Tuesday, July 31, 2012

Wang Kertas Baru... Duit Raya

Assalamualaikum.... Baru sat tadi Jaja dah terima wang kertas baru.... ada rakan sepejabat pergi tukar di bank... Jaja kirim on behalf suami Jaja.... memang tiap-tiap tahun suami Jaja yang keluarkan duit raya tak kira beraya di kampung Jaja atau di kampung suami Jaja.... Jaja tukang tukar duit lama ke duit baru je... hehehe.... ni Jaja tunjuk contoh duit yang Jaja dah tukar.... tak boleh tunjuk yang banyak-banyak tu... nanti kena kidnap...hahahaha.... Jaja tukar duit RM5 dan RM1...

Monday, July 30, 2012

Gelas ke-4

Assalamualaikum... banyaknya yang Jaja nak coretkan di blog Jaja... tapi tak kesampaian... Jaja berkursus pada hari Khamis dan Jumaat yang lepas... ok, untuk entry ni Jaja nak bagitau yang Jaja dah dapat gelas ke-4 iaitu gelas berwarna biru yang ada lukisan orang berenang.... tinggal lagi 2 jenis gelas yang Jaja perlu kumpul.... sabar...sabar...cepatnya masa berlalu....

gelas ke-4


6/7/2012 - Football - Grey - selesai (6/7/2012)
13/7/2012 - Cycling - Purple - selesai (16/7/2012)
20/7/2012 - Athletics - Green - selesai (19/7/2012)
27/7/2012 - Swimming - Blue - selesai (28/7/2012)
3/8/2012 - Gymnastics - Red
10/8/2012 - Basketball - Turqoise (klu x salah la)...

Tuesday, July 24, 2012

Ketam Goreng Telor Masin

Assalamualaikum.... Hari ahad yang lepas Jaja ada masak Ketam Goreng Telor Masin.... ni gara-gara penangan makan dekat kedai chinese muslim la.... hehehe... jom tengok resepi dan gambar....

Bahan Bahan
6 ekor Ketam Bunga
4 biji Telor Masin
4 biji Cili Api (dihiris)
Garam
Mentega
Gula (ikut citarasa)
2 tangkai Daun Kari (ditarik)
1 sudu besar Lada Sulah
Minyak
Tepung Jagung
1 tin Susu Cair

Cara-caranya:-
1) Siang dan cuci bersih-bersih ketam. toskan
2) Salut ketam dengan tepung jagung. Panaskan minyak dan goreng ketam seketika. toskan.
3) Rebus telor masin dan sejukkan.
4) Ambil kuning telor masin sahaja. lecek sampai hancur.
5) Dalam kuali bersih, panaskan mentega. masukkan cili api dan daun kari. tumis hingga garing dan wangi. (kena kontrol api supaya cili api tidak hangus).
6) Masukkan garam, gula, lada sulah dan telor masin yang telah dilecek. Goreng seketika.
7) Masukkan susu cair dan biar sehingga mengelegak.
8) Akhir sekali masukkan ketam yang telah siap digoreng. gaul hingga rata dan kering.
9) Siap untuk dihidangkan.

Pesanan : Salut ketam dengan tepung jagung nipis (light) sahaja. Jangan tebal sebab nanti tepung akan lembik bila terlarut dalam susu cair. Jaja terbuat tebal.... hehehe

ketam bunga

ketam di cuci dan disalut dengan tepung jagung

 ketam digoreng seketika

ketam ditoskan selepas digoreng

telor masin direbus

kuning telor masin di lecek

 
cili api di hiris dan daun kari ditarik

Ketam Goreng Telor Masin yang telah siap

Monday, July 23, 2012

Air Cikong

Assalamualaikum.... semalam kat kawasan rumah Jaja panas terik.... berpinau-pinau mata masa jemur kain kat luar rumah...... memang mencabar betul kalau berpuasa masa musim panas.... badan akan jadi lesu..... Disebabkan cuaca panas, Jaja buatkan air cikong untuk berbuka puasa.... Jaja tinggal di JB baru Jaja tau pasal air cikong ni.... di tempat lain takde rasanya nama air cikong.... bila tengok rupa dan rasa air cikong ni, ianya hampir-hampir sama dengan laicikang di kampung Jaja di utara.... Jom tengok resepi.... sorry gambar air cikong kurang memuaskan sebab tak sabar-sabar nak minum.... hehehe

