Saturday, January 10, 2015

Kerepek Jejari Ketam

Assalamualaikum dan selamat tengahari...

Petang semalam Jaja buat kerepek ni untuk Humaira.. dah lama dapat resepi kerepek jejari ketam ni tapi takde kesempatan nak buat sampai la petang semalam baru buat... kerepek ni menggunakan jejari ketam yang selalunya kita makan dalam steamboat tu. Agak mahal harga jejari ketam ni... oh ya, sesiapa yang tidak mempunyai kesabaran yang tinggi, tidak digalakkan untuk membuatnya kerana masa nak siat jejari ketam ni memerlukan perhatian dan kesabaran.. :)


KEREPEK JEJARI KETAM

Bahan-bahan
jejari ketam
tepung jagung
rempah kari daging
sedikit garam
daun kari
minyak

cara-caranya :-
1. Keluarkan jejari ketam daripada tempat beku peti sejuk. Tanggalkan plastik yang membalutinya. Belah 4 jejari ketam tersebut secara memanjang. (Jejari ketam perlu dipotong semasa ianya masih keras untuk memudahkan)
2. Siat jejari ketam mengikut alurnya. (kalau malas boleh guna pisau utk potong)
3. Alirkan air ke atas jejari ketam dan tos. (jgn terlalu kuat semasa mencuci nanti relai jejari ketam tersebut)
4. Masukkan jejari ketam ke dalam bekas. Masukkan sedikit tepung jagung, rempah kari dan garam. (tepung jagung digunakan untuk mengelakkan jejari ketam tersebut melekat semasa mengoreng). Sukatan garam dan rempah kari terpulang kepada citarasa masing-masing. Gaul sebati.
5. Panaskan minyak, guna api sederhana dan masukkan sedikit jejari ketam. (jangan terlalu banyak nanti ianya bergumpal-gumpal). Masukkan sedikit daun kari. Goreng sehingga jejari ketam tersebut garing.
6. Angkat dan toskan.
7. Siap

Terpulang kepada anda semua untuk mempelbagaikan bahan-bahan di dalam kerepek jejari ketam ni. Mungkin boleh letak jintan, ketumbar untuk menyedapkan lagi ala-ala rempeyek.


                                                     Jejari ketam dibelah 4


                                              jejari ketam yang sudah disiat


                                        jejari ketam siap dicuci dan ditoskan


                                       tepung jagung, rempah kari dan garam


                                                          siap digaul


                                               jejari ketam sedang digoreng

No comments:

Post a Comment