Monday, April 30, 2012

Majlis Malam Mesra Anak-Anak Tanah Merah 2012

Assalamualaikum.... hari Sabtu malam Jaja ke PWTC bersama-sama Mummy, Along, Abang Ya (abg ipar) dan si kecik Humaira untuk menghadiri Majlis Malam Mesra Anak-Anak Tanah Merah 2012... bertempat di Dewan Tun Razak 1 & 2, PWTC, KL... kami sampai di sana lebih kurang 8.45 malam... geram betul sebab banyak jalan ke KL ditutup sebab ada BERSIH 3.0 sebelah siang....


Abang Ya merupakan wakil anak Tanah Merah.... kami yang lain hanya follow... hehehe... pertama kali Jaja hadiri majlis yang dianjurkan oleh parti politik... ye ke?... alaaaa yang lain tu, duluuuu punya cerita ok.... Jajahan Tanah Merah, Kelantan memang aktif mempelbagaikan aktiviti untuk merapatkan tali persaudaraan antara mereka... majlis ni adalah yang ke-2 dianjurkan.... bagi Jaja, majlis ni cukup santai dan 'kureng' politiknya walaupun dianjurkan oleh parti politik.... best!!...

Pelbagai makanan dari negeri Kelantan dihidangkan... ada Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Gulai Kawah, Laksa Kelantan, Tapai Pulut, kuih muih (Akok, Cek Mek Molek, Lompat Tikam).... Jaja hanya dapat menjamah Nasi Dagang dan Laksa Kelantan je.... yang lain tu Jaja tengok je sebab perut dah full house.... kalau isi semua rasanya boleh meletup.... hahahaha... Jaja serik sebab Jaja ada pengalaman 'keluar isi perut' (m**t*h) untuk 3 majlis buffet Ramadhan (masa tu makan tak ingat)....

kalau dah ada majlis makan-makan ni, confirm ada hiburan... tak kan la makan dalam suasana sunyi sepi  kan?.. ada artis yang diundang oleh pihak tuan rumah.... artis tersebut adalah... jeng jeng jeng... Siti Nurhaliza (Datuk K pun ada sama), Nora Ariffin, Zarina AF, Aizat dan Puteri Caroline (Mentor terkini)...


Majlis berakhir lebih kurang pukul 12.30 malam dan Jaja sampai Putrajaya 2.00 pagi.... huarghh mengantuknya.....

No comments:

Post a Comment