Bahan-Bahan
Sagu Biji (besar)
Biji Barli
Kembang semangkuk
Cincau
Gula kundur
Gula Merah (buku)
Daun Pandan (disimpul)
Pewarna
Air

Cara-caranya :-
1) Lalukan air pada sagu biji dan biji barli berasingan (jangan basuh kuat-kuat nanti berderai)...
2) Rebus sagu biji sehingga kembang (hilang putih-putih).
3) Tapis sagu biji dan bilas dengan air paip/masak/bertapis supaya sagu biji tak melekat antara satu sama lain. Toskan.
4) Bahagikan sagu biji kepada beberapa bahagian dan warnakan. biarkan dalam 5 minit. Bilas sagu biji dan toskan.
5) Rendam kembang semangkuk dalam air panas sehingga kembang. toskan.
5) Rebus biji barli sehingga kembang. Sejukkan.
6) Dalam periuk masukkan air, gula merah dan daun pandan. Masak sehingga gula merah hancur dan mendidih.
7) Tapis air gula merah.
8) Potong cincau nipis dan panjang-panjang. ketepikan.
9) Potong gula kundur mengikut kesukaan. ketepikan
10) Akhir sekali dalam jug campur gula kundur, sagu biji, barli (biji sahaja), kembang semangkuk, cincau ke dalam air gula merah. Letak ais ketul... sedia untuk dihidang....

Pelbagai bahan-bahan penyejuk badan boleh diletak seperti biji selasih, kurma cina, buah kabung dan lain-lain mengikut kesesuaian dan kretiviti individu.....

Sagu biji yang telah di rebus & diwarnakan

 
Kembang semangku yang direndam


Gula merah yang dimasak bersama daun pandan

 
Cincau yang dipotong nipis dan panjang

 
Gula kundur yang belum dipotong

 
air cikong yang telah siap

Pulut dan Serawa Durian

Assalamualaikum.... Hari Jumaat lepas kat pejabat Jaja ada majlis tahlil.... setiap individu yang hadir akan bawa pulang pulut dan serawa durian....bukan buah durian tau!!!... Balik rumah Jaja hias la pulut & serawa durian ni cantik-cantik....hehehe.... Durian atas pulut tu memang dah sedia ada dalam peti ais Jaja.... ambil dan letak je.... hehehe....

oh ya, kalau nak kasi durian tahan lama dalam peti ais, Mak Jaja pesan supaya tutup dengan plastik makanan (plastic cling).....Jaja letak durian dalam tupperware, pastu letak plastik makanan tutup semua permukaan tupperware dan baru tutup dengan penutup tupperware..... Jaja dah simpan dalam peti ais dari minggu lepas...  Bila Jaja buka tupperware, durian masih dalam keadaan elok... tak berair.... air (wap) akan membeku kat plastik yang kita letak..... ini cara simpan durian kat tempat beku (pintu atas).... :)

Pulut & Serawa Durian

Friday, July 20, 2012

Fadhilat Solat Terawih

Malam ni bermulanya solat terawih bagi umat Islam.... Jika di izinkan Allah, Jaja akan turut serta menunaikan solat terawih.... di bawah ni Jaja sertakan kelebihan jika menunaikan solat terawih....

Solat terawih ni solat sunat... bilangan rakaatnya berbeza mengikut tempat.... ada yang buat 11 rakaat, ada yang buat 21 rakaat.... Jaja pernah solat terawih di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur... ala tempat yang popular dengan bubur lambuk tu..... di sana mereka buat 21 rakaat.... panjang bacaan surahnya.... Kebetulan Jaja tak berapa sihat masa dan pergi ke sana mengikut kawan (masa muda-mudi dulu).... terketar-ketar lutut nak habiskan 21 rakaat..... hahahaha..... Jika difikirkan balik, malunya.... solat 21 rakaat terketar-ketar tapi round shopping mall 2-3 jam kaki tak sakit pun.... huhuhu.... so kawan-kawan, jangan ikut perangai buruk Jaja tau.... semoga kelebihan solat terawih ni dapat memperbanyakkan amalan kita untuk bekalan di sana kelak.....


