Assalamualaikum...Peristiwa di kedai makan tadi membuatkan Jaja tersentak, terkaku dan akhirnya angin satu badan.
Petang tadi Jaja minta time off 2 jam pada bos sebab nak bawa baby Humaira check up di Klinik Desa. Jaja ingat baby Humaira nak kena cucuk hari ni. Takut punya pasal Jaja ajak pengasuh temankan Jaja. Rupanya check up biasa je. Cucuk minggu depan. Wuaaaa... minggu depan nak kena datang lagi. huhuhu. Lepas check up, Jaja hantar pengasuh balik rumah dia dan Jaja terus balik rumah Jaja.
Sebelum Jaja sampai ke kawasan taman tempat tinggal Jaja, terdetik di hati nak singgah makan dulu di kedai. Jaja order sotong goreng tepung, nasi goreng ikan masin dan cikong sejuk. Baby Humaira, Jaja letakkan dalam high chair dan Jaja umpankan dia dengan duit kertas seringgit. Baby Humaira memang suka duit kertas seringgit. Dia leka bermain dengan duit tu dan Jaja boleh makan dengan aman sekali. hahaha. Masa tu datang satu family (suami, isteri, 3 orang saudara perempuan dan 2 kanak-kanak) duduk depan meja Jaja
Makanan sampai dan Jaja makan dengan penuh selera sekali. Tengahari tadi Jaja tak sempat nak makan sebab nak siapkan kerja yang penting. Tiba-tiba ada tangan cekus sotong goreng tepung Jaja. Terperanjat Jaja. Bila Jaja tengok rupanya budak yang duduk depan meja Jaja. Budak tu berusia lebih kurang 4 tahun. Nak marah rasanya tak sampai hati sebab dia mungkin tak tahu apa-apa. Jaja fikir positif, mungkin budak ni terliur. Tapi bila dia cekus lagi sekali, wah ini rasanya biadap ni. Padahal ada di antara family dia tengok budak ni cekus makanan Jaja. Mereka cuma cakap 'haip, apa buat macam tu?'.... Jaja jegilkan mata dengan harapan dia takut nak buat lagi. Budak tu duduk balik kat kerusi dia. Lega. Boleh sambung makan balik.
Tengah syok Jaja makan, tiba-tiba budak yang sama datang dan terus pukul kepala baby Humaira. Tergamam Jaja tak sempat nak buat apa-apa. Baby Humaira apa lagi, menangis sekuat hati la. Terus Jaja bangun dan angkat baby Humaira keluar dari high chair. Tengah Jaja sibuk nak keluarkan baby Humaira, sekali lagi dia ketuk kepala baby Humaira. Wah, sabar Jaja dah sampai pada tahap maksima. Terus Jaja tolak budak tu dengan niat supaya dia jauh dari baby Humaira. Disebabkan tengah marah, mungkin tolakan Jaja pada budak tu kuat. Budak tu jatuh terpelanting ke belakang. I dont care. Keselamatan anak Jaja perlu Jaja utamakan. Lagipun dia yang cari pasal dulu. Masa tu Jaja dah tak kira, kau budak ke kau bapak budak ke.
Kecoh satu kedai makan. Bapak budak tu datang ambil anak dia without say sorry to me. Helloooo, korang ni manusia ke binatang... takde adap ke?... nak je Jaja maki hamun kat situ. Terbantut selera Jaja nak makan lagi. Terus Jaja capai handbag dan payung pergi bayar harga makanan Jaja. Nak je Jaja pukul sorang-sorang dengan payung. Biar ada akal sikit.
Mesti semua orang ingat Jaja lembut hati, mudah maafkan orang. No way man. Hutang harus dibayar dengan hutang. Sebelum sampai ke kereta Jaja, siap-siap Jaja keluarkan segugus kunci rumah. Jaja sampai dekat kereta Jaja dengan muka yang penuh dengan senyuman. Lega. Hutang telah terbalas. Nak tahu Jaja buat apa? Jaja buat lukisan paling cantik di kereta family tu dengan menggunakan 4 batang kunci rumah Jaja. Empat jalur terlukis indah lagi tebal dari tepi lampu depan sehingga tepi lampu belakang sebelah kanan kereta dia.. hahaha. Ucapan maaf kononnya mahal la, sekarang ni kau rasa ucapan maaf mahal ke atau cat kereta Waja kau mahal?
Jaja minta pada semua yang membaca entry Jaja ni..Didiklah anak-anak anda semua dengan sebaik-baiknya. Terapkan nilai-nilai murni. Ajar anak-anak cara menghormati orang lain. Apa yang boleh dibuat dan apa yang dilarang. Awasi anak-anak anda semasa berada di khayalak ramai. Sikap kanak-kanak yang suka merayau-rayau atau dalam bahasa kasar tak boleh duduk diam, boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada pengujung lain. Itu belum lagi anak-anak menangis berguling-guling, boleh dapat darah tinggi nanti. hahahaha. Jaja ingtkan pada diri Jaja juga.
