"Bila Allah cepat makbulkan doamu, Maka DIA menyayangimu, Bila DIA lambat makbulkan doamu, Maka DIA ingin mengujimu, Bila DIA tidak makbulkan doamu, Maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu. Oleh itu, Sentiasalah bersangka baik pada ALLAH"
Friday, August 17, 2012
Selamat Hari Raya
Assalamualaikum.... hari ni hari terakhir Jaja kerja.... esok dah mula cuti raya... yahooo... Jaja cuti selama seminggu.....harap-harap bersemangat bila naik kerja nanti... Insyallah.... Jaja balik ke rumah mertua sebelum buka puasa nanti....
Tahun ni Jaja beraya di kampung suami di Johor...next year giliran kampung Jaja... lambatnya nak tunggu... huhuhuhu....
tahun ni merupakan kali ke-2 Jaja beraya di Johor.... suasana memang berbeza dari tempat Jaja... meriahnya sebab suami Jaja ramai adik-beradik...14 orang... walaupun tak semua dapat berkumpul masa raya, yang ada pun dah cukup meriah.... mmmm ada giliran nak bersalaman dengan mak ayah mertua....dari anak pertama hingga bongsu diikuti oleh cucu sulong dan terakhir cucu bongsu.... disebabkan baby Humaira cucu bongsu, Jaja kena beratur belakang sekali... huhuhuh....
Di kampung suami, lepas solat raya ada marhaban dari rumah ke rumah.... satu perkara baru buat diri Jaja....Jaja dapat pengalaman baru, itupun sebab mak mertua ajak... kalau tidak, memang Jaja tak tau ada marhaban ni... tahun ni insyallah Jaja akan ikut marhaban lagi.... bersama si kecik Humaira..... mesti dia dapat duit raya banyak.... hahaha....
Bab makanan, memang berbeza sikit dengan kampung Jaja di utara.... Di utara terkenal dengan ketupat palas... nasi impit atau ketupat nasi ada, tapi tak sepopular ketupat palas..... di Johor, ketupat palas dipanggil lepat... Jaja ingat lepat tu macam lepat pisang...bila tengok bendanya, rupa-rupanya ketupat palas.... makanan yang wajib ada di rumah mertua Jaja ialah --> ayam masak ketumbar, rendang tok, sambal kacang, sayur lodeh, ketupat nasi..... biras Jaja, kak ngah pandai masak rendang tok... tiap-tiap tahun dia kena ambil kontrak masak rendang tok bersama kuncu-kuncunya....
Di kesempatan ini, Jaja ingin memohon ampun dan maaf selama Jaja berada di dunia blog.... mungkin ada tulisan Jaja yang menyinggung hati secara Jaja tak sedar... Jaja ucapakan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.... yang pulang ke kampung halaman, hati-hati memandu....
MAKAN ROTI DENGAN SEKAYA, SELAMAT HARI RAYA
Tuesday, August 14, 2012
Raya dah makin dekat
Assalamualaikum.... Sabtu lepas Jaja keluar jalan-jalan ke Aeon Tebrau, JB (dulu nama Jaya Jusco (JJ), pastu Jusco).... saja jalan-jalan habiskan duit bonus....hahahaha...... 1 je tujuan Jaja ke sana... nak beli Safety Gate untuk keselamatan baby Humaira di rumah.... tapi hampeh... lain yang di cari lain yang dibeli (Jaja dah agak sejak dari rumah lagi).... hahahaha...itu yang suami Jaja malas nak bawa Jaja pergi jalan-jalan.... hahahaha.....
Jaja berbuka puasa di Kenny Roger Roaster... wow dah mahal sekarang ni... dulu-dulu, makan berdua dalam RM40-50.... tapi sabtu lepas makan berdua dah RM88.90..... menu tetap sama plus sepingan spagetti je..... huhuhuhu... pas ni bocor la poket nak makan sini lagi.... dulu, setiap 2 bulan sekali Jaja berkunjung ke restoran ni.... pas ni mungkin setahun 2x je kot... hehehehe.....
Paling best jalan-jalan kali ni suami Jaja belikan barang yang Jaja idam-idamkan... Oven.... Jaja dah lama teringin nak beli oven... bukan nak buat kuih raya tapi nak buat roti.... ni semua gara-gara terpengaruh tengok rakan-rakan blogger semua 'meroti'.... pas ni Jaja pun nak join the club la nak meroti pulak.... tapi Jaja budak baru belajar.... mesti roti pertama Jaja liat & keras dan boleh dibuat hiasan bukan dimakan... hahahaha..... semalam suami Jaja dah bising bila nak rasmi oven tu.... belum beli asyik minta je... dah beli tak kan tersadai je kot?.... hahahaha....nanti bila Jaja dah rasmi oven tu, Jaja post kat blog ye.... tunggu....
ramainya orang di Aeon... mungkin ada yang masih mencari barang-barang keperluan raya disaat-saat akhir... pelbagai kaum dan lapisan umur ada.... lagu raya berkumandang di sana sini... terasa raya dah makin dekat... padahal Jaja rasa macam baru je mula berpuasa.... cepatkan masa berlalu?.....
Sejak Jaja dah ada baby, datang je shopping mall Jaja terpaksa menggunakan lif untuk ke tingkat atas... bosannya tunggu lif.... Jaja lebih selesa guna eskalator.... tapi memandangkan Jaja bawa baby dalam stroller, terpaksa guna lif untuk keselamatan.... Jaja tengok ramai yang bawa troli dan stroller guna lif dan ramai juga yang berlenggang kangkung pun sama berebut nak guna lif.... please la warga Malaysian, prihatin la pada orang-orang yang memerlukan perkhidmatan lif... awak tu segar bugar elok molek guna la eskalator... bukannya suruh naik tangga atau merangkak...grrr