Malam
Kelebihannya
1
Dosanya keluar seperti ia baru di lahirkan ibunya
2
Dosanya di ampuni, begitu pula dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin
3
Di panggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan: “Mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu”.
4
Di beri pahala yang sama, dan pahala orang-orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
5
Di beri pahala seperti orang yang melakukan sembahyang di Masjidil Haram di Makkah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Palestin
6
Di beri pahala seperti pahala malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur, batu-batu serta pasir turut sama
memohonkan ampun baginya
7
Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir’aun dan Haman
8
Di berikan oleh Allah segala apa yang pernah di berikan kepada Nabi Ibrahim ‘alaihisalam
9
Seperti pahala beribadah kepada Allah yang di lakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W
10
Di kurniakan oleh Allah kebaikan dunia dan akhirat
11
Keluar dari dunia seperti pada hari dilahirkan dari kandungan ibu bersih daripada segala dosa
12
Datang di hari kiamat dengan keadaan mukanya bercahaya dan bersinar bagaikan malam bulan purnama
13
Datang di hari kiamat dengan keadaan aman dari segala kejahatan
14
Disaksikan oleh para malaikat, kalau dia telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan di bebaskan oleh Allah dari segala mudarat.
15
Di minta ampun oleh para malaikat, oleh malaikat yang memikul Arasy dan Kerusi.
16
Di bebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga
17
Di beri pahala seperti pahala para Nabi
18
Di seru oleh para malaikat, “Wahai hamba Allah, bahawasanya Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tua kamu”.
19
Di angkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.
20
Di beri pahala para syuhada dan salihen
21
Di bina rumahnya dari nur di dalam syurga.
22
Kelak di hari kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan
23
Di bangunkan sebuah kota untuknya di syurga
24
Di beri pahala yang berupakan dua puluh empat permohonan di kabulkan



25
Di hapuskan dari seksaan kubur.
26
Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun
27
Dalam melintasi sirat (jambatan) pada hari kiamat kelak, dia akan dapat melintasi dengan laju bagaikan kilat menyambar.
28
Allah mengangkat dengan seribu darjat di syurga
29
Diberi pahala seribu haji yang mabrur
30
Di panggil dan di persilakan oleh Allah, wahai hambaku, makanlah buah-buahan syurga dan mandilah dengan air salsabil (air syurga yang sedap di minum) serta minumlah dari telaga kausar. Akulah Tuhanmu dan engkau hambaku.

Niat Puasa Ramadhan

Esok seluruh umah Islam di Malaysia akan berpuasa.... Jaja berazam akan cuba yang terbaik untuk berpuasa.... bukan sebelum ni Jaja tak pernah puasa, tapi makna puasa ni luas....

Puasa bukan sahaja setakat tahan lapar dan dahaga saja, tapi kena jaga pertuturan, pendengaran, perbuatan jugak..... kalau tidak, hanya Allah S.W.T je yang tahu pahala kita berpuasa ada atau tidak.... jadi Jaja akan cuba melatih diri Jaja untuk melipatgandakan amalan untuk Ramadhan tahun ni... mana tau ni Ramadhan terakhir buat Jaja.... takutnya....

Ni Jaja sertakan sekali niat untuk berpuasa, berbuka dan selepas berbuka.... Jaja ambil dari blog ni ... semoga kita semua mendapat keberkatan di bulan yang mulia ni....









Sarapan terakhir sebelum Ramadhan

Assalamualaikum.... esok dah mula puasa.... hari ni merupakan hari terakhir bagi orang-orang Islam bersarapan pagi.... Jaja pun tak ketinggalan sama.... esok pagi jangan pura-pura sarapan ye!!... buat-buat lupa pulak....hehehe... hari ni Jaja sarapan Nasi Lemak Daun Pisang... sebungkus RM1.50... zaman dolu2 50sen je.... adatla, zaman makin maju dan segalanya akan mahal.... yang penting kita semua kena bijak berbelanja....

Nasi Lemak Daun Pisang

tengah dok update entry ni, staff Jaja datang jemput makan mee bandung yang dia bawa.... murahnya rezeki hari ni... petang ni pulak ada Tahlil Perdana di pejabat Jaja.... makan lagi... Alhamdulliah, syukur Allah murahkan rezeki kepada ku...