"Bila Allah cepat makbulkan doamu, Maka DIA menyayangimu, Bila DIA lambat makbulkan doamu, Maka DIA ingin mengujimu, Bila DIA tidak makbulkan doamu, Maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu. Oleh itu, Sentiasalah bersangka baik pada ALLAH"
Showing posts with label Bebelanku. Show all posts

Tuesday, November 27, 2012
Wednesday, November 21, 2012
Rindunya pada Putrajaya....
Assalamualaikum..... malam ni Jaja keluarkan dan kemas sikit-sikt barang yang masih dalam kotak walapun dah 3 bulan pindah ke rumah ni..... takde mood nak kemas sebab hati Jaja terdetik yang Jaja tak akan lama menetap di sini.... hidup macam zaman neo pulak... berpindah randah..... apa boleh buat... saya yang menurut perintah.... huhuhu.....
Dalam dok punggah pelbagai kotak, Jaja terperasan yang kotak-kotak dari Putrajaya pun Jaja tak buka lagi.... tiba-tiba hati Jaja rasa sayu bila teringatkan Putrajaya.... huhuhu.... sedihnya....
Ok, Jaja nak flashback balik kenangan Jaja di Putrajaya.....
Duluuuu.... Jaja tinggal di Presint 11E... Pangsapuri Putra Damai.... Blok A tingkat 10.... kat situ ada 3 buah apartment 16 tingkat dan 4 buah apartment 5 tingkat.... Kebiasaannya pagi-pagi Jaja naik bas ke pejabat kecuali hari Jumaat dan tarikh check up baby Humaira... tak payah risau, bas Nadiputra banyak dan silih berganti.... tak perlu tunggu lama.... selalunya Jaja akan naik bas no. 400 untuk sampai ke Komplek E.... tambang 50 sen je sehala.... pergi balik RM1.00 sehari.... hari Jumaat Jaja tak naik bas sebab lepas habis kerja, Jaja nak ke Pasar Malam di Presint 2.... Nak beli barang-barang basah dan sayur untuk stok seminggu, leceh kalau naik bas.....
Jaja bekerja di Komplek E.... bangunan mana dan kementerian apa rasanya tak perlu la Jaja cerita.... tak penting pun kan.... yang perlu tahu ialah Jaja adalah salah seorang kakitangan awam yang mengalas amanah rakyat Malaysia.... Jaja bertugas di unit Sumber Manusia.... tingkat 12....rasanya seumur hidup kot Jaja bergelumang dengan sumber manusia ni... dulu di syarikat swasta pun Jaja ditempatkan di Human Resource Deparment.... masuk gomen pun masih lagi di Sumber Manusia.... dan sekarang di tempat baru pun masih lagi berkaitan dengan sumber manusia..... nasib la....
kadang-kadang lepas waktu bekerja, Jaja akan ke Alamanda..... Alamanda shopping mall betul -betul terletak di belakang pejabat Jaja bekerja.... berjalan dalam 500 meter dah sampai pun pintu masuk Alamanda yang penuh dengan pokok buluh hiasan..... Jaja ke Alamanda bila ada keperluan penting je.... contoh : nak cucuk duit, nak bayar bil maxis, nak ke pejabat pos, watson dan Carrefour.... Jaja masa tinggal di Putrajaya terpaksa berjimat cermat sehabis mungkin sebab masa tu suami Jaja tinggal di Johor Bahru..... banyak duit nak pakai bila duduk berasingan.....terpaksa Jaja duduk berasingan sekejap kerana tuntutan kerja.... di Putrajaya, Jaja tinggal bersama-sama dengan baby Humaira dan emak Jaja..... Kadang-kadang ayah Jaja datang melawat begitu juga dengan suami Jaja.... Selalunya Jaja shopping di Mydin yang terletak di Jalan Diplomatik, Presint 15.....
Waktu rehat, Jaja selalunya makan atau tapau makanan di kafeteria di bangunan E7, Kementerian Kesihatan Malaysia bersebelahan dengan taska.... sekali sekala je Jaja makan tengahari dekat Anjung.... pelbagai pilihan makanan di sajikan.... kita cuma sediakan duit je.... bagi Jaja, harga makanan berpatutan dan tak mahal.... setiap hari Khamis dan Jumaat akan diadakan jualan barangan di hadapan kafeteria E7.... fuhhh rambang mata.... selalunya Jaja cuci mata je.... teringin jugak nak membeli tapi fikirkan poket bocor, diam-diam je la...hahahaha... ok la, jom tengok gambar.... gambar yang Jaja ambil semua pada hari terakhir Jaja bekerja di Putrajaya.... sedihnya....