hidangan untuk Jaja
hidangan untuk suami Jaja
hidangan tambahan, (tak sedap, rosemary byk... bau kayu)
hidangan berharga RM88.90
penat berjalan... duduk sebentar
barang yang diidamkan.. hehehe
Coklat Cornflake Badam
Assalamualaikum... cuti ahad lepas Jaja ada buat kuih raya.... Jaja buat yang senang je... yang tak guna tepung.... kalau ada anak kecik memang payah nak buat kuih raya... ni pengalaman pertama Jaja bersama-sama si kecik Humaira... semua barang dia nak capai, nak pegang..... letak dalam stroller lagi pantas tangan dia mencapai.... penat dan kelam kabut Jaja... mana nak selamat kuih raya dan mana nak selamat si kecik.... huhuhu.....
Bahan-bahan
Cornflake
Badam
Cawan kertas
Coklat urai
Coklat masakan
Cara-caranya : -
1) Badam disangai dalam kuali. kalau ada oven, bakar je.
2) Racik badam ikut saiz keinginan masing-masing. ketepikan.
3) Dalam bekas lain, ramas cornflake menjadi saiz kecik. Jangan sampai hancur ye.
4) Masukkan badam ke dalam bekas cornflake dan gaul bagi serata.
5) Susun cawan kertas di atas dulang.
6) Dalam periuk kecil, masukkan coklat masakan. Panaskan periuk yang berisi coklat menggunakan kaedah double boil (boleh rujuk gambar dibawah)
7) Masukkan cornflake yang telah digaul dengan badam ke dalam mangkuk kecil. (Buat dalam kuantiti yang sikit sebab coklat cepat mengeras). Masukkan 3 sudu coklat yang telah dicairkan ke dalam bekas kecil cornflake (ikut banyak mana cornflake yang kita masukkan tadi). Gaul hingga seluruh cornflake dan badam ditutupi coklat.
8) Sudukan sedikit coklat cornflake ke dalam cawan kertas. Hias dengan coklat urai.
9) Biarkan coklat cornflake menjadi keras dan masukkan ke dalam balang kosong.
10) Siap.
ulang sehingga cornflake dan coklat masakan habis.

bahan-bahan
badam di sangai
badam di racik
cornflake di ramas menjadi kecil
badam di campur dengan cornflake
badam dan cornflake digaul sebati
cawan kertas di susun di atas dulang
coklat masakan dicarikan dgn kaedah 'double boil'
dlm mangkuk kecil, campur cornflake, badam dan coklat
gaul hingga rata (kuantiti sikit je)
coklat cornflake
Cempedak Goreng
Assalamualaikum..... masa Jaja balik kampung tempohari, buah cempedak di kampung Jaja masih banyak.... Jaja bawa balik sikit untuk makan sekeluarga.... tak boleh bawa lebih sebab kereta dah full.... kalau hari tu beria-ria shopping kat kelantan, rasanya ada yang kena balik naik bas.... hahahaha....
Jaja buat cempadak goreng guna tepung segera je.... jom tengok di bawah...
Bahan-bahan
Satu cawan Tepung goreng Adabi
3 sudu besar Tepung Beras
Garam
Air
Minyak
Cara-caranya :-
1) Belah buah cempedak dan keluarkan isinya. ketepikan.
2) Masukkan tepung goreng Adabi ke dalam bekas.
3) Campur tepung beras dan sedikit garam.
4) Masukkan air secukupnya. Jangan cair ye nanti tak melekat dengan buah cempedak nanti.
5) Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana. Api jangan kecik, nanti tepung serap minyak banyak.
6) Celup cempedak ke dalam adunan tepung dan goreng dalam minyak yang panas hingga kekuningan. toskan.
7) Sedia untuk dihidangkan.

