Thursday, January 1, 2015

Selamat Datang 2015.. Selamat tinggal 2014

Assalamualaikum dan selamat tengahari...

 Hari ni 1.1.2015... Permulaan hari untuk tahun baru kalendar omputih.. Hari ni Jaja bekerja sebab kerajaan Johor tidak mengambil Tahun Baru sebagai cuti umum.. Azam??? dah buat masa Tahun Baru Islam tempohari dan sekarang dalam misi melaksanakannya tapi seperti tahun -tahun sebelumnya tidak semua tertunai... :)..

 Jaja mengharapkan tahun ini kegembiraan, kebahagiaan mewarnai kehidupan Jaja sekeluarga.. Selamat Tahun Baru untuk semua..


Tuesday, December 16, 2014

Sandwich Sardine

Assalamualaikum dan Selamat Tengahari...

Pagi tadi Jaja bangun awal, pukul 4.45 pagi dah terjaga.. lepas tu tak boleh nak tidur lagi... sambil golek-golek dok terpikir nak buat sarapan apa ye pagi ni?.. banyak lagi masa sebelum nak g opis ni...

Teringat ada roti putih dan sardin kat dapur.. buat sandwich sardine la... tadaaa dah siap pun sandwich sardine Jaja... ringkas tanpa sayur...

Bahan-bahan :-
Roti Putih
Ikan Sardin tin
1 biji Limau kasturi
1 biji bawang besar (Hiris dadu/kasar)
secubit garam
marjerin

Cara-Caranya :-
1) Sapu marjerin pada roti putih. Ketepikan
2) Tuangkan ikan sardin dalam kuali. Biarkan mendidih. Hancurkan isi ikan tersebut mengikut citarasa sendiri. (kadang ada yg suka isi hancur, kadang ada yg suka isi kasar2)
3) Masukkan secubit garam dan kacau. Tutup api dan sejukkan.
4) Masukkan bawang besar ke dalam mangkuk yang berisi ikan sardin, perahkan limau kasturi. Gaul sebati.
5) Sapukan inti sardin pada roti. Siap

Roti putih yang telah disapu dgn marjerin dan inti


Sandwich Sardine

Sunday, December 14, 2014

Rindunya pada blog

Assalamualaikum...

Lamanya tak update blog, rindu sangat-sangat... hurmmm laptop kat umah dah kondem, belum dapat beli baru.. ada niat nak beli tapi duit asyik ke mana-mana je,  tak nak lekat... takpe, Jaja jadikan ia satu azam untuk tahun 2015... Amin

Monday, June 30, 2014

adoiii bersawangnya blog aku ni

Assalamualaikum dan selamat tengahari,

Jenuh nak mengemas blog ni yang penuh dengan sawang. haaacooomm... :) Sejak laptop kondem, agak susah untuk Jaja nak update blog. After this, I will try my best to update my blog. :)

Sunday, February 24, 2013

Jom makan Steamboat & Grill

Assalamualaikum.... fuhhh bersawang blog Jaja ni... last entry masa birthday baby Humaira... dekat 2 bulan lebih dah tak update blog....

Sekarang ni Jaja ada aktiviti baru iaitu Jalan-jalan cari makan.... Jaja gemarkan makanan di restoran Steamboat and Grill..... dah 3 restoran Jaja dan family pergi.... setiap restoran ada keistimewaanya..... sesiapa yang tinggal di kawasan Johor Bahru boleh la mencuba ye.... gambar 1) Malay 2) Lagi Best 3) Tom's....

























             
                   
                   












































ok kat sini Jaja kongsikan maklumat restoran-restoran tersebut supaya kawan-kawan senang nak pergi sana... kalau boleh buat tempahan terlebih dahulu terutama kalau nak pergi makan pada hari Jumaat malam, sabtu dan ahad sebab selalunya fully booked.... Jaja selalu rekemen pada kawan-kawan pejabat Jaja kalau Jaja try mana-mana restoran...

Setelah mencuba ketiga-tiga restoran, Jaja dan family berpuas hati terhadap makanan di Tom's Steamboat and Grill.... ini pandangan peribadi Jaja... lain orang lain citarasanya ye...

Malay Steamboat and BBQ
Alamat : 45, Jalan Sri Putra 1, Jalan Bandar Putra, 81000 Kulaijaya, Johor (Berhadapan Hospital Kulai, sebaris dengan Hotel U & Me)
Tel : 013-7073980
Harga : Dewasa RM17.00, Kanak-kanak (6-12 Tahun) RM10.00

Lagi Best BBQ & Steamboat
Alamat : 31, Jalan Sasa 5, Taman Gaya, 81800 Ulu Tiram, Johor (corner lot berhampiran Old Town White Coffee)
Tel : 07-8614725 / 017-7099914
Fb : Lagi Best BBQ & Steamboat
Waktu Operasi : 4.30 petang - 11.30 Malam
Harga : Dewasa RM19.50, Kanak-kanak (5-12 Tahun) RM9.00, Warga Emas (60 Tahun) / OKU RM10.00

Tom's Steamboat and Grill
Alamat : No. 23, Jalan Harmonium 35/3, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor (Rumah kedai di belakang Aeon Jusco Tebrau)
Tel : 016-7807486
Fb : Tom's Steamboat & Grill
Harga : Dewasa RM 20 (Promosi Februari 2013 - RM18.50) Kanak-kanak (8-12 Tahun) RM9.00
Waktu Operasi : 5.00 petang - 12.00 Malam, Tutup - Isnin

Sunday, December 2, 2012

Selamat Hari Lahir Humaira

Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Humaira, Allah selamatkan kamu....