pemandangan waktu malam di kawasan Presint 11E
gambar di ambil dari ketinggian 10 tingkat
damainya suasana
Pangsapuri Putra Damai
pintu masuk rumah
keadaan dalam rumah selepas mengangkat barang
untuk berpindah ke Kota Tinggi, Johor
perhentian bas yang Jaja selalu tunggu bas untuk balik
pintu masuk Komplek E
Kafeteria E7, KKM
jualan di hadapan kafeteria E7
lif ke tingkat Jaja bertugas
kawasan luar pejabat Jaja
tanda nama di pintu bilik Jaja
meja untuk Jaja bekerja
tikat bas terakhir
tiket ERL terakhir sebelum ke Johor
last train yang Jaja naik
stesen ERL Putrajaya
JPA Mines, tempat Jaja menduduki peperiksaan
Wednesday, October 17, 2012
Semangat ku hilang di pagi hari....
Assalamualaikum.... hari ni Jaja rasa kosong dari pagi tadi hingga sekarang.... semangat Jaja dah terbang di awal pagi.... sebabnya adalah kerana seutas reben ni....
reben ni telah terbelit 2x di leher baby Humaira.... bagaimana boleh terbelit, Jaja tak pasti... Yang Jaja ingat pukul 4.30 pagi baby Humaira merengek nak minum susu.... Jaja beri dia minum... habis dia minum, dia terlelap dan Jaja pun sambung tidur balik... tiba-tiba Jaja dengar sayup-sayup orang panggil nama Jaja.... rupa-rupanya suami Jaja panggil dan beritahu baby Humaira terbelit dengan reben... kusss semangat, rasa terhenti sekejap jantung Jaja tengok leher dia dah terbelit.... Suami Jaja leraikan reben... baby Humaira tersengih-sengih ingat suami Jaja nak main dengan dia.... mujur reben tu terbelit longgar, kalau terjerut?... Jaja tak boleh nak pikir apa lagi....bila periksa leher baby Humaira, alhamdullilah takde apa-apa luka...
Jaja akui ini kesilapan Jaja kerana baby Humaira masih tak boleh beza antara bahaya atau tidak.... Sebelum ni Jaja dan suami Jaja amat berhati-hati dengan benda yang berat, panas dan tajam...Jaja tak berkompromi kalau melibatkan keselamatan.... Jaja sanggup pasang 2 buah pagar keselamatan dalam rumah untuk perlindungan tetapi seutas reben yang kecil ni hampir meragut nyawa anakku.... huhuhu....

pagar menghalang ke dapur dan bilik air
pagar menghalang ke bilik tidur
Thursday, September 20, 2012
Kursus di Hotel Crystal Crown, JB
Assalamualaikum.. hari ni Jaja sedang berkursus selama 3 hari bermula semalam di Hotel Crystal Crown, Johor Bahru.. banyak ilmu yang Jaja dapat untuk pertingkatkan kerjaya Jaja.. kursus kali ne Jaja tak bosan dan mengantuk.. mungkin sebab bos besar dok kat sebelah kot... Ok, Jaja nak cerita pasal hotel yang menginap... Hotel Crystal Crown terletak di tengah-tengah bandaraya Johor Bahru... Berapa bintang hotel ni Jaja tak pasti... keadaan bilik selesa.. Jaja dok bilik twinsharing... tapi partner Jaja tak menginap di hotel selepas tamat masa kursus.. jadi bilik tu Jaja yang punya!!!... hahahaha Makanan di sini sedap dan boleh di terima oleh tekak Jaja... banyak yang Jaja makan... hahahaha... nanti Jaja update gambar ye... sekarang ne guna phone susah nak uplode gambar...
Suasana dalam bilik
terletak bersebelahan KSL
barangan mandian
minuman yg disediakan di dalam bilik
voucher untuk makan
Friday, September 7, 2012
sejuk mata memandang
Assalamualaikum... suasana yang cukup mendamaikan Jaja di pagi hari Jumaat ni... kabus tebal menyelubungi di seluruh kawasan perumahan tempat Jaja tinggal.... damainya....
Wednesday, September 5, 2012
Mimpi ngeri....Layanan buruk di Pizza Hut Kota Tinggi, Johor
Assalamualaikum.... mmmm perasaan kecewa semalam masih ada di dalam hati.... semalam Jaja, baby Humaira, suami pergi ke Pizza Hut Kota Tingi, Johor untuk mencuba hidangan baru dan meraikan Hari Jadi suami Jaja..... Jaja ke sana lebih kurang pukul 8.00 malam dalam hujan yang sangat lebat...