buah cempedak
adunan tepung
cempedak yang tengah digoreng
cempedak goreng
Buah tangan dari pembekal
Assalamualaikum.... Jaja dapat buah tangan dari pembekal.... ini bukan rasuah ye.... bos Jaja dah declare buah tangan ni.... so seluruh pejabat dapat sorang satu.... terima kasih ye pembekal....
bekasnya cantik.... isinya serunding daging..... mmmm ingat nak buat popia simpul la kalau ada kesempatan....
bekas tin yang cantik
isinya serunding daging
Gelas terakhir.... dah lengkap
Assalamualaikum.... semalam Jaja berbuka puasa di Mcd... Jaja nak dapatkan gelas yang terakhir.... Alhamdulillah dapat kumpulkan 6 gelas yang ditawarkan.... pasni tak payah sibuk-sibuk nak ke mcd lagi.... hura hara hidup suami Jaja gara-gara Jaja nak kumpul gelas ni.... dia layankan saja perangai Jaja..... hahahaha....
6/7/2012 - Football - Grey - selesai (6/7/2012)
13/7/2012 - Cycling - Purple - selesai (16/7/2012)
20/7/2012 - Athletics - Green - selesai (19/7/2012)
27/7/2012 - Swimming - Blue - selesai (28/7/2012)
3/8/2012 - Gymnastics – Red – selesai (7/8/2012)
10/8/2012 - Basketball – Aqua - selesai (13/8/2012)
ni Jaja nak tunjukkan set lengkap ke enam2 gelas yang Jaja dah kumpul bermula awal Julai lalu....
gelas ke - 6

3/8/2012 - Gymnastics – Red

Friday, August 10, 2012
Update banking profile konon... nak menipu la tu...
Assalamualaikum.... dunia sekarang ni semuanya pakai duit... ramai yang sanggup buat apa kerana duit.... tadi Jaja dapat email pasal penipuan sistem perbankan melalui internet.... asal boleh je diaorang ni nak menipu.... ni Jaja copy paste email penipu tu...
Thursday, August 9, 2012 2:54
AM
Nampak sangat ni email menipu sebab Jaja tak pernah ada akaun di Hong Leong Bank.... hahahaha ... kawan-kawan lain hati-hati ye...
Update Your Online Banking Profle System.
To:
undisclosed-recipients
Dear Valued Hong Leong Customer,
You have received a new message from Hong Leong Security Centre about the new
security upgrade of Hong Leong internet banking system. We strongly advice that you LOGIN into your
account in order to have your security details updated on our servers.
Thank You For Your Co-operation,
Hong Leong Bank Berhad.
Nampak sangat ni email menipu sebab Jaja tak pernah ada akaun di Hong Leong Bank.... hahahaha ... kawan-kawan lain hati-hati ye...
Thursday, August 9, 2012
Sambal tumis petai udang dan bilis
Assalamualaikum.... balik dari pejabat semalam, Jaja ada semangat untuk memasak walaupun sebenarnya dah tapau beberapa lauk di gerai berhampiran pejabat Jaja.... tiba-tiba je teringin nak makan sambal tumis ikan bilis.... dengan pantas Jaja ke dapur tengok cukup tak bahan-bahan nak buat sambal sebab jam dah menunjukkan pukul 6.00 petang....masa balik kampung hari tu, Jaja ada beli petai.... campur sekali la dalam sambal nanti... Suami Jaja tak makan petai... biarkan dia...hahahaha....
Sambil merebus cili kering, Jaja belek-belek beberapa 'tukun' yang dah lama tersimpan dalam peti ais... hahahaha..... wajib dah masuk ke dalam tong sampah.... ok, jom tengok resepi...
Bahan-bahan
4 sudu pes Cili kering
1 1/2 inci Belacan
2 biji Bawang besar - kisar
3 ulas Bawang putih - kisar
1 biji Bawang besar - potong bulat
air asam jawa
3 papan petai
Ikan bilis
udang
gula
garam
Cara-caranya :-
1) gunting cili kering serong-serong dan rebus seketika. bilas dan toskan.
2) Kisar 2 biji bawang besar dan putih. ketepikan.
3) Kisar cili kering bersama belacan hingga halus. ketepikan.
4) Panaskan minyak di dalam kuali. tumis bawang hingga naik bau harum.
5) Masukkan cili kering yang telah dijadikan pes. tumis hingga garing.
6) Setelah garing, masukkan air asam jawa, sedikit gula dan garam.
7) Jika pekat, tambah sedikit air mengikut berapa banyak kuah yang kita nak.
8) Masukkan petai. biarkan petai lembut.
9) Masukkan ikan bilis dan kacau hingga serata.
10) Masukkan udang. kacau hingga udang masak. (Jangan terlalu lama nanti udang keras).
11) Masukkan bawang besar yang dipotong bulat.
12) Siap dan boleh dihidangkan.

