Sunday, January 11, 2015

Bebola Cheese

Assalamualaikum dan selamat tengahari...

Jaja dah buat Bebola Cheese ni dah lama.. Jaja ada upload di facebook tetapi tidak di blog.. sekarang ni nak aktif semula berblog, Jaja letak resepi di sini... Nanti kalau nak buat lagi bebola cheese ni, boleh rujuk blog je...


BEBOLA CHEESE

Bahan-bahan:-
4 biji ubi kentang
4 helai daun bawang- hiris halus
keju- potong dadu
lada sulah
garam
tepung gandum
telur - dipukul
serbuk roti
minyak untuk mengoreng

Cara-caranya:-
1) kupas ubi kentang. rebus sampai empuk.
2) masukkan kentang yang dah rebus dlm mangkuk, lecek ubi kentang masa panas-panas sampai lumat.
3) masukkan garam, lada sulah dalam kentang lecek. gaul sebati.
4) masukkan sedikit tepung gandum dlm kentang lecek supaya senang nak bentukkan bulat. ( jgn terlebih nnti tak sedap. klu tak letak pun takpe, buat mcm nak buat bergedil)
5) susun keju empat lapis dan tekan sikit biar dia melekat antara satu sama lain. potong dadu keju tu. ketepikan.
6) ambil sedikit aduan kentang, bulatkan dan tekan bagi leper. letak seketul keju ditengah- tengah kentang dan bulatkan.
7) celup bebola dalam telur yg telah dipukul dan golekkan atas serbuk roti. celup blk dalam telur dan golekkkan semula atas serbuk roti. (2x)
8) panaskan minyak dan goreng. tunggu sehingga minyak betul-betul panas baru goreng.guna api sederhana supaya tak cepat rentung dan minyak tak banyak diserap ke dalam bebola.

keju tu terpulang nak pakai yang  mana... Jaja guna keju slice sebab ekonomi dari nak beli yang sebuku tu.


Terung Goreng Belacan

Assalamualaikum dan Selamat Tengahari...

Pertama kali Jaja masak terung goreng belacan ni.. Selalu Jaja tengok kawan-kawan blogger yang masak, kali ni Jaja mencuba pula. Wahhhh rupanya memang sedap la tambahan makan dengan nasi putih panas-panas... Next time boleh buat lagi :)


TERUNG GORENG BELACAN

Bahan-Bahan
1 Biji Terung
1 Ulas Bawang besar - Tumbuk
2 Ulas Bawang Putih - Tumbuk
2 Biji Cili merah - Tumbuk
3 Biji Cili Api - Tumbuk
Sedikit belacan - Bakar dan tumbuk
Sedikit Ikan Bilis - Tumbuk
Gula
Garam
Perasa
Minyak
Air

Cara-Caranya :-
1. Kupas kulit terung, potong serong dan rendam dalam air garam
2. Didihkan air, masukkan terung dan rebus separuh empuk.
3. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan tumbuk hingga garing.
4. Masukkan garam, ajinomoto dan sedikit gula. kacau.
5. Masukkan terung, kacau sebentar, biarkan kering dan angkat.
6. Siap

Lain kali Jaja tak nak rebus terung tu, Jaja nak masukkan mentah-mentah dan masak biar sehingga lembut.

Saturday, January 10, 2015

Apam Lenggang

 Assalamualaikum dan selamat petang...

Dah lama tak makan apam lenggang ni... cuba buat la kali ni..


APAM LENGGANG

Bahan-bahan 
1 cawan tepung beras
1 sudu besar yis
1 sudu besar gula
1/2 cawan santan
1/2 cawan air

Cara-caranya :
1. Satukan semua bahan-bahan. (adunan jgn cair sangat). Gaul sebati.
2. Perap adunan selama 1 jam.
3. Setelah 1 jam, kacau adunan yang dah naik/berbuih.
4. Panaskan kuali non stick, sendukkan 1 senduk adunan ke dlm kuali dan lenggangkan ia.
5. Guna api sederhana kecil supaya adunan masak dan tidak hangit. Tutup kuali non stick supaya bahagian atas juga masak.
6. Jika kelihatan warna coklat di sekeliling apam, boleh angkat dan gulung.
7. Siap

p/s : resepi asal ada letak 1 cawan nasi yg diblender bersama-sama santan tapi kat rumah xde nasi, jadi tak letak la.

