan biji sawi dan sedikit serbuk kunyit.
4. Masukkan sayur kobis, garam dan serbuk perasa. Goreng seketika saja. Jangan sampai layu.
5. Tutup api dan boleh dihidangkan
Sambal Belacan
Bahan-Bahan :-
2 biji Cili Merah
Sedikit Belacan
4 biji Cili Api (optional) (saya x letak)
1 biji Limau Kasturi
Cara-caranya :-
1. Cuci cili merah, cili api. patah-patahkan dan masukkan ke dalam lesung batu.
2. Masukkan belacan. Tumbuk hingga halus (ikut citarasa sendiri).
3. Perah limau kasturi ke dalam sambal belacan. Jaja tak guna garam sebab belacan dah masin.

Subscribe to:
Posts (Atom)