Thursday, September 20, 2012

Kursus di Hotel Crystal Crown, JB

Assalamualaikum.. hari ni Jaja sedang berkursus selama 3 hari bermula semalam di Hotel Crystal Crown, Johor Bahru.. banyak ilmu yang Jaja dapat untuk pertingkatkan kerjaya Jaja.. kursus kali ne Jaja tak bosan dan mengantuk.. mungkin sebab bos besar dok kat sebelah kot... Ok, Jaja nak cerita pasal hotel yang menginap... Hotel Crystal Crown terletak di tengah-tengah bandaraya Johor Bahru... Berapa bintang hotel ni Jaja tak pasti... keadaan bilik selesa.. Jaja dok bilik twinsharing... tapi partner Jaja tak menginap di hotel selepas tamat masa kursus.. jadi bilik tu Jaja yang punya!!!... hahahaha Makanan di sini sedap dan boleh di terima oleh tekak Jaja... banyak yang Jaja makan... hahahaha... nanti Jaja update gambar ye... sekarang ne guna phone susah nak uplode gambar...

Suasana dalam bilik

terletak bersebelahan KSL


barangan mandian


minuman yg disediakan di dalam bilik


voucher untuk makan


Tuesday, September 18, 2012

Jalan - Jalan Ke Rengit, Johor

Assalamualaikum.... semalam Jaja sekeluarga ke Rengit, Johor.... tujuan Jaja ke sana nak tengok-tengok kalau-kalau ada barang secondhand yang berkenan di hati dan mampu beli.... sebelum ni banyak kali Jaja dengar dan baca di FB, blog yang mengatakan barang-barang secondhand di perkampungan orang asli Rengit murah.... puas pujuk suami Jaja dari awal tahun, semalam baru dia setuju nak pergi.... hahaha berjaya....

Kali ni Jaja boleh bagi tunjuk arah sebab Jaja ada catat sepanjang Jaja ke sana.... Jaja dari Tol Kulai keluar Tol Simpang Renggam... bayar tol RM4.60.... lepas tol Simpang Renggam belok kiri.... jalan terus lebih kurang 15km jumpa SMK Sri Tanjung dan signborad (Benut terus, Pontian kiri, Batu Pahat Kanan)... sampai simpang empat traffic light belok kanan arah Batu Pahat.... jalan terus jumpa Balai Polis Benut dan terus lagi dalam 12km jumpa signboard (Parit Makasar kiri, Parit mardino kanan, benut terus) sampai simpang empat traffic light jalan terus arah benut.... pastu akan jumpa SK Sri Kembar, Kedai Perabut Chua, Parit Abd Rahman, Tampok, Kg. Bagan Laut, Masjid Jamek Pekan Rengit dan Balai Polis Rengit... lepas Balai Polis Rengit ada traffik light... lepas traffic light belok kiri.... masa belok kiri pastikan Komplek Niaga Rengit berada di sebelah kanan kereta.... jalan terus jumpa Pasar Awam Rengit.... jalan terus lagi jumpa deretan lot kedai batu barangan terpakai.... jalan terus lagi jumpa perkampungan menjual barang-barang terpakai, berhenti dan sila cari parking ye....

Jaja tengok banyak dijual barang-barang peralatan elektrik, permainan kanak-kanak, barangan peribadi kanak-kanak dan perabut.....  hampir ke semua barangan tersebut dari Singapura..... pembeli perlu pandai dan bijak memilih... ada yang cantik, kusam, berhabuk dan sebagainya..... kalau dah berkenan, ringan-ringankan mulut tanya harga dan tawar menawar ye....

kawasan persekitarannya bagi pendapat Jaja kurang memuaskan.... kadang-kadang ada terhidu bau yang kurang menyenangkan....hahaahaha.... itu tak menjadi masalah buat Jaja kerana Jaja ke tempat orang.... cuma Jaja rasa tempat ni tak sesuai untuk orang-orang yang cerewet atau yang geli sana geli sini....bak kata pepatah masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu mengemoo....

Satu yang boleh Jaja usulkan.... jika peniaga-peniaga tersebut diberi bimbingan dan tunjuk ajar, insyallah mereka akan lebih berjaya....

Simpang selepas Balai Polis Rengit
 
jumpa Pasar Awam Rengit
 
Jumpa lot kedai batu
 
kawasan lot kedai batu
 
kawasan perkampungan yang menjual barangan terpakai
 
jalan yang sempit....hati-hati memandu
 
kedai menjual barangan kanak-kanak
 
hasil pencarian Jaja semalam
 
 
 
p/s : Jaja tak berani nak cakap ini perkampungan orang asli atau tidak sebab Jaja ada tengok orang biasa pun ada tinggal di sini.... nanti Jaja upload peta, senang sikit...
 