Mee bandung

Gelas ke-3

Assalamualaikum.... semalam sebelum habis kerja suami Jaja call suruh Jaja tunggu di kat bandar.... dia nak beli barang..... Jaja pakai kereta dan suami pulak pakai motor...jadi nak muatkan barang tu dalam kereta... habis je waktu kerja, Jaja terus ke bandar..... Suami Jaja ke kedai hardware beli cangkul (wah semangat nak berkebun), hos getah dan lain-lain.... habis beli barang, suami Jaja ajak pergi makan Mcd..... alamak, hari ni hari khamis (semalam) gelas ke-3 start esok....mmmm takpe la, nak try tanya kot-kot boleh dapat gelas ke-3 (esok punya keluaran)....

Jaja minta menu yang ada gelas pada cashier dan makan (dine in) di restoran....sambil tu Jaja ada tanyakan pasal gelas yang ke-3... tapi dia cakap gelas tu bermula esok....ok la... bila cashier tu nak packing gelas, suami Jaja terperasan gelas tu warna hitam (football)....sepatutnya dapat purple (cycling).... bila Jaja tanya kenapa hitam, dia jawab purple dah habis stok.... Jaja nak cancel order tapi dia kata tak boleh.... so Jaja request untuk dapatkan gelas ke-3 (hijau).... dia tak kasi.... bila Jaja tengok dia berkeras tak nak tolok ansur, Jaja cakap antara dua je.... kasi gelas hijau atau cancel order.... Cashier tu pergi tanya manager dia dan manager dia kasi gelas hijau.... settle.... kan senang macam tu.... Awal-awal Jaja dah cakap makan, tapi cashier tu pergi bungkus pulak... macam-macam hal.... mungkin dia dah mengelabah kot....

Jaja bukan seorang yang cerewet tapi kalau orang tak boleh bertolak ansur, memang itu 'makanan' Jaja la.... Kita berurusan dengan manusia, memang banyak karenah jadi kita kena la pandai takcle..... Jaja dah lama dalam bidang customer service ni.... kalau tak pandai handle, tu sebab ramai yang stress.... kan Jaja dah membebel... hahaha.... jom tengok gambar gelas yang Jaja dah 'menang'...hehehehe.....

gelas ke-3


6/7/2012 - Football - Grey - selesai (6/7/2012)
13/7/2012 - Cycling - Purple - selesai (16/7/2012)
20/7/2012 - Athletics - Green - selesai (19/7/2012)
27/7/2012 - Swimming - Blue
3/8/2012 - Gymnastics - Red
10/8/2012 - Basketball - Turqoise (klu x salah la)...

Thursday, July 19, 2012

Masakan Chinese

Assalamualaikum.... semalam lepas Jaja habis kerja, Jaja gi tapau makanan.... mood nak memasak tu ada tapi keadaan yang masih berselerak tak berkemas di dapur membantut hasrat nak masak.... Jaja singgah di Restoran Hasan Mohammad Ong.... kali ni masuk kali ke-3 Jaja ke restoran ni... Restoran cina muslim.... Hari tu Jaja dah try sotong goreng nestum.... not bad tapi tak boleh lawan kesedapan di Restoran Parameswara, Umbai, Melaka (tempat ikan bakar lama).... sotong goreng tepung di restoran Parameswara memang superb!!!... lain kali kalau ada masa Jaja balik kampung di Jasin, Melaka Jaja akan singgah di Umbai...
Semalam, di Restoran Hasan Jaja order ketam goreng telor masin dan abalone masak lada hitam.... dalam kereta meruap bau wangi masakan.... sampai rumah, Jaja masak nasi dan bersihkan diri.... lepas solat baru Jaja makan.... mmmmm sedapnya!!!... puas hati... walaupun kebanyakan harga makanan di restoran cina muslim agak mahal, tapi berbaloi sedapanya dengan duit yang kita bayar.... sesapa yang tak pernah makan abalone, rasanya macam sotong putih... bukan sotong kembang ye... ada liat-liat sikit...... Jaja meratah ketam berjam- jam.... dari pukul 7.30mlm - 8.45mlm... kenyang.... rasa nak tersandar je.... hehehehe....

