Thursday, February 5, 2015

Jalan-Jalan ke Legoland

Assalamualaikum dan selamat tengahari..

Hari ni Jaja nak menulis pasal Legoland... Jaja ke sana pada 24.1.2015 lepas (Sabtu).. sebelum ni dah pernah pergi sana tapi jalan-jalan kat luar kawasan Legoland sahaja, tak masuk pun ke water park atau theme park.. Ye la, terkejut tengok harga tiket yang boleh putus urat kentut... hahahaha...

Kali ni ada rezeki lebih, tu yang kami ke sana... tiba kat sana dalam jam 10.30 pagi.. wahhh dah ramai orang...sebelum beli tiket, Jaja dah tunjuk kat petugas kaunter tu yang Jaja ada baucar Petron RM40 off.. ok, baucar tersebut diterima.. jumlah harga tiket yang perlu dibayar ialah RM440.00 untuk 2 orang dewasa dan 1 kanak-kanak (Combo package, water park & theme park)...  wowwww tak boleh tahan harganya... hehehehe... selain dapat tiket masuk, turut diberikan 2 keping baucar makanan yang bernilai RM10.00 setiap satu...

Sebelum masuk, acara wajib bergambar dahulu kat pintu gerbang Legoland, tak sah kalau tak bergambar kat sini.. dah siap posing, kami menuju ke pintu masuk.. sebenarnya Jaja tak tahu yang theme park dan water park adalah tempat yang berbeza.. ingatkan pintu gerbang tu pintu utama la... Jaja terus tuju ke entrance berhadapan dengan pintu gerbang.. nasib baik petugas tu beri cadangan pada Jaja... Dia syorkan Jaja ke water park terlebih dahulu, khuatir sebelah petang hujan dan tak boleh ke sana.. ok la, Jaja ikut apa yang disyorkan oleh petugas tu... Berjalan la kami ke sebelah kiri dalam 50 meter...

Dah sampai water park entrance, kami cari bilik persalinan... jumpa.. sebelum masuk ke bilik persalinan, ada disediakan locker untuk menyimpan barang-barang pengunjung... harganya RM20.00 untuk locker kecil dan RM40.00 untuk locker besar.. wowwww semuanya duit... hehehe... kami memilih locker kecil sahaja sebab tak banyak barang yang nak disimpan... dapat locker no. 14...

Selesai urusan menyalin pakaian, kami ke tempat mandi... terujanya Humaira bila tengok kolam, menjerit-jerit dia... terubat kot rindu nak pergi Legoland... suami Jaja yang banyak kawal selia Humaira, Jaja tukang tangkap gambar sebab takut tergelincir jika tak berhati-hati... nanti tak pasal-pasal terberanak dalam kolam Legoland... hehehe...

Hampir 3 jam berendam dalam kolam, kami bersihkan diri dan bersiap-siap untuk ke theme park pula... masa ni baru terasa laparnya perut... kami singgah untuk makan dahulu.. Jaja guna baucar makanan yang diberi... Satu set mini nugget berharga RM18.00, ada baki RM2.00... kenyang ke nak kongsi 3 orang?... hahahaha.... harga makanan juga mahal disini...

Sedang menjamu selera nugget yang tak seberapa tu, hujan turun membasahi bumi.. renyai-renyai... betul ramalan petugas theme park entrance... tunggu sekejap, lepas tu kami ke theme Park... kat sini Jaja agak kecewa sedikit sebab banyak permainan yang tak dapat kami naik/main disebabkan ketinggian Humaira yang tidak mencukupi... rata-rata perlukan ketinggian 100cm ke atas sedangkan Humaira below daripada tu.

Kami banyak berjalan-jalan di sini sampai sakit kaki... hahahaha... kami ke pawagan 3D (nama tempat tu dah lupa), dapat naik tren dan beriadah kat playground sahaja.. Mood terus hilang masa tu... sebelum balik, kami ke replika binaan-binaan yang terdapat di Malaysia yang dibuat daripada Lego... Memang kagum la kepada staff yang menyiapkan binaan tersebut... Memang memerlukan kesabaran dan ketelitian yang tinggi.. Kat replika ni memang wajib ambil gambar untuk kenang-kenangan...

Selepas tu, kami melangkah keluar daripada Legoland... sampai autopay machine bayar parking yang dikenakan iaitu RM9.00... wowwwww, semuanya duit disini... hehehe

Tiket


locker kecil


Mini Nugget