 

Sunday, September 16, 2012

Sate Ikan

sate ikan

Assalamualaikum.... masa Jaja kecik-kecik dulu lebih kurang umur 10-11 tahun, Jaja pernah makan sate ikan.... itupun masa Jaja ke rumah nenek Jaja.... Jaja ikut sepupu Jaja beli.... Orang yang berniaga tu guna basikal macam beca....masa Jaja mengandung baby Humaira, Jaja ada teringin nak makan sate ikan ni tapi Jaja diamkan sebab Jaja tau susah nak dapat.... bukan mengidam ye, cuma teringin... tak dapat pun tak pe....

Jaja ada pernah terpandang orang yang jual sate ikan ni di tempat Jaja mengajar dulu....Taman Kempas Permai (yang baru-baru ni keluar berita budak 4 tahun tercuck buluh di kepala dan meninggal)... berhampiran sangat dengat Hospital Permai.... tapi disebabkan Jaja nak cepat, tak sempat nak beli... nasib baik baby Humaira tak meleleh air liur.... hahahaha....

semalam masa on the way ke rumah ketua pegawai suami Jaja, Jaja terpandang orang yang jual sate ikan ni.... Jaja suruh suami Jaja berhenti kereta, tapi dia tak nak..... secara tiba-tiba Jaja rasa nak makan sangat-sangat.... rasa nak lompat je keluar dari kereta... huhuhu....Jaja cakap kat suami yang Jaja teringin masa mengandung tapi tak dapat... rasa sebak tiba-tiba.... terus suami Jaja buat u-turn pergi beli.... hahahaha..... Jaja beli RM10.00.....

Sate ikan ni rasanya macam keropok lekor.... kuahnya berwarna pink.... ada kuah pedas dan kuah manis.... zaman Jaja budak-budak, sebatang sate ikan dijual 10 sen.... sekarang ni 4 batang RM1....semalam Jaja beli RM5 untuk kuah manis dan RM5 lagi untuk kuah pedas.... Jaja kasi suami Jaja 2 batang je... yang 38 batang, Jaja makan sorang-sorang.... sedapnya makan panas-panas... jangan ingat Jaja gelojoh ye... Jaja makan 38 batang tu sikit-sikit sampai habis.....hahahaha....6 batang Jaja simpan hingga sampai kat rumah sebab nak snap gambar... terubat sudah rindu Jaja pada sate ikan.... hahahaha....

sate ikan dibakar..
sebelah tong kuah manis, sebelah tong kuah pedas

Jalan-Jalan di JB

Ni entry kesinambungan Legoland, Nusajaya, Johor.....Lepas keluar dari kawasan Legoland, Jaja ke Larkin Sentral untuk tempah jaket dan sulam... Rupanya di situ dah ada jaket siap... ok la, Jaja beli jaket hitam dan tempah untuk sulam....Jaja buat di kedai Jking tingkat bawah Larkin Sentral berhampiran taxi stand.... semua sekali harganya RM88.00....

Lepas tu Jaja dan suami ke rumah kawan suami Jaja... ada open house... maklumla semalam merupakan syawal terakhir.... Rumahnya terletak di Jalan Seri Orkid 27, Skudai..... satu baris yang paling belakang sekali ....sebaris je rumah yang baru di bina.... yang depan-depan dah lama siap dan berpenghuni.... dengar cerita rumahnya berharga lebih kurang RM200,000.... wow....

Habis beramah tamah di rumah kawan suami, Jaja ke rumah ketua pegawai suami.... Ada majlis tahlil dan doa selamat..... rumahnya terletak berhampiran dengan rumah sewa Jaja dulu di JB.... Rumah sewa Jaja di Taman Dahlia... rumah ketua pegawai ni di Taman Kemas, JB.... masa ni Jaja suaikan diri Jaja untuk berkenal-kenal dengan isteri-isteri kawan suami Jaja.... Alhamdulillah, semuanya baik-baik belaka....