Harga makanan yang Jaja beli semalam RM30.00 untuk seorang.... Ketam goreng telor masin RM18 (seekor), abalone masak lada hitam RM12.... jom tengok gambar....

ketam goreng telor masin


abalone masak lada hitam

Wednesday, July 18, 2012

Gelas ke-2

Assalamualaikum.... Jaja dapat kumpul gelas ke-2 Mcd pada hari Isnin lepas.... mmm macam mana ye nak kumpul masa bulan posa nanti... tak kan nak berbuka dengan Mcd.... tak penah di buat lagi seumur hidup Jaja.... hahahaha.... ni Jaja tapau je... masa tu Jaja ke JB ambil barang-barang yang masih tinggal di rumah lama.... on the way balik Jaja singgah Drive Thru Mcdonalds di Ulu Tiram... cepat dan mudah...hehehehe.... kali ni Jaja masih ambil set Big Mac dan untuk dessert Jaja ambil Oreo McFlurry.... ada 4 minggu yang Jaja perlu tunggu... huhuhu...

6/7/2012 - Football - Grey - selesai (6/7/2012)
13/7/2012 - Cycling - Purple - selesai (16/7/2012) 
20/7/2012 - Athletics - Green
27/7/2012 - Swimming - Blue
3/8/2012 - Gymnastics - Red
10/8/2012 - Basketball - Turqoise (klu x salah la)...


gelas ke-2 ku

Monday, July 16, 2012

Selamat Tinggal Baby Humaira

Assalamualaikum.... sayunya hati masa datang pejabat hari ni.... baby Humaira balik kampung bersama-sama opah dan atuknya.... pertama kali Jaja berpisah lama dengan baby Humaira.... untuk kebaikan anak, Jaja terpaksa berkorban.... Jaja belum dapat mencari pengasuh di tempat baru.... Hari sabtu yang lepas, Jaja baru berpindah ke rumah sewa yang berdekatan dengan pejabat Jaja.... Hampir sebulan Jaja bertugas di tempat baru....

Dalam masa sebulan, Humaira dijaga oleh mak mertua untuk sementara waktu.... Mak mertua Jaja ada kerja-kerja yang perlu dibereskan.... lagipun untuk berulang alik dari rumah mertua ke tempat kerja mengambil masa 1/2 jam perjalanan dan laluannya agak berbahaya kalau memandu sendirian..... jadi Jaja ambil keputusan untuk berpindah..... sementara mencari pengasuh, Humaira kena dok kampung dulu..... Jaja pun boleh berkemas-kemas barang-barang yang dibawa pindah (nak sedapkan hati..huhuhu)... ni gambar terakhir Humaira sebelum dia bertolak balik ke kampung pagi tadi....

Durian Oh Durian

Assalamualaikum.... musim durian telah tiba!!!.... rata-rata ditepi-tepi jalan ramai peniaga yang jual durian.... baunya Pehhh menyengat hidung.... ada yang 'hantu' durian dan agak jugak yang langsung tak suka durian..... Jaja dalam kategori sedang-sedang je.... sana-sini orang dok menyebut "Musang King".... macam-macam nama ada dalam kategori durian ni.... D24 la... Udang merah la (hahaha ntah betul ke tidak, Jaja hentam je)...

Semalam family Jaja dari kampung datang menziarah Jaja di tempat baru.... secara kebetulan sehari sebelum tu Jaja dah berpindah dari JB.... Ayah bawa banyakkkkk durian.... penuh boot kereta.... terperanjat Jaja... ada dalam 60 biji.... baunya je dah boleh buat sakit kepala..... Jaja agihkan kat jiran-jiran baru..... pastu Jaja dan keluarga pergi rumah mertua Jaja.... Diaorang ni memang 'hantu' durian.... gembiranya diaorang berpesta durian.... agak malang buat ayah mertua sebab dia tak boleh makan.... darah tinggi.... minggu lepas bacaannya dah 230.... Jaja kurang arif bab-bab penyakit darah tinggi ni....

Hari ni Jaja bawa ke pejabat untuk dikongsi dengan kawan-kawan... selain daripada durian, ayah Jaja bawakan cempedak dan manggis.... 2 jenis ni tak sebanyak durian.... cempedak 10 biji dan manggis 1/2 karung gula je.... Di kampung, ayah Jaja memang usahakan dusun buah-buahan.... Jaja kurang amik tahu hal ni sebab Jaja dibesarkan di sekolah berasrama..... yang ada dalam pengetahuan Jaja la, ayah Jaja ada 100 lebih pokok durian, 15 pokok rambutan, 5 pokok manggis, 10 pokok cempadak, 10 pokok nangka, 7 pokok mangga, 1 pokok durian belanda.... itu yang Jaja tau.... sebenarnya ada pelbagai lagi pokok-pokok buah yang Jaja malas nak tahu....