Sampai di sana Jaja parking betul-betul di depan restoran... Dari dalam kereta Jaja perhatikan pelanggan tak ramai dalam restoran.... ada 1 keluarga yang sedang makan, 1 keluarga yang baru sampai dan tengah mencari tempat duduk dan 1 pelanggan yang sedang menunggu tapau (take away)... Jaja dan keluarga masuk dan pilih tempat duduk... secara kebetulan ada staf yang datang untuk mengalu-alukan kedatangan Jaja.... Disebabkan di luar restoran hujan lebat, suami memilih untuk tukar tempat yang terlindung sikit daripada lubang aircond.... staf berkenaan menawarkan tempat yang bersebelahan dengan keluarga yang sedang makan dan kami di beri menu.... selepas tu staf berkenaan datang membawa piring, pisau dan tisu......
Lebih kurang menunggu hampir 10 minit, takde staf yang datang untuk mengambil pesanan dari Jaja.... suami cuba untuk memanggil staf yang sedang mengelap sudu garfu tetapi staf tersebut tak sedar dirinya di panggil.... Keluarga yang bersebelahan kami juga cuba untuk menarik perhatian staf di situ tetapi tak berjaya.... ikutkan hati suami Jaja nak je dia menjerit kuat-kuat panggil..... Masuk seorang pelanggan lelaki cina pakai baju t-shirt merah ke restoran sambil tengok-tengok menu di kaunter bayaran... terus datang seorang staf melayan pelanggan tersebut... "eh, boleh pulak diaorang sedar ada pelanggan" kata suami Jaja.... staf tadi ambil order dan berlalu pergi depan kami yang tercengang-cengang dok pandang dia..... wahhhhh ini sudah mendatangkan kemarahan Jaja.... Jaja ajak suami keluar terus..... masa kami keluar dan masuk dalam kereta, Jaja perhatikan takde staf yang datang untuk kemas meja yang kami duduk dan sebagainya....
Pagi ni Jaja datang pejabat dan ada bercerita dengan rakan-rakan pejabat.... nahhhh kawan pejabat Jaja beritahu masa Ramadhan lepas dia sekeluarga terkena juga di Pizza Hut Kota Tinggi, Johor.... cerita kawan Jaja berlainan sikit tetapi masih dalam masalah yang sama iaitu buat tak endah kepada pelanggan.....
Jaja dah isi borang maklum balas online di website Pizza Hut sebentar tadi... nak tengok diaorang ada beri maklum balas atau tidak....grrrr

Humaira penat tengok menu di Pizza Hut
update : Staf dari Pizza Hut Kota Tinggi ada call Jaja mohon maaf petang semalam 5/9/2012 jam 5.30ptg...
Friday, August 10, 2012
Update banking profile konon... nak menipu la tu...
Assalamualaikum.... dunia sekarang ni semuanya pakai duit... ramai yang sanggup buat apa kerana duit.... tadi Jaja dapat email pasal penipuan sistem perbankan melalui internet.... asal boleh je diaorang ni nak menipu.... ni Jaja copy paste email penipu tu...
Thursday, August 9, 2012 2:54
AM
Nampak sangat ni email menipu sebab Jaja tak pernah ada akaun di Hong Leong Bank.... hahahaha ... kawan-kawan lain hati-hati ye...
Update Your Online Banking Profle System.
To:
undisclosed-recipients
Dear Valued Hong Leong Customer,
You have received a new message from Hong Leong Security Centre about the new
security upgrade of Hong Leong internet banking system. We strongly advice that you LOGIN into your
account in order to have your security details updated on our servers.
Thank You For Your Co-operation,
Hong Leong Bank Berhad.
Nampak sangat ni email menipu sebab Jaja tak pernah ada akaun di Hong Leong Bank.... hahahaha ... kawan-kawan lain hati-hati ye...
Tuesday, August 7, 2012
Bubur Lambuk?
Assalamualaikum... Jaja ada terima bubur lambuk pada ahad lepas.... entah siapa yang sedekah pun tak tahu sebab bubur tu disangkut pada gate depan rumah Jaja.... masa tu Jaja baru je sampai dari kampung.... tengok pagar jiran sebelah pun ada jugak... so bubur lambuk ni baru diletak je la... takut gak kalau-kalau semalam (sabtu) punya.....