sambal tumis petai udang & bilis

Wednesday, August 8, 2012
Murtabak Mee Segera
Assalamualaikum.... semalam sahur (Isnin) Jaja masak murtabak mee segera (meggie)... Jaja tinggal sorang-sorang malas nak masak yang berat-berat... ramai dah mencuba resepi murtabak ni... dan ada pelbagai cara atau bahan-bahan yang digunakan mengikut kretiviti dan citarasa masing-masing.... Jaja buat yang ringkas saja dan guna bahan-bahan yang ada dalam peti sejuk.... subuh-subuh gajah tak kan nak pergi kedai... kedai pun takde yang buka....hehehe... selalunya Jaja guna mee segera perisa kari jenama Maggi tapi kali ni Jaja guna mee segera kari jenama Mee Sedap... hahaha terpengaruh dengan iklan... Bagi Jaja kurang sedap... Maggi Kari tetap no. 1... hahaha....
Bahan-bahan
1 bungkus Mee Segera perisa Kari
3 tangkai Cili Api
1 batang sosej ayam
Lobak merah
1 biji telur Gred A
Air
Minyak masak
Mayonis
Sos Cili
Cara-caranya :
1) rebus mee segera hingga lembut. toskan
2) celur sekejap sosej dan toskan.
3) hiris cili api, lobak merah dan sosej mengikut bentuk kesukaan.
4) Masukkan mee segera ke dalam mangkuk. Masukkan cili api, lobak merah, sosej, serbuk perisa kari mee segera.
5) Pecahkan telur ke dalam mee segera. Gaul hingga sebati (pastikan semua bahagian mee segera bersalut dengan telur)
6) Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Masukkan mee segera tadi. tekan macam buat lempeng.
7) Bila 1 bahagian dah masak, alih ke bahagian yang belum masak. (macam buat telur dadar)
8) Siap dan boleh disajikan dengan sos cili dan mayonis.

mee segera, telur, cili api, lobak merah & sosej
mee segera direbus hingga lembut
mee segera yang dah lembut ditoskan
campurkan semua bahan-bahan ke dlm mee segera
gaul hingga sebati
murtabak mee segera yang telah siap digoreng
dihias dengan sos cili dan mayonis
Gelas ke-5
Assalamualaikum.... semalam Jaja berbuka puasa di Mcd... nak kumpul gelas punya pasal.. hahaha... Jaja dah dapat gelas ke-5.... dalam promo tulis merah... tpi bila dapat, kat kotak tulis pink.... tak kisah la merah ke pink... yang penting Jaja dapat gelas mengikut urutan.... semalam Jaja dapat berbuka puasa dengan suami Jaja...
untuk makluman semua, bukan hari-hari Jaja dapat berbuka puasa bersama suami... haaaa, jangan pikir lain ye!... Jaja satu-satunya isteri dia tau.... suami Jaja bertugas menjaga keselamatan negara.... ada masanya turn dia kena duty.... Duty tu maknanya dia akan bertugas di tempat kerja 24 jam jadi hari berkenaan dia tak akan balik ke rumah....
ok balik semua citer pasal gelas.... tinggal satu je lagi gelas yang akan Jaja kumpul... so sesiapa yang kumpul gelas macam Jaja dan belum dapat gelas berwarna pink, cepat-cepat berkunjung ke restoren Mcd berhampiran ye.....
6/7/2012 - Football - Grey - selesai (6/7/2012)
13/7/2012 - Cycling - Purple - selesai (16/7/2012)
20/7/2012 - Athletics - Green - selesai (19/7/2012)
27/7/2012 - Swimming - Blue - selesai (28/7/2012)
3/8/2012 - Gymnastics – Red – selesai (7/8/2012)
10/8/2012 - Basketball – Dark Green

