Wednesday, October 17, 2012

Semangat ku hilang di pagi hari....

Assalamualaikum.... hari ni Jaja rasa kosong dari pagi tadi hingga sekarang.... semangat Jaja dah terbang di awal pagi.... sebabnya adalah kerana seutas reben ni....


reben ni telah terbelit 2x di leher baby Humaira.... bagaimana boleh terbelit, Jaja tak pasti... Yang Jaja ingat pukul 4.30 pagi baby Humaira merengek nak minum susu.... Jaja beri dia minum... habis dia minum, dia terlelap dan Jaja pun sambung tidur balik... tiba-tiba Jaja dengar sayup-sayup orang panggil nama Jaja.... rupa-rupanya suami Jaja panggil dan beritahu baby Humaira terbelit dengan reben... kusss semangat, rasa terhenti sekejap jantung Jaja tengok leher dia dah terbelit.... Suami Jaja leraikan reben... baby Humaira tersengih-sengih ingat suami Jaja nak main dengan dia.... mujur reben tu terbelit longgar, kalau terjerut?... Jaja tak boleh nak pikir apa lagi....bila periksa leher baby Humaira, alhamdullilah takde apa-apa luka...

Jaja akui ini kesilapan Jaja kerana baby Humaira masih tak boleh beza antara bahaya atau tidak.... Sebelum ni Jaja dan suami Jaja amat berhati-hati dengan benda yang berat, panas dan tajam...Jaja tak berkompromi kalau melibatkan keselamatan....  Jaja sanggup pasang 2 buah pagar keselamatan dalam rumah untuk perlindungan tetapi seutas reben yang kecil ni hampir meragut nyawa anakku.... huhuhu....

pagar menghalang ke dapur dan bilik air


pagar menghalang ke bilik tidur

Tuesday, October 16, 2012

Nestle World Walking Day




Assalamualaikum.... pada 28 Oktober 2012, pihak Nestle Malaysia akan mengada satu kempen iaitu World Walking Day..... acara tersebut akan berlangsung di lima buah negeri di Malaysia.... tempat-tempat yang terlibat adalah seperti Sabah, Sarawak, Johor Bahru, Kuantan, Ipoh dan Putrajaya.... Jaja dan suami Jaja dah mendaftar untuk kawasan Johor Bahru.... Jaja malas nak lakukan senaman, jadi ini adalah peluang terbaik untuk Jaja sihatkan fizikal dan mental Jaja.....hahahahaha..... siapa yang ingin keterangan lanjut boleh klik di sini dan untuk orang-orang Johor yang nak mendaftar, boleh klik di sini....

Jaja daftar melalui sms je.... pendaftar melalui sms hanya terhad kepada 1,000 orang sahaja.... so cepat-cepat mendaftar kepada sesiapa yang berminat ye.... aktiviti ini boleh dijadikan salah satu riadah bersama keluarga di hujung minggu...