Gula dlm adunan bole letak ikut kemanisan masing-masing. Jaja letak 1 sudu je sebab nak 'hidupkan' yis je. apam yang Jaja buat ni tak berapa manis sebab Jaja nak makan dgn sos coklat yang dah manis. Kurangkan manis dalam makanan ye!!..

                                        tepung beras, gula, yis dan santan

                                              Adunan yang siap dibancuh

                                             Adunan yang telah diperap

                                             Apam yang telah dilenggang

                                               Apam yang telah masak

                                                       siap di gulung


Kerepek Jejari Ketam

Assalamualaikum dan selamat tengahari...

Petang semalam Jaja buat kerepek ni untuk Humaira.. dah lama dapat resepi kerepek jejari ketam ni tapi takde kesempatan nak buat sampai la petang semalam baru buat... kerepek ni menggunakan jejari ketam yang selalunya kita makan dalam steamboat tu. Agak mahal harga jejari ketam ni... oh ya, sesiapa yang tidak mempunyai kesabaran yang tinggi, tidak digalakkan untuk membuatnya kerana masa nak siat jejari ketam ni memerlukan perhatian dan kesabaran.. :)


KEREPEK JEJARI KETAM

Bahan-bahan
jejari ketam
tepung jagung
rempah kari daging
sedikit garam
daun kari
minyak

cara-caranya :-
1. Keluarkan jejari ketam daripada tempat beku peti sejuk. Tanggalkan plastik yang membalutinya. Belah 4 jejari ketam tersebut secara memanjang. (Jejari ketam perlu dipotong semasa ianya masih keras untuk memudahkan)
2. Siat jejari ketam mengikut alurnya. (kalau malas boleh guna pisau utk potong)
3. Alirkan air ke atas jejari ketam dan tos. (jgn terlalu kuat semasa mencuci nanti relai jejari ketam tersebut)
4. Masukkan jejari ketam ke dalam bekas. Masukkan sedikit tepung jagung, rempah kari dan garam. (tepung jagung digunakan untuk mengelakkan jejari ketam tersebut melekat semasa mengoreng). Sukatan garam dan rempah kari terpulang kepada citarasa masing-masing. Gaul sebati.
5. Panaskan minyak, guna api sederhana dan masukkan sedikit jejari ketam. (jangan terlalu banyak nanti ianya bergumpal-gumpal). Masukkan sedikit daun kari. Goreng sehingga jejari ketam tersebut garing.
6. Angkat dan toskan.
7. Siap

Terpulang kepada anda semua untuk mempelbagaikan bahan-bahan di dalam kerepek jejari ketam ni. Mungkin boleh letak jintan, ketumbar untuk menyedapkan lagi ala-ala rempeyek.


                                                     Jejari ketam dibelah 4


                                              jejari ketam yang sudah disiat


                                        jejari ketam siap dicuci dan ditoskan


                                       tepung jagung, rempah kari dan garam


                                                          siap digaul


                                               jejari ketam sedang digoreng

Tuesday, January 6, 2015

Biskut Tiramitsu

Assalamualaikum dan Selamat Tengahari..

Baru-baru ni Jaja ada buat biskut tiramitsu... senang jugak la buat pencuci mulut ni.. bahan-bahan yang digunakan juga terpulang pada individu yang membuatnya.. ada yang mewah bahan-bahannya dan ada juga yang biasa-biasa aje... kreativiti individu dalam masakan tak perlu dipertikaikan asalkan jangan yang merepek dan tak boleh diterima dek akal sudah...

