"Bila Allah cepat makbulkan doamu, Maka DIA menyayangimu, Bila DIA lambat makbulkan doamu, Maka DIA ingin mengujimu, Bila DIA tidak makbulkan doamu, Maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu. Oleh itu, Sentiasalah bersangka baik pada ALLAH"
Tuesday, July 31, 2012
Wang Kertas Baru... Duit Raya
Assalamualaikum.... Baru sat tadi Jaja dah terima wang kertas baru.... ada rakan sepejabat pergi tukar di bank... Jaja kirim on behalf suami Jaja.... memang tiap-tiap tahun suami Jaja yang keluarkan duit raya tak kira beraya di kampung Jaja atau di kampung suami Jaja.... Jaja tukang tukar duit lama ke duit baru je... hehehe.... ni Jaja tunjuk contoh duit yang Jaja dah tukar.... tak boleh tunjuk yang banyak-banyak tu... nanti kena kidnap...hahahaha.... Jaja tukar duit RM5 dan RM1...

Monday, July 30, 2012
Gelas ke-4
Assalamualaikum... banyaknya yang Jaja nak coretkan di blog Jaja... tapi tak kesampaian... Jaja berkursus pada hari Khamis dan Jumaat yang lepas... ok, untuk entry ni Jaja nak bagitau yang Jaja dah dapat gelas ke-4 iaitu gelas berwarna biru yang ada lukisan orang berenang.... tinggal lagi 2 jenis gelas yang Jaja perlu kumpul.... sabar...sabar...cepatnya masa berlalu....
6/7/2012 - Football - Grey - selesai (6/7/2012)
13/7/2012 - Cycling - Purple - selesai (16/7/2012)
20/7/2012 - Athletics - Green - selesai (19/7/2012)
27/7/2012 - Swimming - Blue - selesai (28/7/2012)
3/8/2012 - Gymnastics - Red
10/8/2012 - Basketball - Turqoise (klu x salah la)...
gelas ke-4

Tuesday, July 24, 2012
Ketam Goreng Telor Masin
Assalamualaikum.... Hari ahad yang lepas Jaja ada masak Ketam Goreng Telor Masin.... ni gara-gara penangan makan dekat kedai chinese muslim la.... hehehe... jom tengok resepi dan gambar....
Bahan Bahan
6 ekor Ketam Bunga
4 biji Telor Masin
4 biji Cili Api (dihiris)
Garam
Mentega
Gula (ikut citarasa)
2 tangkai Daun Kari (ditarik)
1 sudu besar Lada Sulah
Minyak
Tepung Jagung
1 tin Susu Cair
Cara-caranya:-
1) Siang dan cuci bersih-bersih ketam. toskan
2) Salut ketam dengan tepung jagung. Panaskan minyak dan goreng ketam seketika. toskan.
3) Rebus telor masin dan sejukkan.
4) Ambil kuning telor masin sahaja. lecek sampai hancur.
5) Dalam kuali bersih, panaskan mentega. masukkan cili api dan daun kari. tumis hingga garing dan wangi. (kena kontrol api supaya cili api tidak hangus).
6) Masukkan garam, gula, lada sulah dan telor masin yang telah dilecek. Goreng seketika.
7) Masukkan susu cair dan biar sehingga mengelegak.
8) Akhir sekali masukkan ketam yang telah siap digoreng. gaul hingga rata dan kering.
9) Siap untuk dihidangkan.
Pesanan : Salut ketam dengan tepung jagung nipis (light) sahaja. Jangan tebal sebab nanti tepung akan lembik bila terlarut dalam susu cair. Jaja terbuat tebal.... hehehe