Ayah Jaja akan panjat setiap pokok durian untuk ikat buah durian supaya tak jatuh terus ke tanah... kiranya durian akan tergantung kalau gugur..... ayah buat macam tu sebab di dusun banyak kerbau kaki pendek (babi hutan)..... bayangkan 100++ pokok durian ayah Jaja panjat dalam usianya 66 tahun.... Ya Allah, selamatkanlah ayahku.... sebab tu bila ayah bawakan durian Jaja tak sampai hati nak tolak walaupun masa tu Jaja rasa nak muntah bila terbau 'wanginya' durian itu.....

Sesiapa yang ada darah tinggi tu, beringat ye.... cuaca sekarang ni tak menentu... jangan cari pasal... hehehehe...... adios...

ni je yang tinggal di dapur

                               cempedak yang telah selamat disedekahkan

                                                                manggis

Wednesday, July 11, 2012

Puri Labu

Assalamualaikum..... Jaja ada buatkan puri labu untuk baby Humaira.... Humaira suka puri labu ni sebab dia boleh habiskan kesemua puri ni.... Jaja buat setengah cawan je untuk sekali makan.... jom tengok cara-caranya melalui gambar... mudah dan ringkas.....

Buah Labu

Labu yang dipotong untuk sekali makan

dikupas kulit, dibasuh dan direbus sehingga lembut

tapis labu daripada air rebusan tadi

                                           labu yang lembut dilenyek/ditapis

puri labu yang telah siap

Mcdonalds... Free Coca Cola Glass

Assalamualaikum.... minggu ni minggu yang sibuk buat Jaja.... banyak keja kat pejabat mahupun rumah.... Insyallah Jaja akan berpindah ke rumah sewa yang baru hujung minggu ni..... letihnya, asyik berpindah je... pastu rumah sewa pulak bukan rumah sendiri....

Sabtu minggu lepas Jaja ada ke bandar untuk shopping sikit..... beli barang-barang basah.... dah penat shopping, Jaja dan family pergi makan Mcdonalds.... ohhh ada promo baru rupanya.... hampir 3 minggu Jaja tak sempat tonton TV.... mungkin Jaja dah terlepas pasal promo McD ni...... kebiasaannya akan ada iklan di TV.... Jaja memang suka simpan gelas-gelas ni.... promo yang lepas Jaja ada beli setiap satu 2 set.... tapi sayangnya ada 2 biji gelas yang dah pecah..... nanti ada kelapangan Jaja tempek gambar kolesi gelas McD yang Jaja telah kumpul.... sekarang ni semuanya dah siap di packing sebab nak pindah....hehehe

Promo kali ni terdiri daripada pelbagai 18 menu pilihan (pilih satu je ye) + kentang goreng + Minuman berkarbonat + Sundae atau McFlurry + 1 biji gelas sukan Olimpik... Ada McFlurry yang baru perisa Lime.... Jaja dah penah rasa Mcflurry Lime ni... ada Nata De Coco dalamnya... not bad....

Ada 6 jenis sukan yang boleh dijadikan koleksi bermula minggu lepas 6/7/2012.... Jaja bagi tarikh supaya mana-mana yang nak kumpul untuk jadikan koleksi tak terlepas ye....

6/7/2012 - Football - Grey - selesai (6/7/2012)
13/7/2012 - Cycling - Purple
20/7/2012 - Athletics - Green
27/7/2012 - Swimming - Blue
3/8/2012 - Gymnastics - Red
10/8/2012 - Basketball - Turqoise (klu x salah la)...

Satu perkara yang Jaja kurang senang bila beli burger di Mcd ni... asal boleh je terutama pasal sayur (salad).... tak pernah la Jaja dapat yang molek... Jaja tau mereka nak cepat siapkan setiap biji burger ... entah la, malas nak komen lagi.... layan gambo je la....

keterangan lanjut boleh layari http://www.mcdonalds.com.my/highlights/glass.asp

Jaja ambil set Big Mac... huduhnya rupa burger tu...