Entah macam mana Jaja terpicit plastik bubur lambuk tu.... pasal apa keras semacam ni?... ada terpikir benda-benda yang buruk... hehehe..... belek punya belek baru Jaja tau apa yang keras.... rupa-rupanya batang serai.... agak-agak la kalau nak letak pun, jangan la sampai macam tu sekali.... hahahaha.... masa ceduk masuk dalam plastik takkan tak perasan... hehehe... jom tengok gambar macam mana rupa batang serai tu... warna kuning paling bawah plastik bubur ye....hehehe

panjang sampai penuh 1 plastik...hehehe
Tuesday, July 31, 2012
Wang Kertas Baru... Duit Raya
Assalamualaikum.... Baru sat tadi Jaja dah terima wang kertas baru.... ada rakan sepejabat pergi tukar di bank... Jaja kirim on behalf suami Jaja.... memang tiap-tiap tahun suami Jaja yang keluarkan duit raya tak kira beraya di kampung Jaja atau di kampung suami Jaja.... Jaja tukang tukar duit lama ke duit baru je... hehehe.... ni Jaja tunjuk contoh duit yang Jaja dah tukar.... tak boleh tunjuk yang banyak-banyak tu... nanti kena kidnap...hahahaha.... Jaja tukar duit RM5 dan RM1...

Friday, July 20, 2012
Sarapan terakhir sebelum Ramadhan
Assalamualaikum.... esok dah mula puasa.... hari ni merupakan hari terakhir bagi orang-orang Islam bersarapan pagi.... Jaja pun tak ketinggalan sama.... esok pagi jangan pura-pura sarapan ye!!... buat-buat lupa pulak....hehehe... hari ni Jaja sarapan Nasi Lemak Daun Pisang... sebungkus RM1.50... zaman dolu2 50sen je.... adatla, zaman makin maju dan segalanya akan mahal.... yang penting kita semua kena bijak berbelanja....
tengah dok update entry ni, staff Jaja datang jemput makan mee bandung yang dia bawa.... murahnya rezeki hari ni... petang ni pulak ada Tahlil Perdana di pejabat Jaja.... makan lagi... Alhamdulliah, syukur Allah murahkan rezeki kepada ku...
Nasi Lemak Daun Pisang

Mee bandung
Monday, July 16, 2012
Durian Oh Durian
Assalamualaikum.... musim durian telah tiba!!!.... rata-rata ditepi-tepi jalan ramai peniaga yang jual durian.... baunya Pehhh menyengat hidung.... ada yang 'hantu' durian dan agak jugak yang langsung tak suka durian..... Jaja dalam kategori sedang-sedang je.... sana-sini orang dok menyebut "Musang King".... macam-macam nama ada dalam kategori durian ni.... D24 la... Udang merah la (hahaha ntah betul ke tidak, Jaja hentam je)...
Semalam family Jaja dari kampung datang menziarah Jaja di tempat baru.... secara kebetulan sehari sebelum tu Jaja dah berpindah dari JB.... Ayah bawa banyakkkkk durian.... penuh boot kereta.... terperanjat Jaja... ada dalam 60 biji.... baunya je dah boleh buat sakit kepala..... Jaja agihkan kat jiran-jiran baru..... pastu Jaja dan keluarga pergi rumah mertua Jaja.... Diaorang ni memang 'hantu' durian.... gembiranya diaorang berpesta durian.... agak malang buat ayah mertua sebab dia tak boleh makan.... darah tinggi.... minggu lepas bacaannya dah 230.... Jaja kurang arif bab-bab penyakit darah tinggi ni....
Hari ni Jaja bawa ke pejabat untuk dikongsi dengan kawan-kawan... selain daripada durian, ayah Jaja bawakan cempedak dan manggis.... 2 jenis ni tak sebanyak durian.... cempedak 10 biji dan manggis 1/2 karung gula je.... Di kampung, ayah Jaja memang usahakan dusun buah-buahan.... Jaja kurang amik tahu hal ni sebab Jaja dibesarkan di sekolah berasrama..... yang ada dalam pengetahuan Jaja la, ayah Jaja ada 100 lebih pokok durian, 15 pokok rambutan, 5 pokok manggis, 10 pokok cempadak, 10 pokok nangka, 7 pokok mangga, 1 pokok durian belanda.... itu yang Jaja tau.... sebenarnya ada pelbagai lagi pokok-pokok buah yang Jaja malas nak tahu....
Ayah Jaja akan panjat setiap pokok durian untuk ikat buah durian supaya tak jatuh terus ke tanah... kiranya durian akan tergantung kalau gugur..... ayah buat macam tu sebab di dusun banyak kerbau kaki pendek (babi hutan)..... bayangkan 100++ pokok durian ayah Jaja panjat dalam usianya 66 tahun.... Ya Allah, selamatkanlah ayahku.... sebab tu bila ayah bawakan durian Jaja tak sampai hati nak tolak walaupun masa tu Jaja rasa nak muntah bila terbau 'wanginya' durian itu.....