Lepas selesai urusan di rumah ketua pegawai suami Jaja, kami ke Pasar Karat Jalan Segget, JB... masa mula-mula suami bagitau nama jalan ni Jaja ingat 'Seagate'.... nama macam kilang di tempat Jaja, Penang.... rupa-rupanya Segget... Jaja tengok tulis di signboard dan baca macam senget.....hahahahaha..... Parat Karat ni lebih kurang macam Uptown @ Downtown di KL.... lebih mudah dikenali sebagai Bazar Larut Malam.... pelbagai barangan dijual... ada yang baru dan ada juga secondhand..... Jaja belikan baby Humaira baju dan mainan..... yang lain-lain cuma cuci mata je.....

Abis je round-round di Pasar Karat, Jaja balik ke rumah... sampai rumah pukul 11.00 malam.... mengantuknya....zzzzzzzz.....

ke rumah yang buat open house

Pasar Karat Jalan Segget

Legoland, Nusajaya, Johor

Assalamualaikum... semalam satu hari Jaja keluar berjalan.... dari pukul 10.00 pagi sehingga 11.00 malam baru sampai rumah.... 5 destinasi Jaja pergi bersama baby Humaira dan suami Jaja.... semuanya di sekitar Nusajaya dan Johor Bahru....

Tempat pertama yang Jaja pergi ialah Legoland, Nusajaya.... semalam 15 September 2012 hari pembukaan Legoland Malaysia....Jaja nak kasi direction tak berapa pandai sebab Jaja masih lagi bukan penduduk 'tetap' Johor.... nak tunjuk arah jalan memang failed!!...Suami Jaja cilok sana, masuk jalan ni, masuk highway baru dan terus sampai.... hahahaha..... bila sampai roundabout ke Legoland, ramai anggota RELA bertugas untuk tunjukkan jalan.... begitu juga masa nak cari parking, ramai yang tunjukkkan.... rasanya pengunjung tak sesat jika dah berada di kawasan Legoland..... parking kereta masih lagi belum siap sepenuhnya... petak parking ditanda dengan menggunakan bata merah untuk satu-satu petak.... Jaja tiba di sana tepat pukul  12.00 tengahari.... wow ramainya pengunjung..... pukul berapa diaorang ni datang?... awal subuh kot.... hehehe..... suasana di kawasan parking lebih kurang macam JPO..... ingatkan nak ke main entrancee dekat, rupanya kena berjalan lebih kurang 300 meter.... panas terik dan berpeluh badan masa sampai pintu utama walaupun ada laluan berbumbung....

14 kaunter dibuka semalam....Terkejutnya Jaja bila tengok ramai orang beratur nak beli tiket masuk..... macam nak tengok cerita Transformer hari pertama ditayangkan di pawagam.... huhuhu... Suami tanya sanggup ke beratur?.... terus Jaja angkat bendera putih tanda surrender.....

Jaja dan suami hanya berjalan-jalan di sekitar kawasan Legoland yang dipanggil Mall of Medini..... tak tau Jaja apa maksudnya.... ada gak signboard di jalan yang tulis Medini... banyak kedai-kedai, butik, restoran yang dibuka....Jaja listkan beberapa sahaja.... KFC, Burger King, Chocolate Factory Outlet, Briyani, Carlo Rino, King's Confectionary, Tutti Frutti, Ad Jeans, El Migos, Each a cup, aL-ikhsaN, kapitan dan lain-lain lagi... bersesuaian dan berpatutan dengan masyarakat Malaysia yang rata-rata berpendapatan sederhana.... Jaja singgah di Tutti Frutti untuk hilangkan dahaga... panas terik betul... macam dok kat Litar Sepang... menyengat.... Masa on the way balik ke Pintu Utama Legoland, Jaja ada cakap kat suami kalau orang dah tak ramai, Jaja nak masuk... alang-alang dah sampai.... namun hajat Jaja tak kesampaian... lagi ramai orang sampai keluar dari line queue.... terus Jaja, baby Humaira dan suami Jaja berjalan balik ke parking..... sampai di kawasan tangga masuk Legoland, ramai orang berkumpul.... Rupa-rupanya skuad Perodua ERA ada di situ.... pelbagai soalan diajukan kepada pengunjung dan juga pelbagai barangan yang diberikan secara percuma kepada pengunjung yang dapat jawab soalan.... lain tempat yang Jaja pergi Jaja coretkan pada next entry tajuk Jalan-Jalan di JB....