Humaira pun makan gak... bukan burger tapi puri labu

Friday, July 6, 2012

Cheesy Bites Steak Pizza di Pizza Hut

Assalamualaikum.... tiap-tiap hari Jaja dengar radio masa on the way ke pejabat atau balik rumah.... Jaja ada dengar iklan terbaru pasal menu di Pizza Hut.... menu steak.... teringin nak makan.... ingatkan promosi steak tu macam hidangan satu set ala-ala Chicken Chop.... rupanya hirisan daging yang dipanggang dan diletakkan diatas piza je.... dah sampai kat restoran, beli je la.... lupa pulak Jaja nak google  pasal menu steak Pizza Hut ni.... kesimpulannya, steak pizza ni sedap dan kejunya tidak memualkan (kalau cheese terlalu banyak akan memualkan).... layanan di restoran pun okey.... Jaja makan di Plaza Angsana, Johor Bahru.... Jom layan gambar....

promo dari Pizza Hut

Jaja order set Meaty Feast 1 (2 persons)


rupa sebenar piza...alahai


garlic breadstick, mushroom soup dan 7up revive


                                              potongan ke-2 untuk Jaja


                                                kesian Humaira terliur


Wednesday, July 4, 2012

My Alza Owner Club Gathering

Assalamualaikum.... semalam Jaja ada beritahu selepas pergi Jom Heboh dan service kereta, Jaja ada program lain sebelah malam.... ni la program yang Jaja katakan.... gathering untuk pemilik-pemilik kereta Perodua Alza pada 30 Jun 2012..... difahamkan sebanyak 90 buah pemilik kereta Alza akan turut serta dalam gathering ni.... wow banyaknya.... memang betul pun.... Lokasi untuk berkumpul ialah di Mc Donalds Setia Tropika, Johor Bahru, Johor.... Jaja dan keluarga sampai di situ pukul 7.50 malam.... Tempat tu dekat dengan rumah Jaja tapi kami bertolak lepas maghrib.....

Sampai je di sana hanya 6 buah kereta je yang ada.... pelik gak... kata banyak.... rupa-rupanya masing-masing yang tinggal di sekitar JB bertolak lepas maghrib... elok la tu... Solat kena ingat jugak... hehehe.... lebih kurang pukul 8.30 malam, banyak ahli kelab yang datang.... masa tu ramainya orang.... ahli-ahli kelab bukan datangnya dari Jb je tapi seluruh Johor.... ada yang dari Pontian, Muar, Ledang, Kota Tinggi, Batu Pahat dan lain-lain... yang sesat dari KL dan Selangor pun ada.... polis trafik pun ada.... Jaja difahamkan polis trafik akan membantu sepanjang konvoi ke Dataran Bandaraya Johor Bahru nanti....

Selesai je pendaftaran dan taklimat ringkas, tepat pukul 9.15 malam masing-masing mula bergerak secara konvoi ke dataran.... pertama kali Jaja sertai konvoi macam ni.... aspek keselamatan perlu dititikberatkan kerana jika berlakunya kemalangan, ianya akan melibatkan ramai pihak.... terima kasih kepada pihak polis yang sedia membantu mengawal lalu lintas sepanjang perjalanan ke dataran.... minta maaf la kepada pengguna jalan raya yang terpaksa berhenti untuk memberi laluan kepada kami..... Sampai je di dataran pada pukul 9.45 malam, majlis ringkas bermula.... aktiviti sukaneka dijalankan untuk mengeratkan silaturahim di antara ahli-ahli kelab.... di samping itu, ahli-ahli dan keluarga dijemput untuk menjamu selera... makanan dan minuman disediakan oleh pihak penganjur.... ada juga di antara ahli-ahli yang sudi bawa makanan.... lebih kurang macam pot luck la.... happening sangat.... ahli-ahli kelab semuanya sporting semasa acara kotak beracun dan jumbo stick.... Turut diadakan cabutan bertuah.... majlis berakhir pada pukul 12.30 malam.... ZZzzz.... Jom tengok gambar.....

                                         "JayBee Nite Kruzzer" nama gathering

Berkumpul di McD Setia Tropika

 Ahli-ahli kelab mula berkumpul

sempat lagi berposing

 masing-masing bersedia untuk berlepas

polis trafik yang bertugas

sesi berkonvoi

tiba di Dataran Bandaraya Johor Bahru

  Humaira ceria sebab ramainya orang

sebahagian pemandangan dari atas dataran