Sesiapa yang ada darah tinggi tu, beringat ye.... cuaca sekarang ni tak menentu... jangan cari pasal... hehehehe...... adios...
cempedak yang telah selamat disedekahkan
manggis

ni je yang tinggal di dapur
manggis
Tuesday, July 3, 2012
Jom Heboh TV3
Assalamualaikum.... Hari sabtu yang lepas Jaja ada ke Jom Heboh yang diadakan di perkarangan tempat letak kereta bersebelahan dengan Plaza Angsana, Johor Bahru, Johor.... masa buat di Putrajaya (masa tu ada Karnival Himpunan Sejuta Belia) pun Jaja ada pergi jugak..... entah la, Jaja pun tak pasti pasal apa Jaja suka ke Jom Heboh... hahahaha.... bukan nak beli pun, tapi Jaja suka ronda-ronda.... tengok kot-kot ada barang-barang baru & murah... masa Jom Heboh ni banyak barang yang dijual dalam beg dengan harga RM10, RM15, RM20.... Jaja akan beli kalau barang tu mustahak dan harganya berpatutan.... kalau setakat murah RM1, RM2 dari kedai dan nak kena pikul barang tu jauh berbatu-batu, Jaja tak beli....hahahaha......
Bagi pendapat Jaja, Jom Heboh di Johor Bahru lagi best sebab banyak gerai yang jual barang-barang kegunaan seharian berbanding di Jom Heboh Putrajaya.... tak pergi Jom Heboh Putrajaya pun tak apa, tak menyesal pun.... hahahaha....
Jaja perasan satu perkara bila diadakan Jom Heboh ni tak kira di negeri mana.... Traffic jam teruk giler.... masa di Putrajaya, ada disediakan bas percuma ke tapak ekspo.... tapi di JB, Sendrian Berhad... hahaha..... Jaja keluar pagi-pagi hari Sabtu lepas untuk elak traffic jam walaupun rumah Jaja dekat je dengan Plaza Angsana.... Alhamdulillah, Jaja dapat parking kereta dalam Plaza Angsana.... ada di antara pengunjung yang parking kereta dekat dengan Mydin Bandar Baru Uda.... Jauh tu nak berjalan ke Plaza Angsana... Jom Heboh punya pasal, jauh pun jauh la.... hahahaha.....
Lepas habis ronda-ronda di tapak Jom Heboh, Jaja ke kedai Comel (dalam Plaza Angsana) untuk beli kain ela..... dah tinjau-tinjau kat Kamdar tapi takde kain yang menarik dihati... Kain ela ini Jaja beli untuk buat baju raja..... beli extra 1 meter untuk buat baju kurung pertama Humaira.... harga ok, berpatutan... dah habis beli kain, Jaja pergi makan dan terus balik rumah.... ehhhh, tak balik lagi.... Jaja pergi service kereta di Taman Impian Emas, JB... lepas habis service kereta baru Jaja balik rumah.... malam ada program lagi.... nanti Jaja cerita pada next entry.... adios....
Jom Heboh 2012 - Putrajaya

Naik bas percuma ke Jom Heboh Putrajaya
Jom Heboh 2012 - Johor Bahru
Lepas shopping di Comel
Jem teruk gara-gara Jom Heboh
Humaira haus masa tunggu kereta diservice
Monday, July 2, 2012
Kesibukan yang teramat....
Assalamualaikum... dah lama Jaja tak update bolg... nak bersawang balik blog ni... hahahaha.... buat masa sekrang ni Jaja masih lagi sibuk... Jaja baru sahaja bertukar tempat kerja.... masih lagi mencari 'rentak' di tempat baru ni... bak kata pepatah 'masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum'... hahahaha... pepatah yang Jaja ciptakan sendiri... banyak yang Jaja ingin coretkan tapi masih belum ada kesempatan... ini pun Jaja sempat menjengah blog bila waktu rehat... oppsss waktu rehat dah nak habis... jumpa lagi...adios...
Saturday, May 26, 2012
Surat yang dinanti-nanti....
Assalamualaikum..... Alhamdulillah, syukur kepada Allah.... sesiapa yang mendoakan untuk Jaja doanya telah dimakbulkan Allah.....terima kasih semua... Jaja terima sms dari kawan sepejabat semasa Jaja menduduki peperiksaan hari Selasa lalu (22/5/2012) mengenai surat ni.... balik je dari exam, Jaja terus ke JPA, Kompleks C, Putrajaya untuk ambil surat.... suratnya adalah seperti di bawah.......
ini surat yang Jaja tunggu-tunggu selama ni.... surat pertukaran untuk balik ke Johor Bahru..... Alhamdulillah, usaha yang tak henti-henti Jaja lakukan setiap minggu setiap bulan, berhasil akhirnya..... walaupun tempat yang Jaja minta tak dapat, tapi Jaja bersyukur kerana boleh bersama-sama dengan en.somi.... sebenarnya, Jaja tinggal bersama-sama en.somi di Johor Bahru (dahulu).... pastu Jaja ditukarkan ke Putrajaya (berpisah sementara dengan en.somi).... dan sekarang Jaja dapat bertukar balik ke negeri Johor walaupun bukan di Johor Bahru....masalah kewangan dan anak menyebabkan Jaja tak putus-putus gesa pegawai JPA.... Jaja tak suka hal-hal peribadi mengganggu tugas-tugas Jaja dipejabat sebab Jaja dah berjanji untuk beri sepenuh komitmen semasa Jaja bekerja....mmmm lepas ni nak fikir pulak hal-hal pindah randah ni.... nak cari rumah sewa dan pengasuh.... ayoo....