Highway ke Legoland
 
banyak bunting Legoland bila dah nak sampai
 
kawasan parking yang belum siap sepenuhnya
 
teriknya....
 
laluan berbumbung untuk ke pintu utama, jauh kan?
 
suasana di kaunter tikat masa Jaja baru sampai
 
di pintu masuk utama Legoland
 
Mall of Medini
 
lebih kurang JPO
 
kipas gergasi Mall of Medini
 
Aiskrim berharga RM14.98
 
Baby Humaira bergambar dgn maskot Smarties
 
suasana di kaunter tiket masa Jaja nak balik
 
Skuad Perodua Era
 

Wednesday, September 12, 2012

Program 10,000 Langkah

Assalamulaikum..... baru ada kesempatan untuk Jaja update pasal Program 10,000 langkah yang dianjurkan oleh Jabatan tempat Jaja bekerja yang telah diadakan dengan jayanya pada 9 September 2012 (Ahad lepas) bertempat di Stadium Bandar Penawar, Johor.... entry yang lepas Jaja ada ceritakan di sini.... Aturcaranya seperti berikut :-

7.00 pagi - Sesi Pendaftaran peserta
7.45 pagi - Nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku dan 31 Ogos
7.55 pagi - Senama ringkas (diketuai oleh Dr. Norliza)
8.10 pagi - Ucapan Pengajur Majlis (Dr. Norhamimah Abdullah)
8.15 pagi - Ucapan YB Hamimah Mansor
8.25 pagi - Gimik pelancaran (Pelepasan burung)
8.30 pagi - Acara 10,000 langkah bermula
10.00 pagi - Cabutan bertuah
10.20 pagi - Penyerahan sijil penyertaan
10.30 pagi - Bersurai

Peserta untuk program ini kebanyakkan terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah, anggota polis, Rela, TLDM, Hospital Kota Tinggi, Klinik Pergigian Kota Tinggi, KEJORA dan orang ramai di sekitar Bandar Penawar, Johor.... hampir 2,000 orang yang datang untuk menyertai program ni.... terima kasih semua.....

Alhamdulillah program berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit cacat celanya.... Insyallah boleh diperbaiki pada masa akan datang.... jom tengok gambar....

peserta mendaftarkan diri
 
kakitangan menyusun hadiah untuk cabutan bertuah
 
peserta mengambil tempat di padang
 
nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku dan 31 Ogos
 
Bersedia untuk berlepas
 
Perjalanan baru bermula

 peserta berjalan rapat-rapat
 
kan dah jauh jurang di antara peserta
 
 peserta yang telah menamatkan acara 10,000 langkah
 
 ramainya peserta yang menyertai
 
sijil penyertaan

 


 

Monday, September 10, 2012

McD...Grilled Chicken Burger

Assalamualaikum... dah makan Mcd GCB?.... Jaja dah try lepas insiden di Pizza Hut tempoh hari... keluar Pizza Hut masuk Mc Donalds... pilihan di tangan kita kan?... duit kita dan kita yang bayar.... hehehehe...

Rasanya sama seperti tahun lepas.... not bad.... tak berapa garing dan juicy.... sapa yang belum cuba, cepat-cepat berkunjung ke Mcd... ni burger yang limited time ok sama macam prosperity burger..... Jaja beli yang set....harga pulak dah lupa la..... dalam belas-belas ringgit ....resit dah terhilangkan.... huhuhuhu....

 

Friday, September 7, 2012

sejuk mata memandang



Assalamualaikum... suasana yang cukup mendamaikan Jaja di pagi hari Jumaat ni... kabus tebal menyelubungi di seluruh kawasan perumahan tempat Jaja tinggal.... damainya....

Wednesday, September 5, 2012

Mimpi ngeri....Layanan buruk di Pizza Hut Kota Tinggi, Johor

Assalamualaikum.... mmmm perasaan kecewa semalam masih ada di dalam hati.... semalam Jaja, baby Humaira, suami pergi ke Pizza Hut Kota Tingi, Johor untuk mencuba hidangan baru dan meraikan Hari Jadi suami Jaja..... Jaja ke sana lebih kurang pukul 8.00 malam dalam hujan yang sangat lebat...

Sampai di sana Jaja parking betul-betul di depan restoran... Dari dalam kereta Jaja perhatikan pelanggan tak ramai dalam restoran.... ada 1 keluarga yang sedang makan, 1 keluarga yang baru sampai dan tengah mencari tempat duduk dan 1 pelanggan yang sedang menunggu tapau (take away)... Jaja dan keluarga masuk dan pilih tempat duduk... secara kebetulan ada staf yang datang untuk mengalu-alukan kedatangan Jaja.... Disebabkan di luar restoran hujan lebat, suami memilih untuk tukar tempat yang terlindung sikit daripada lubang aircond.... staf berkenaan menawarkan tempat yang bersebelahan dengan keluarga yang sedang makan dan kami di beri menu.... selepas tu staf berkenaan datang membawa piring, pisau dan tisu......