ketam bunga
ketam di cuci dan disalut dengan tepung jagung
ketam digoreng seketika
ketam ditoskan selepas digoreng
telor masin direbus
kuning telor masin di lecek
cili api di hiris dan daun kari ditarik
Ketam Goreng Telor Masin yang telah siap
Monday, July 23, 2012
Air Cikong
Assalamualaikum.... semalam kat kawasan rumah Jaja panas terik.... berpinau-pinau mata masa jemur kain kat luar rumah...... memang mencabar betul kalau berpuasa masa musim panas.... badan akan jadi lesu..... Disebabkan cuaca panas, Jaja buatkan air cikong untuk berbuka puasa.... Jaja tinggal di JB baru Jaja tau pasal air cikong ni.... di tempat lain takde rasanya nama air cikong.... bila tengok rupa dan rasa air cikong ni, ianya hampir-hampir sama dengan laicikang di kampung Jaja di utara.... Jom tengok resepi.... sorry gambar air cikong kurang memuaskan sebab tak sabar-sabar nak minum.... hehehe
Bahan-Bahan
Sagu Biji (besar)
Biji Barli
Kembang semangkuk
Cincau
Gula kundur
Gula Merah (buku)
Daun Pandan (disimpul)
Pewarna
Air
Cara-caranya :-
1) Lalukan air pada sagu biji dan biji barli berasingan (jangan basuh kuat-kuat nanti berderai)...
2) Rebus sagu biji sehingga kembang (hilang putih-putih).
3) Tapis sagu biji dan bilas dengan air paip/masak/bertapis supaya sagu biji tak melekat antara satu sama lain. Toskan.
4) Bahagikan sagu biji kepada beberapa bahagian dan warnakan. biarkan dalam 5 minit. Bilas sagu biji dan toskan.
5) Rendam kembang semangkuk dalam air panas sehingga kembang. toskan.
5) Rebus biji barli sehingga kembang. Sejukkan.
6) Dalam periuk masukkan air, gula merah dan daun pandan. Masak sehingga gula merah hancur dan mendidih.
7) Tapis air gula merah.
8) Potong cincau nipis dan panjang-panjang. ketepikan.
9) Potong gula kundur mengikut kesukaan. ketepikan
10) Akhir sekali dalam jug campur gula kundur, sagu biji, barli (biji sahaja), kembang semangkuk, cincau ke dalam air gula merah. Letak ais ketul... sedia untuk dihidang....
Pelbagai bahan-bahan penyejuk badan boleh diletak seperti biji selasih, kurma cina, buah kabung dan lain-lain mengikut kesesuaian dan kretiviti individu.....

Sagu biji yang telah di rebus & diwarnakan
Kembang semangku yang direndam
Gula merah yang dimasak bersama daun pandan
Cincau yang dipotong nipis dan panjang
Gula kundur yang belum dipotong
air cikong yang telah siap
Pulut dan Serawa Durian
Assalamualaikum.... Hari Jumaat lepas kat pejabat Jaja ada majlis tahlil.... setiap individu yang hadir akan bawa pulang pulut dan serawa durian....bukan buah durian tau!!!... Balik rumah Jaja hias la pulut & serawa durian ni cantik-cantik....hehehe.... Durian atas pulut tu memang dah sedia ada dalam peti ais Jaja.... ambil dan letak je.... hehehe....
oh ya, kalau nak kasi durian tahan lama dalam peti ais, Mak Jaja pesan supaya tutup dengan plastik makanan (plastic cling).....Jaja letak durian dalam tupperware, pastu letak plastik makanan tutup semua permukaan tupperware dan baru tutup dengan penutup tupperware..... Jaja dah simpan dalam peti ais dari minggu lepas... Bila Jaja buka tupperware, durian masih dalam keadaan elok... tak berair.... air (wap) akan membeku kat plastik yang kita letak..... ini cara simpan durian kat tempat beku (pintu atas).... :)

Pulut & Serawa Durian
Friday, July 20, 2012
Fadhilat Solat Terawih
Malam ni bermulanya solat terawih bagi umat Islam.... Jika di izinkan Allah, Jaja akan turut serta menunaikan solat terawih.... di bawah ni Jaja sertakan kelebihan jika menunaikan solat terawih....
Solat terawih ni solat sunat... bilangan rakaatnya berbeza mengikut tempat.... ada yang buat 11 rakaat, ada yang buat 21 rakaat.... Jaja pernah solat terawih di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur... ala tempat yang popular dengan bubur lambuk tu..... di sana mereka buat 21 rakaat.... panjang bacaan surahnya.... Kebetulan Jaja tak berapa sihat masa dan pergi ke sana mengikut kawan (masa muda-mudi dulu).... terketar-ketar lutut nak habiskan 21 rakaat..... hahahaha..... Jika difikirkan balik, malunya.... solat 21 rakaat terketar-ketar tapi round shopping mall 2-3 jam kaki tak sakit pun.... huhuhu.... so kawan-kawan, jangan ikut perangai buruk Jaja tau.... semoga kelebihan solat terawih ni dapat memperbanyakkan amalan kita untuk bekalan di sana kelak.....