                                                         Biskut Tiramitsu

Bahan-bahan
1 tin susu cair
1 tin air
5 sudu gula pasir
4 sudu tepung kastad
sedikit esen vanila
Biskut merry
Milo
Nestum


Cara-cara :
1. Blender susu cair, air, tepung kastad, gula dan esen vanila sehingga teksturnya halus.
2. Masukkan bahan yang dikisar ke dalam kuali/ periuk. Masak sehingga mendapat kepekatan yang diingini.
3. Gunakan api sederhana (api besar nanti hangus) dan sentiasa kacau kastad tersebut supaya tidak bergentel/berketul-ketul.
4. Setelah mendapat kelikatan yang diingini, tutup api.
5. Tuangkan sedikit kastad ke dalam bekas. Ratakan sehingga menutupi dasar bekas tersebut.
6. Susun biskut merry di atas kastad tersebut. Tekan sedikit biskut supaya biskut tersebut melekat dengan kastad.
7. Tuang sedikit kastad ke atas biskut merry yang telah disusun. Adunan mesti menutupi keseluruhan biskut merry.
8. Tabur milo diatas kastad diikuti dengan nestum.
9. Susun biskut merry di atas lapisan milo dan nestum. Tekan sedikit biskut merry.
10. Selepas itu tuang kastad ke atas biskut merry dan ulang langkah seterusnya sehingga mendapat ketebalan lapisan yang diingini.
11. Sejukkan biskut tiramitsu ini di dalam peti sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.
12. Siap

p/s : boleh guna apa sahaja biskut (biskut chipmore, merry, kracker).. sukatan gula pun ikut kemanisan masing-masing.. selain daripada itu, boleh tambah hirisan badam, coklat rise dan sebagainya untuk menyedapkan lagi biskut tiramitsu ni. Ada yang terlebih dahulu mencelup biskut ni dalam bancuhan air nescafe sebelum disusun, terpulang pada citarasa masing-masing...

                                                            Milo dan nestum


                                   Kastad yang sedang dimasak hingga likat

                                     Lapisan pertama (lapisan paling bawah)

                                Biskut di susun diatas kastad (lapisan kedua)

                                              Lapisan ketiga (kastad dan Milo)

                                               Lapisan keempat (Nestum)

Thursday, January 1, 2015

Gulai Ikan Tongkol

Assalamualaikum..

Jaja masak gulai ikan tongkol ni masa Jaja tak keje last week.. Humaira masih lagi kena demam campak...Gulai ni kalau nak sedap, masak awal-awal.. nak makan nanti hangatkan je.. selalu dengarkan gulai mamak semalam punya lagi sedap dimakan..hehehe

Bahan-bahan 
1 ekor ikan tongkol (sederhana)
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 tangkai daun kari
1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
1 biji buah pelaga
sedikit biji sawi
1 peket serbuk kari ikan babas
1 sudu asam jawa Adabi
 4 btg kacang bendi
sedikit garam dan perasa
1 cawan santan
air

Cara-caranya:- 
1. Bersihkan ikan tongkol dan ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, biji sawi dan daun kari. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis sehingga bawang garing.
3. Setelah bawang garing, masukkan rempah kari ikan yang telah dibancuh dgn sedikit air. Biarkan rempah tersebut masak dan garing.
4. Setelah rempah kari garing, masukkkan sedikit air dan santan. Biarkan sehingga santan betul-betul mendidih dan masak.
 5. Masukkan asam jawa, garam dan perasa. Masukkan ikan tongkol, biar seketika.
 6. Setelah ikan tongkol tersebut masak, masukkan kacang bendi. Biarkan sehingga kacang bendi lembut.
7. Siap

(bahan-bahan lain seperti tomato, terung, cili merah, cili hijau boleh dimasukkan mengikut citarasa masing-masing)..

 p/s : masa masak Jaja tak masukkan kacang bendi.. masa perangat nak makan baru Jaja masukkan..


Selamat Datang 2015.. Selamat tinggal 2014

Assalamualaikum dan selamat tengahari...

 Hari ni 1.1.2015... Permulaan hari untuk tahun baru kalendar omputih.. Hari ni Jaja bekerja sebab kerajaan Johor tidak mengambil Tahun Baru sebagai cuti umum.. Azam??? dah buat masa Tahun Baru Islam tempohari dan sekarang dalam misi melaksanakannya tapi seperti tahun -tahun sebelumnya tidak semua tertunai... :)..

 Jaja mengharapkan tahun ini kegembiraan, kebahagiaan mewarnai kehidupan Jaja sekeluarga.. Selamat Tahun Baru untuk semua..