Assalamualaikum.... sayunya hati masa datang pejabat hari ni.... baby Humaira balik kampung bersama-sama opah dan atuknya.... pertama kali Jaja berpisah lama dengan baby Humaira.... untuk kebaikan anak, Jaja terpaksa berkorban.... Jaja belum dapat mencari pengasuh di tempat baru.... Hari sabtu yang lepas, Jaja baru berpindah ke rumah sewa yang berdekatan dengan pejabat Jaja.... Hampir sebulan Jaja bertugas di tempat baru....
Dalam masa sebulan, Humaira dijaga oleh mak mertua untuk sementara waktu.... Mak mertua Jaja ada kerja-kerja yang perlu dibereskan.... lagipun untuk berulang alik dari rumah mertua ke tempat kerja mengambil masa 1/2 jam perjalanan dan laluannya agak berbahaya kalau memandu sendirian..... jadi Jaja ambil keputusan untuk berpindah..... sementara mencari pengasuh, Humaira kena dok kampung dulu..... Jaja pun boleh berkemas-kemas barang-barang yang dibawa pindah (nak sedapkan hati..huhuhu)... ni gambar terakhir Humaira sebelum dia bertolak balik ke kampung pagi tadi....
"Bila Allah cepat makbulkan doamu, Maka DIA menyayangimu, Bila DIA lambat makbulkan doamu, Maka DIA ingin mengujimu, Bila DIA tidak makbulkan doamu, Maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu. Oleh itu, Sentiasalah bersangka baik pada ALLAH"
Showing posts with label Baby. Show all posts
Showing posts with label Baby. Show all posts
Monday, July 16, 2012
Wednesday, July 11, 2012
Puri Labu
Assalamualaikum..... Jaja ada buatkan puri labu untuk baby Humaira.... Humaira suka puri labu ni sebab dia boleh habiskan kesemua puri ni.... Jaja buat setengah cawan je untuk sekali makan.... jom tengok cara-caranya melalui gambar... mudah dan ringkas.....
labu yang lembut dilenyek/ditapis
Buah Labu
Labu yang dipotong untuk sekali makan
dikupas kulit, dibasuh dan direbus sehingga lembut
tapis labu daripada air rebusan tadi
labu yang lembut dilenyek/ditapis
puri labu yang telah siap
Wednesday, May 30, 2012
Puri Epal Makanan Pertama Humaira...
Assalamualaikum... gembiranya Jaja semalam kerana berpeluang menyuap makanan pertama untuk baby Humaira....i'm the first.... hahahaha.... teruja giler.... semalam Jaja buatkan Puri Epal... Jaja kasi 2 sudu besar je pada baby untuk permulaan.... suapan pertama, baby rasa pelik... agak payah nak terima.... suapan ke-2, baby dah mula menghisap sikit-sikit.... suapan ke-3, baby dah mula buka mulut bila sudu menyentuh bibir baby... good girl.... suapan ke-5, baby dah mula gigit sudu.... hahahaha....
Jaja banyak belajar pasal makanan pertama baby melalui group di Facebook.... lupa nama group tu.... nanti Jaja update nama group tu... banyak maklumat yang Jaja dapat.... dulu Jaja ingat kalau baby dah boleh makan (6 bulan), boleh buat bubur nasi yang telah dikisar halus.... rupa-rupanya kena mula dengan Puri.... masa check up hari Isnin lepas (28/5/2012), nurse sarankan untuk perkenalkan telur pada baby pada usianya 10 bulan sebab suntikan pada usia 12 bulan ada kandungan telur.....jika ada perubahan pada baby, contoh alahan ke, nurse nasihatkan terus ke unit kecemasan mana-mana hospital terdekat...
sekarang ni Jaja dah kerap cari apa-apa maklumat berkaitan dengan baby.... Jaja cuba buat sehabis baik untuk baby Humaira supaya Jaja tak menyesal kemudian hari.... jom tengok gambar di bawah....