Malam
|
Kelebihannya
|
1
|
Dosanya
keluar seperti ia baru di lahirkan ibunya
|
2
|
Dosanya di
ampuni, begitu pula dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin
|
3
|
Di panggil
oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan: “Mulailah kamu beramal sebab
Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu”.
|
4
|
Di beri
pahala yang sama, dan pahala orang-orang yang membaca Kitab Taurat, Injil,
Zabur dan Al-Quran.
|
5
|
Di beri
pahala seperti orang yang melakukan sembahyang di Masjidil Haram di Makkah,
Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Palestin
|
6
|
Di beri
pahala seperti pahala malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur, batu-batu serta
pasir turut sama
memohonkan ampun baginya |
7
|
Seperti
orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat
mengalahkan Fir’aun dan Haman
|
8
|
Di berikan
oleh Allah segala apa yang pernah di berikan kepada Nabi Ibrahim ‘alaihisalam
|
9
|
Seperti
pahala beribadah kepada Allah yang di lakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W
|
10
|
Di
kurniakan oleh Allah kebaikan dunia dan akhirat
|
11
|
Keluar
dari dunia seperti pada hari dilahirkan dari kandungan ibu bersih daripada
segala dosa
|
12
|
Datang di
hari kiamat dengan keadaan mukanya bercahaya dan bersinar bagaikan malam
bulan purnama
|
13
|
Datang di
hari kiamat dengan keadaan aman dari segala kejahatan
|
14
|
Disaksikan
oleh para malaikat, kalau dia telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari
kiamat ia akan di bebaskan oleh Allah dari segala mudarat.
|
15
|
Di minta
ampun oleh para malaikat, oleh malaikat yang memikul Arasy dan Kerusi.
|
16
|
Di
bebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga
|
17
|
Di beri
pahala seperti pahala para Nabi
|
18
|
Di seru
oleh para malaikat, “Wahai hamba Allah, bahawasanya Allah telah redha
kepadamu dan kepada orang tua kamu”.
|
19
|
Di angkat
darjatnya ke dalam syurga firdaus.
|
20
|
Di beri
pahala para syuhada dan salihen
|
21
|
Di bina
rumahnya dari nur di dalam syurga.
|
22
|
Kelak di
hari kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan
|
23
|
Di
bangunkan sebuah kota untuknya di syurga
|
24
|
Di beri
pahala yang berupakan dua puluh empat permohonan di kabulkan
|
25
|
Di
hapuskan dari seksaan kubur.
|
26
|
Pahalanya
diangkat selama empat puluh tahun
|
27
|
Dalam
melintasi sirat (jambatan) pada hari kiamat kelak, dia akan dapat melintasi
dengan laju bagaikan kilat menyambar.
|
28
|
Allah
mengangkat dengan seribu darjat di syurga
|
29
|
Diberi
pahala seribu haji yang mabrur
|
30
|
Di panggil
dan di persilakan oleh Allah, wahai hambaku, makanlah buah-buahan syurga dan
mandilah dengan air salsabil (air syurga yang sedap di minum) serta minumlah
dari telaga kausar. Akulah Tuhanmu dan engkau hambaku.
|
Niat Puasa Ramadhan
Esok seluruh umah Islam di Malaysia akan berpuasa.... Jaja berazam akan cuba yang terbaik untuk berpuasa.... bukan sebelum ni Jaja tak pernah puasa, tapi makna puasa ni luas....
Puasa bukan sahaja setakat tahan lapar dan dahaga saja, tapi kena jaga pertuturan, pendengaran, perbuatan jugak..... kalau tidak, hanya Allah S.W.T je yang tahu pahala kita berpuasa ada atau tidak.... jadi Jaja akan cuba melatih diri Jaja untuk melipatgandakan amalan untuk Ramadhan tahun ni... mana tau ni Ramadhan terakhir buat Jaja.... takutnya....
Ni Jaja sertakan sekali niat untuk berpuasa, berbuka dan selepas berbuka.... Jaja ambil dari blog ni ... semoga kita semua mendapat keberkatan di bulan yang mulia ni....

Subscribe to:
Posts (Atom)