Assalamualaikum... hari ni merupakan ulangtahun kelahiran pertama buat baby Humaira..... Ibu doakan supaya Humaira menjadi anak yang solehah, bijak pandai dan brjaya di dunia dan akhirat.... ibu sayang Humaira

Humaira dilahirkan pada 02 Disember 2011, pukul 10.53 malam di Hospital Ampang, Selangor dengan berat 2.73kg...



Tuesday, November 27, 2012

Didiklah anak dengan sebaik-baiknya.....

Assalamualaikum...Peristiwa di kedai makan tadi membuatkan Jaja tersentak, terkaku dan akhirnya angin satu badan.

Petang tadi Jaja minta time off 2 jam pada bos sebab nak bawa baby Humaira check up di Klinik Desa. Jaja ingat baby Humaira nak kena cucuk hari ni. Takut punya pasal Jaja ajak pengasuh temankan Jaja. Rupanya check up biasa je. Cucuk minggu depan. Wuaaaa... minggu depan nak kena datang lagi. huhuhu. Lepas check up, Jaja hantar pengasuh balik rumah dia dan Jaja terus balik rumah Jaja.

Sebelum Jaja sampai ke kawasan taman tempat tinggal Jaja, terdetik di hati nak singgah makan dulu di kedai. Jaja order sotong goreng tepung, nasi goreng ikan masin dan cikong sejuk. Baby Humaira, Jaja letakkan dalam high chair dan Jaja umpankan dia dengan duit kertas seringgit. Baby Humaira memang suka duit kertas seringgit. Dia leka bermain dengan duit tu dan Jaja boleh makan dengan aman sekali. hahaha. Masa tu datang satu family (suami, isteri, 3 orang saudara perempuan dan 2 kanak-kanak) duduk depan meja Jaja

Makanan sampai dan Jaja makan dengan penuh selera sekali. Tengahari tadi Jaja tak sempat nak makan sebab nak siapkan kerja yang penting. Tiba-tiba ada tangan cekus sotong goreng tepung Jaja. Terperanjat Jaja. Bila Jaja tengok rupanya budak yang duduk depan meja Jaja. Budak tu berusia lebih kurang 4 tahun. Nak marah rasanya tak sampai hati sebab dia mungkin tak tahu apa-apa. Jaja fikir positif, mungkin budak ni terliur. Tapi bila dia cekus lagi sekali, wah ini rasanya biadap ni. Padahal ada di antara  family dia tengok budak ni cekus makanan Jaja. Mereka cuma cakap 'haip, apa buat macam tu?'.... Jaja jegilkan mata dengan harapan dia takut nak buat lagi. Budak tu duduk balik kat kerusi dia. Lega. Boleh sambung makan balik.

Tengah syok Jaja makan, tiba-tiba budak yang sama datang dan terus pukul kepala baby Humaira. Tergamam Jaja tak sempat nak buat apa-apa. Baby Humaira apa lagi, menangis sekuat hati la. Terus Jaja bangun dan angkat baby Humaira keluar dari high chair. Tengah Jaja sibuk nak keluarkan baby Humaira, sekali lagi dia ketuk kepala baby Humaira. Wah, sabar Jaja dah sampai pada tahap maksima. Terus Jaja tolak budak tu dengan niat supaya dia jauh dari baby Humaira. Disebabkan tengah marah, mungkin tolakan Jaja pada budak tu kuat. Budak tu jatuh terpelanting ke belakang. I dont care. Keselamatan anak Jaja perlu Jaja utamakan. Lagipun dia yang cari pasal dulu. Masa tu Jaja dah tak kira, kau budak ke kau bapak budak ke.

Kecoh satu kedai makan. Bapak budak tu datang ambil anak dia without say sorry to me. Helloooo, korang ni manusia ke binatang... takde adap ke?... nak je Jaja maki hamun kat situ. Terbantut selera Jaja nak makan lagi. Terus Jaja capai handbag dan payung pergi bayar harga makanan Jaja. Nak je Jaja pukul sorang-sorang dengan payung. Biar ada akal sikit.

Mesti semua orang ingat Jaja lembut hati, mudah maafkan orang. No way man. Hutang harus dibayar dengan hutang. Sebelum sampai ke kereta Jaja, siap-siap Jaja keluarkan segugus kunci rumah. Jaja sampai dekat kereta Jaja dengan muka yang penuh dengan senyuman. Lega. Hutang telah terbalas. Nak tahu Jaja buat apa? Jaja buat lukisan paling cantik di kereta family tu dengan menggunakan 4 batang kunci rumah Jaja. Empat jalur terlukis indah lagi tebal dari tepi lampu depan sehingga tepi lampu belakang sebelah kanan kereta dia.. hahaha. Ucapan maaf kononnya mahal la, sekarang ni kau rasa ucapan maaf mahal ke atau cat kereta Waja kau mahal?

Jaja minta pada semua yang membaca entry Jaja ni..Didiklah anak-anak anda semua dengan sebaik-baiknya. Terapkan nilai-nilai murni. Ajar anak-anak cara menghormati orang lain. Apa yang boleh dibuat dan apa yang dilarang. Awasi anak-anak anda semasa berada di khayalak ramai. Sikap kanak-kanak yang suka merayau-rayau atau dalam bahasa kasar tak boleh duduk diam, boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada pengujung lain. Itu belum lagi anak-anak menangis berguling-guling, boleh dapat darah tinggi nanti. hahahaha. Jaja ingtkan pada diri Jaja juga.