Peralatan baby
1) Bib
2) Bekas Makanan (sudu, garfu, cawan, mangkuk)
Bekas makanan telah dirasmikan.... Buah Epal Fuji tu akan dibuat puri
1) Buah Epal di kupas kulit dan dipotong kecil-kecil
2) Direbus dengan sedikit air hingga lembut dan disejukkan
Buah Epal yang telah disejukkan untuk di kisar... Blender baru tu, istimewa untuk kisar makanan baby... hahahaha
Buah Epal yang telah di kisar halus
Kisaran Epal yang di tapis
Puri Epal yang telah siap

Suapan pertama Homemade Apple Puree

Saturday, May 26, 2012
Humaira kena HFMD?....
Assalamualaikum..... 3 Mei 2012 merupakan hari yang paling kalut dalam hidup Jaja setelah Humaira hadir ke dunia ni.... sebelah malam selepas Jaja susukan baby, Jaja terperasan ada bintat-binta merah pada jari dan tangan baby.... bintat berisi air.... sekarang ni kecoh pasal penyakit Kuku, Tangan dan Mulut (HFMD)... ada lebih kurang 10 bintat.... esoknya 4 Mei 2012 Jaja amik cuti kecemasan sebab nak bawa baby ke klinik untuk dapatkan rawatan.... pertama kali Jaja ambil cuti selama berkhidmat di Putrajaya.... huhuhu... Kesihatan anak punya pasal, Jaja rela....
Jaja dapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Presint 11, Putrajaya..... mula-mula Jaja ke Bilik D (anak).... pastu di suruh ke Bilik A (Pesakit Luar).....nurse di bahagian pesakit luar ada tengok jari baby dan minta Jaja ke Bilik C (Kes Susulan) bersama-sama kad yang ada catatan HFMD...... sampai di Bilik C, ada seorang wanita bersama anak perempuan yang berumur lebih kurang 2 tahun.... sambil tunggu turn, Jaja bergurau senda dengan baby.... nurse datang dan ambil kad baby.... bila terbaca HFMD, nurse tanya "sapa yang kena HFMD ni?".... Jaja cakap "baby saya yang kena tapi saya kurang pasti".... secara spontan, wanita yang bersama anak perempuan bangun, jauhkan diri dari Jaja.... Jaja rasa malu.... Jaja tau penyakit ni berjangkit tapi jangan la buat Jaja dan baby macam tu..... bila nurse belek-belek jari dan tangan baby, nurse cakap "rasanya ni bukan HFMD, tapi takpe la kita jumpa doctor ye"..... baru PEREMPUAN tu duduk balik di kerusi yang disediakan..... malunya Jaja......
Jaja ingatkan diri Jaja.... jangan buat seperti mana PEREMPUAN tu buat.... kena guna cara berhemah andai kata nak jauhkan diri supaya tak tersinggung perasaan orang lain.... satu lagi pengajaran yang amat berharga Jaja dapat untuk teruskan hidup....
Jumpa doctor, doctor beritahu ni bukan HFMD.... mungkin baby alahan atau kena gigit something.... lega rasanya...... doctor tak beri ubat krim sebab baby sekarang ni mengigit jari dan tangannya.... ok la...
Sama tapi tak serupa
Assalamualaikum.... Jaja ada mencari-cari gambar di internet.... dan terjumpa satu gambar ni.... eh, hampir sama la dengan gambar yang Jaja tangkap..... betul kan, hampir sama kan?.... hahahaha.....
gambar dari internet
gambar baby Humaira
mereka ni pandai meniarap je.... dah letih, nangis kuat-kuat sebab tak pandai nak terlentang balik..... hahahaha.....
gambar dari internet
gambar baby Humaira
mereka ni pandai meniarap je.... dah letih, nangis kuat-kuat sebab tak pandai nak terlentang balik..... hahahaha.....
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)