Masa berlalu begitu pantas
Assalamualaikum.... sekarang ni dah hampir ke penghujung bulan Mei.... sekejap saja masa berlalu..... bulan Mei membuatkan Jaja sibuk sangat-sangat..... awal bulan, Jaja berkursus di Hang Tuah World Heritage Hotel di Melaka selama 3 hari.... minggu berikutnya Jaja terlibat dengan majlis yang dianjurkan oleh pihak Kementerian di Jalan Duta selama 3 hari..... dan minggu ni Jaja menduduki peperiksaan selama 3 hari.... letihnya... 3 minggu berturut-turut tak masuk pejabat..... natijahnya, boleh tengok gambar dibawah.... masuk je pejabat rasa nak pengsan....huhuhuhu.... adios...
fail bertimbun di atas meja, surat & memo bertimbun di dalam tray, IN
fail yang telah disusun rapi oleh anak buah ditepi meja untuk disemak
Thursday, May 3, 2012
Amanah dan Halal
Assalamualaikum.... banyaknyaaaa kerja di pejabat.... azam hari ni nak bereskan fail-fail yang tersadai cantik di atas meja Jaja.... caiyok caiyok..... dalam dok sibuk selesaikan satu per satu fail, Jaja dapat call yang menaikkan kemarahan Jaja...... mengeletar tangan menahan marah....Ya, Jaja memang marah sangat-sangat.... takde kerja yang dapat Jaja buat sebab perasaan dikuasai oleh amarah....
Jaja paling benci orang yang mengambil kesempatan dan tak amanah.... bila melibatkan periuk nasi, kita semua harus amanah dan bertanggungjawab dalam bekerja.... sanggup ke makan gaji yang tak halal?... ramai yang tak sanggup... dan... ya, ada yang sanggup.... Jaja dah sedaya upaya, selembut mungkin memberi peringatan KERAS dalam mesyuarat... rupanya masih ada yang tak faham bahasa.... masih lagi menagih tandatangan Jaja untuk kelulusan.... Jaja masih mahu berprasangka baik.... Jaja tulis nota ditempat yang berkenaan supaya individu tersebut faham.... Masya Allah, masih lagi tak faham... dipadamnya nota yang Jaja tulis... dia dapatkan tandatangan Ketua Jabatan dan terus dihantarnya ke bahagian yang buat pembayaran.....
Jaja hairan kenapa dia masih mahu menuntut yang bukan hak dia?.... susah sangat ke nak faham apa yang Jaja telah notakan?... Jaja masih nak jaga air muka dia.... tetapi dia sendiri yang tak nak lindungi maruah diri dia.... Ya Allah, janganlah Kau persoalkan aku berkenaan hal ini di akhirat kelak... aku telah sedaya upaya melaksanakan tanggungjawab aku dengan sebaik-baiknya....
nota yang Jaja tinggalkan : "Macam mana boleh claim ot pada hari ini sedangkan tidak bekerja dan di dalam HRMIS ada mohon cuti kecemasan?"... moga-moga dia berubah....

Wednesday, May 2, 2012
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012
Assalamualaikum....semalam 1 Mei 2012 merupakan Hari Pekerja merangkap Cuti Umum di Malaysia.... Jaja ingat nak ke pejabat siapkan kerja-kerja tertangguh tapi malas pulak.... so Jaja plan nak ke Pesta Buku di PWTC, KL.... nak cari buku sebab Jaja nak ambil exam 21 Mei ni....mummy tak nak ikut dan dia volunteer untuk jaga baby Humaira... kesian baby kena tinggal.... hahahaha....
Dari Putrajaya, Jaja naik ERL ke Bandar Tasik Selatan.... tak nak drive sebab confirm parking penuh di PWTC..... nak parking dekat-dekat area situ, pasti cekik darah punya.... sampai di kaunter tiket LRT Bandar Tasik Selatan, fuyooo ramainya orang.... kaunter hanya buka 1 je.... itupun orang ramai disuruh guna ticket vending machine.... hahaha...rasa kelakar sangat...mesin tiket tu pun tak nampak sebab terlalu ramai orang.... guna mesin tu lagi melambatkan sebab kadang-kadang mesin tu 'weng' tak nak terima duit syiling atau kertas....kena masukkan banyak kali.....Jaja buat degil beratur gak kat kaunter tiket......
