Showing posts with label Makanan Ringan. Show all posts
Showing posts with label Makanan Ringan. Show all posts

Sunday, January 11, 2015

Bebola Cheese

Assalamualaikum dan selamat tengahari...

Jaja dah buat Bebola Cheese ni dah lama.. Jaja ada upload di facebook tetapi tidak di blog.. sekarang ni nak aktif semula berblog, Jaja letak resepi di sini... Nanti kalau nak buat lagi bebola cheese ni, boleh rujuk blog je...


BEBOLA CHEESE

Bahan-bahan:-
4 biji ubi kentang
4 helai daun bawang- hiris halus
keju- potong dadu
lada sulah
garam
tepung gandum
telur - dipukul
serbuk roti
minyak untuk mengoreng

Cara-caranya:-
1) kupas ubi kentang. rebus sampai empuk.
2) masukkan kentang yang dah rebus dlm mangkuk, lecek ubi kentang masa panas-panas sampai lumat.
3) masukkan garam, lada sulah dalam kentang lecek. gaul sebati.
4) masukkan sedikit tepung gandum dlm kentang lecek supaya senang nak bentukkan bulat. ( jgn terlebih nnti tak sedap. klu tak letak pun takpe, buat mcm nak buat bergedil)
5) susun keju empat lapis dan tekan sikit biar dia melekat antara satu sama lain. potong dadu keju tu. ketepikan.
6) ambil sedikit aduan kentang, bulatkan dan tekan bagi leper. letak seketul keju ditengah- tengah kentang dan bulatkan.
7) celup bebola dalam telur yg telah dipukul dan golekkan atas serbuk roti. celup blk dalam telur dan golekkkan semula atas serbuk roti. (2x)
8) panaskan minyak dan goreng. tunggu sehingga minyak betul-betul panas baru goreng.guna api sederhana supaya tak cepat rentung dan minyak tak banyak diserap ke dalam bebola.

keju tu terpulang nak pakai yang  mana... Jaja guna keju slice sebab ekonomi dari nak beli yang sebuku tu.


Saturday, January 10, 2015

Kerepek Jejari Ketam

Assalamualaikum dan selamat tengahari...

Petang semalam Jaja buat kerepek ni untuk Humaira.. dah lama dapat resepi kerepek jejari ketam ni tapi takde kesempatan nak buat sampai la petang semalam baru buat... kerepek ni menggunakan jejari ketam yang selalunya kita makan dalam steamboat tu. Agak mahal harga jejari ketam ni... oh ya, sesiapa yang tidak mempunyai kesabaran yang tinggi, tidak digalakkan untuk membuatnya kerana masa nak siat jejari ketam ni memerlukan perhatian dan kesabaran.. :)


KEREPEK JEJARI KETAM

Bahan-bahan
jejari ketam
tepung jagung
rempah kari daging
sedikit garam
daun kari
minyak

cara-caranya :-
1. Keluarkan jejari ketam daripada tempat beku peti sejuk. Tanggalkan plastik yang membalutinya. Belah 4 jejari ketam tersebut secara memanjang. (Jejari ketam perlu dipotong semasa ianya masih keras untuk memudahkan)
2. Siat jejari ketam mengikut alurnya. (kalau malas boleh guna pisau utk potong)
3. Alirkan air ke atas jejari ketam dan tos. (jgn terlalu kuat semasa mencuci nanti relai jejari ketam tersebut)
4. Masukkan jejari ketam ke dalam bekas. Masukkan sedikit tepung jagung, rempah kari dan garam. (tepung jagung digunakan untuk mengelakkan jejari ketam tersebut melekat semasa mengoreng). Sukatan garam dan rempah kari terpulang kepada citarasa masing-masing. Gaul sebati.
5. Panaskan minyak, guna api sederhana dan masukkan sedikit jejari ketam. (jangan terlalu banyak nanti ianya bergumpal-gumpal). Masukkan sedikit daun kari. Goreng sehingga jejari ketam tersebut garing.
6. Angkat dan toskan.
7. Siap

Terpulang kepada anda semua untuk mempelbagaikan bahan-bahan di dalam kerepek jejari ketam ni. Mungkin boleh letak jintan, ketumbar untuk menyedapkan lagi ala-ala rempeyek.


                                                     Jejari ketam dibelah 4


                                              jejari ketam yang sudah disiat


                                        jejari ketam siap dicuci dan ditoskan


                                       tepung jagung, rempah kari dan garam


                                                          siap digaul


                                               jejari ketam sedang digoreng