Wednesday, November 21, 2012

Rindunya pada Putrajaya....

Assalamualaikum..... malam ni Jaja keluarkan dan kemas sikit-sikt barang yang masih dalam kotak walapun dah 3 bulan pindah ke rumah ni..... takde mood nak kemas sebab hati Jaja terdetik yang Jaja tak akan lama menetap di sini.... hidup macam zaman neo pulak... berpindah randah..... apa boleh buat... saya yang menurut perintah.... huhuhu.....

Dalam dok punggah pelbagai kotak, Jaja terperasan yang kotak-kotak dari Putrajaya pun Jaja tak buka lagi.... tiba-tiba hati Jaja rasa sayu bila teringatkan Putrajaya.... huhuhu.... sedihnya....

Ok, Jaja nak flashback balik kenangan Jaja di Putrajaya.....

Duluuuu.... Jaja tinggal di Presint 11E... Pangsapuri Putra Damai.... Blok A tingkat 10.... kat situ ada 3 buah apartment 16 tingkat dan 4 buah apartment 5 tingkat.... Kebiasaannya pagi-pagi Jaja naik bas ke pejabat kecuali hari Jumaat dan tarikh check up baby Humaira... tak payah risau, bas Nadiputra banyak dan silih berganti.... tak perlu tunggu lama.... selalunya Jaja akan naik bas no. 400 untuk sampai ke Komplek E.... tambang 50 sen je sehala.... pergi balik RM1.00 sehari.... hari Jumaat Jaja tak naik bas sebab lepas habis kerja, Jaja nak ke Pasar Malam di Presint 2.... Nak beli barang-barang basah dan sayur untuk stok seminggu, leceh kalau naik bas.....

Jaja bekerja di Komplek E.... bangunan mana dan kementerian apa rasanya tak perlu la Jaja cerita.... tak penting pun kan.... yang perlu tahu ialah Jaja adalah salah seorang kakitangan awam yang mengalas amanah rakyat Malaysia.... Jaja bertugas di unit Sumber Manusia.... tingkat 12....rasanya seumur hidup kot Jaja bergelumang dengan sumber manusia ni... dulu di syarikat swasta pun Jaja ditempatkan di Human Resource Deparment.... masuk gomen pun masih lagi di Sumber Manusia.... dan sekarang di tempat baru pun masih lagi berkaitan dengan sumber manusia..... nasib la....

kadang-kadang lepas waktu bekerja, Jaja akan ke Alamanda..... Alamanda shopping mall betul -betul terletak di belakang pejabat Jaja bekerja.... berjalan dalam 500 meter dah sampai pun pintu masuk Alamanda yang penuh dengan pokok buluh hiasan.....  Jaja ke Alamanda bila ada keperluan penting je.... contoh : nak cucuk duit, nak bayar bil maxis, nak ke pejabat pos, watson dan Carrefour.... Jaja masa tinggal di Putrajaya terpaksa berjimat cermat sehabis mungkin sebab masa tu suami Jaja tinggal di Johor Bahru..... banyak duit nak pakai bila duduk berasingan.....terpaksa Jaja duduk berasingan sekejap kerana tuntutan kerja.... di Putrajaya,  Jaja tinggal bersama-sama dengan baby Humaira dan emak Jaja..... Kadang-kadang ayah Jaja datang melawat begitu juga dengan suami Jaja.... Selalunya Jaja shopping di Mydin yang terletak di Jalan Diplomatik, Presint 15.....

Waktu rehat, Jaja selalunya makan atau tapau makanan di kafeteria di bangunan E7, Kementerian Kesihatan Malaysia bersebelahan dengan taska.... sekali sekala je Jaja makan tengahari dekat Anjung.... pelbagai pilihan makanan di sajikan.... kita cuma sediakan duit je.... bagi Jaja, harga makanan berpatutan dan tak mahal.... setiap hari Khamis dan Jumaat akan diadakan jualan barangan di hadapan kafeteria E7.... fuhhh rambang mata.... selalunya Jaja cuci mata je.... teringin jugak nak membeli tapi fikirkan poket bocor, diam-diam je la...hahahaha... ok la, jom tengok gambar.... gambar yang Jaja ambil semua pada hari terakhir Jaja bekerja di Putrajaya.... sedihnya....

pemandangan waktu malam di kawasan Presint 11E

gambar di ambil dari ketinggian 10 tingkat

damainya suasana

Pangsapuri Putra Damai

pintu masuk rumah

keadaan dalam rumah selepas mengangkat barang
untuk berpindah ke Kota Tinggi, Johor

perhentian bas  yang Jaja selalu tunggu bas untuk balik

pintu masuk Komplek E

Kafeteria E7, KKM

jualan di hadapan kafeteria E7

lif ke tingkat Jaja bertugas

kawasan luar pejabat Jaja

tanda nama di pintu bilik Jaja

meja untuk Jaja bekerja

tikat bas terakhir

tiket ERL terakhir sebelum ke Johor

last train yang Jaja naik

stesen ERL Putrajaya
JPA Mines, tempat Jaja menduduki peperiksaan

No comments:

Post a Comment