Dalam LRT jangan cakap la, ramainya manusia.... tempat duduk, Jaja perhatikan siapa cepat dia dapat..... hahahaha.... panorama biasa.... sampai di PWTC, manusia lagi la ramai.... bersesak-sesak.... kat dewan (lupa nama dewan) yang menempatkan syarikat Karangkraf, terdapat lautan manusia...tak nampak dah segala buku atau majalah yang disusun untuk dijual.... pelbagai aktiviti dianjurkan oleh pihak Karangkraf.... contoh, boleh dapatkan tandatangan Penulis Novel, Cabutan Bertuah dan lain-lain... kalau beli majalah atau novel Karangkraf, boleh tebus majalah @ buku percuma (terhad)....
pintu gerbang
ramainya orang di Karangkraf
Jaja beralih ke Dewan Tun Razak 3.... lagi ramai orang.... traffic jam.... Jaja nak pilih buku-buku yang Jaja berkenan pun tak selesa.... dah la suasana panas..... buku yang Jaja cari tak jumpa pun.... nak round banyak kali tak sanggup..... Jaja ambil keputusan nak beli je buku yang Jaja cari, kat bookstore luar.... konon nak dapatkan diskaun, hampehhhh.... penat je dapat....
Traffic Jam
ni je yang sempat Jaja beli.... lain yang dicari, lain yang dapat... hahahaha.... balik rumah mummy membebel...
Buku Yoga tu Free
Jaja ada round-round dekat The Mall lepas keluar dari PWTC..... saja cuci-cuci mata.... dah penat berjalan, Jaja ke LRT PWTC.... Ya Allah, lagi ramai manusia berbanding di LRT Bandar Tasik Selatan.... Kaunter tiket buka 2 je.... cuaca berbahang sebab ramainya manusia dan hari hujan.... rasa nak pitam pun ada..... kesian Jaja tengok pasangan yang bawa baby.... satu kelemahan LRT sejak pakai token, pengguna tak boleh beli token pergi & balik..... dah lama rasanya token ni dikeluarkan.... tahun 2011.... tapi masih tiada perubahan.... mereka (pihak pengurusan) suka kot kalau-kalau terjadi benda yang buruk kepada pengguna.... contoh, pengsan (sebab ramai sangat orang bersesak-sesak)..... Kerajaan minta orang ramai menggunakan kemudahan awam yang disediakan tetapi perlaksanaannya tidak mencapai tahap yang sebenar..... nanti dah terhantuk baru nak mengelabah..... ish ish ish....
Dalam LRT jangan cakap la, ramainya manusia.... tempat duduk, Jaja perhatikan siapa cepat dia dapat..... hahahaha.... panorama biasa.... sampai di PWTC, manusia lagi la ramai.... bersesak-sesak.... kat dewan (lupa nama dewan) yang menempatkan syarikat Karangkraf, terdapat lautan manusia...tak nampak dah segala buku atau majalah yang disusun untuk dijual.... pelbagai aktiviti dianjurkan oleh pihak Karangkraf.... contoh, boleh dapatkan tandatangan Penulis Novel, Cabutan Bertuah dan lain-lain... kalau beli majalah atau novel Karangkraf, boleh tebus majalah @ buku percuma (terhad)....
pintu gerbang
ramainya orang di Karangkraf
barisan Penulis Novel Karangkraf
bahagian tebus majalah/buku percuma
Traffic Jam
ni je yang sempat Jaja beli.... lain yang dicari, lain yang dapat... hahahaha.... balik rumah mummy membebel...
Buku Yoga tu Free
Jaja ada round-round dekat The Mall lepas keluar dari PWTC..... saja cuci-cuci mata.... dah penat berjalan, Jaja ke LRT PWTC.... Ya Allah, lagi ramai manusia berbanding di LRT Bandar Tasik Selatan.... Kaunter tiket buka 2 je.... cuaca berbahang sebab ramainya manusia dan hari hujan.... rasa nak pitam pun ada..... kesian Jaja tengok pasangan yang bawa baby.... satu kelemahan LRT sejak pakai token, pengguna tak boleh beli token pergi & balik..... dah lama rasanya token ni dikeluarkan.... tahun 2011.... tapi masih tiada perubahan.... mereka (pihak pengurusan) suka kot kalau-kalau terjadi benda yang buruk kepada pengguna.... contoh, pengsan (sebab ramai sangat orang bersesak-sesak)..... Kerajaan minta orang ramai menggunakan kemudahan awam yang disediakan tetapi perlaksanaannya tidak mencapai tahap yang sebenar..... nanti dah terhantuk baru nak mengelabah..... ish ish ish....
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)