Lebih kurang menunggu hampir 10 minit, takde staf yang datang untuk mengambil pesanan dari Jaja.... suami cuba untuk memanggil staf yang sedang mengelap sudu garfu tetapi staf tersebut tak sedar dirinya di panggil.... Keluarga yang bersebelahan kami juga cuba untuk menarik perhatian staf di situ tetapi tak berjaya.... ikutkan hati suami Jaja nak je dia menjerit kuat-kuat panggil..... Masuk seorang pelanggan lelaki cina pakai baju t-shirt merah ke restoran sambil tengok-tengok menu di kaunter bayaran... terus datang seorang staf melayan pelanggan tersebut... "eh, boleh pulak diaorang sedar ada pelanggan" kata suami Jaja.... staf tadi ambil order dan berlalu pergi depan kami yang tercengang-cengang dok pandang dia..... wahhhhh ini sudah mendatangkan kemarahan Jaja.... Jaja ajak suami keluar terus..... masa kami keluar dan masuk dalam kereta, Jaja perhatikan takde staf yang datang untuk kemas meja yang kami duduk dan sebagainya....

Pagi ni Jaja datang pejabat dan ada bercerita dengan rakan-rakan pejabat.... nahhhh kawan pejabat Jaja beritahu masa Ramadhan lepas dia sekeluarga terkena juga di Pizza Hut Kota Tinggi, Johor.... cerita kawan Jaja berlainan sikit tetapi masih dalam masalah yang sama iaitu buat tak endah kepada pelanggan.....

Jaja dah isi borang maklum balas online di website Pizza Hut sebentar tadi... nak tengok diaorang ada beri maklum balas atau tidak....grrrr

Humaira penat tengok menu di Pizza Hut
 
update : Staf dari Pizza Hut Kota Tinggi ada call Jaja mohon maaf petang semalam 5/9/2012 jam 5.30ptg...
 

Tuesday, September 4, 2012

Promosi Program 10,000 langkah


Tarikh : 9 September 2012
Masa : 7.00 Pagi
Tempat : Stadium Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor
Pakaian : T-shirt, seluar sukan, kasut dan stoking
 
Orang ramai dijemput hadir.....


Assalamualaikum.... dah lama Jaja tak update blog... nasib baik blog ni berhabuk je tak bersawang... hahaha... sekarang ni Jaja sibuk menguruskan program di pejabat..... lepas raya memang masing-masing akan sibuk... sibuk buat rumah terbuka, sibuk menghabiskan kerja-kerja yang terbengkalai kononnya boleh siap lepas raya.... memang dah jadi budaya kerja orang Malaysia, bila dah nak dekat dengan cuti panjang, mesti segala kerja akan di buat lepas cuti panjang tersebut.... contoh dialog sebelum raya... soalan : "bila payment boleh dapat?"... jawapan  :"lepas raya la sebab pegawai in charge dah mula cuti"... hahaha....

ok berbalik pada program yang Jaja sebutkan tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia akan menganjurkan program 10,000 langkah bagi menyeru rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat...... Program ini akan dilaksanakan serentak di seluruh Malaysia pada hari berkenaan.... Program ini juga bakal dicatatkan dalam Malaysia Book of Record...setiap negeri disasarkan seramai 10,000 orang kecuali di Perlis, Melaka dan Labuan hanya dilibatkan 5,000 orang sahaja ... di Johor ada 10 daerah, jadi setiap daerah perlu ada 1,000 orang yang menyertai program ini.....

Bagi daerah Kota Tinggi, Johor, Jaja menjemput orang ramai yang berada sekitar sini untuk bersama-sama menjayakan program ni... yang duduk berdekatan di Kota Tinggi, Johor pun boleh datang sama... pengangkutan sendiri ye... antara program yang akan berlangsung seperti acara berjalan kaki sejauh 6.5 km, ucapan perasmian YB, cabutan bertuah dan majlis penutup.... program ini dijangka selesai pada pukul 11 pagi.... goodies bag, makanan, minuman dan sijil akan disedikan untuk 1500 orang terawal....ini, Jaja promosikan untuk daerah Kota Tinggi, Johor sahaja.... daerah lain, Jaja kurang pasti aturcara program dan tempat.... ayuh kawan-kawan, mari kita beramai-ramai menyertainya!!!...


nota : bila majlis dah selesai, Jaja akan update tentang program ni ye...