gelas ke-5
6/7/2012 - Football - Grey - selesai (6/7/2012)
13/7/2012 - Cycling - Purple - selesai (16/7/2012)
20/7/2012 - Athletics - Green - selesai (19/7/2012)
27/7/2012 - Swimming - Blue - selesai (28/7/2012)
3/8/2012 - Gymnastics – Red
10/8/2012 - Basketball – Dark Green
Tuesday, August 7, 2012
Bubur Lambuk?
Assalamualaikum... Jaja ada terima bubur lambuk pada ahad lepas.... entah siapa yang sedekah pun tak tahu sebab bubur tu disangkut pada gate depan rumah Jaja.... masa tu Jaja baru je sampai dari kampung.... tengok pagar jiran sebelah pun ada jugak... so bubur lambuk ni baru diletak je la... takut gak kalau-kalau semalam (sabtu) punya.....
Entah macam mana Jaja terpicit plastik bubur lambuk tu.... pasal apa keras semacam ni?... ada terpikir benda-benda yang buruk... hehehe..... belek punya belek baru Jaja tau apa yang keras.... rupa-rupanya batang serai.... agak-agak la kalau nak letak pun, jangan la sampai macam tu sekali.... hahahaha.... masa ceduk masuk dalam plastik takkan tak perasan... hehehe... jom tengok gambar macam mana rupa batang serai tu... warna kuning paling bawah plastik bubur ye....hehehe

panjang sampai penuh 1 plastik...hehehe
Jalan - Jalan ke Kelantan
Assalamualaikum.... Dah lama Jaja tak update blog Jaja... sekarang ni tengah ada semangat untuk update walaupun kerja kat pejabat bertimbun timbun.... nak update kat rumah, internet slow giler... menyesal pakai Maxis broadband....takde 3G.... tapi itu satu-satunya perkhidmatan internet yang ada di kawasan rumah Jaja... ulunya tempat tinggal ku...huhuhu.... rindunya pada P1Wimax...
Jumaat lepas dan semalam (Isnin) Jaja amik cuti... Jaja balik kampung... rindu pada baby Humaira... Jaja balik kampung bersama suami, ayah dan mak mertua Jaja.... tujuan balik kampung sebab nak bawa balik baby Humaira ke Johor.... Jaja dah ada pengasuh.... so Pah Ani (mak Jaja) tak payah lagi jaga baby Humaira...... huhuhu
Hari Sabtu (4/8/2012) kami sekeluarga (Jaja, suami, baby, mak & ayah, mak & ayah mertua) gi jalan-jalan makan angin ke Kelantan.... giler apa time posa-posa gi jalan-jalan... hahahaha... saja Jaja nak bawa mak & ayah mertua gi ke sana walaupun mereka dah pernah pergi... tapi itu dulu dan ini sekarang.... hahaha.... Kami bergerak dari Grik, Perak ke Rantau Panjang dan Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu.... banyak perubahan dah berlaku di negeri Kelantan.... Jaja ingat masa dulu-dulu, barangan di Kelantan murah-murah (banyak barang siam)... tapi sekarang ni sorry to say mahal giler.... tak shopping pun takpe..... Ramai yang cakap kalau ada orang klate dalam group kita, kita akan dapat tawar harga murah.... itu dulu... tapi sekarang ni orang klate sendiri pun kalau tawar dapat harga yang sama dengan orang luar (pelancong)...
Contoh mak mertua Jaja nak beli baju kelawar batik (baju tidur)... harga asal RM25.. tawar-tawar dapat RM23... tawar lagi, last dapat RM20..... mak mertua cakap masih mahal... sambil tu dia dok belek-belek kain batik... datang orang tempatan (orang kelantan) siap 'kecek kelate' dapat harga RM23... tawar-tawar last dapat RM20 gak....
Tahun lepas raya 2011 Jaja beli pengukus di Bukit Bunga, Kelantan yang saiznya 48CM... harganya RM85... tawar-tawar dapat RM78.... kali ni mak mertua beli pengukus 30cm di Rantau Panjang harganya selepas ditawar RM57... jauh beza....
Jaja ingat nak shopping sakan bila ke kelantan...barang mahal baik Jaja simpan duit buat shopping kat Vietnam nanti.... jangan marah ye orang kelantan... ni teguran ikhlas.... kalau barang harga murah, percaya la, pelancong akan bertambah dan berbelanja setiap tahun... kalau setakat pelancong bertambah tapi sayang nak keluar duit berbelanja, tak ok jugak.... Jaja ingat nak beli banyak barang-barang dan berniaga online... rupanya hasrat ku terbantut lagi....

Dari Grik melalui Tasik Banding
singgah di Hentian Banjaran Titiwangsa
Di hadapan Pasar Besar Rantau Panjang
Di dalam Pasar Siti Khadijah
Subscribe to:
Posts (Atom)