Wednesday, March 28, 2012

Adab yang semakin menghilang

Assalamualaikum.... minggu ni merupakan minggu pertama Jaja naik bas ke tempat kerja... nak save budget... hehehe... naik bas pun baru 50sen je sehala.. bukan jauh mana pun kawasan sekitar Putrajaya ni... lagipun bas banyak tak putus-putus... kalau memandu pagi-pagi buta dah kena berebut parking... tak nak tensen dipagi hari yang boleh buatkan mood kureeeng di pejabat, so amik keputusan naik bas... ada kawan mengadu parking di belakang blok pejabat dah diswastakan... bermakna kena bayar la kalau nak parking... huhuhu... segala-galanya duit....

Seronok jugak naik pengangkutan awam ni.... boleh round-round (untuk pengguna yang tak kejar masa ye)... tapi semalam Jaja perasan ada satu sikap masyarakat zaman moden ni yang kurang prihatin dengan orang sekeliling... mereka ni naik bas mcm bas ni diaorang punya.... bergelak ketawa, mengusik dan paling tak tahan menjerit memekik sesuka hati.... tolong la... ini bas awam, pelbagai peringkat umur yang naik... malu la sikit perangai awak tu serupa monyet.... kan dah kena!!!!.... konon happening la tu...mungkin diaorang tak kisah tapi Jaja sangat-sangat kisah benda ni..... hilang keharmonian macam zaman dulu-dulu.... kalau Jaja ada kuasa, dah lama sorang demi sorang kena piat telinga..... mungkin segelintir masyarakat zaman sekarang ni dah lupa tatasusila....mmmm... adios...

Tuesday, March 27, 2012

Tragedi demi tragedi...

SETIA ALAM: “Saya kecewa dengan tindakan pemilik taska yang menuduh kami tidak bertanggungjawab kerana tidak selidik sejarah kesihatan bayi kami sedangkan mereka tidak cuba tolong hantar bayi saya ke mana-mana hospital atau klinik berdekatan bagi mendapatkan bantuan kecemasan,” kata Tan Khai Yin, 34, bapa kepada seorang bayi lelaki yang meninggal sewaktu dalam jagaan pengasuhnya di sebuah pusat jagaan harian, di sini, Jumaat lalu.
Ibu mangsa, Tai Loon Eng, 30, terkejut selepas menerima panggilan telefon daripada pemilik taska berkenaan memberitahu bayinya sudah tidak bergerak dan warna kulit bayinya bertukar menjadi ungu dalam kejadian Khamis lalu.


“Kira-kira jam 2.15 petang, pemilik taska menghubungi saya dan memaklumkan bayi saya, Tan Yan Xue, berusia 3 bulan tidak menunjukkan sebarang tanda bernafas. Saya kemudian bergegas ke taska itu dan sewaktu dalam perjalanan saya menghubungi ambulans serta seorang jiran.

“Saya minta tolong jiran periksa bayi saya terlebih dulu, sementara saya pula bergegas dari tempat kerja di Glenmarie. Tetapi apabila tiba, bayi saya masih tidak sedarkan diri dan berada di taska itu,” katanya.


Tai dan suami pada mulanya menyangka anak sulung mereka itu meninggal dunia akibat tercekik susu kerana kesihatan anaknya baik pada pagi sebelum kejadian. “Walaupun punca kematian masih belum diketahui, tapi kami berasa ada sesuatu yang mencurigakan berlaku terhadap bayi kami,” katanya. - Sumber Harian Metro

terkedu sebentar Jaja bila baca artikel ni tadi... Jaja dah buat perancangan untuk hantar baby Humaira ke taska bulan Jun nanti... sampai bila mummy nak jaga baby Humaira... kesian kat mummy... tapi bila dah baca artikel ni, hati jadi berbelah bagi... Ya Allah, Kau kuatkan la semangatku.... memang ini dikatakan suratan takdir tapi sebagai ibubapa yang nak menghadapi situasi macam ni, cukup memilukan....

Monday, March 26, 2012

Lamanya.....

                                                         gambo cik google

Assalamualaikum... hacooommm.....wah bersawang rupanya blog ku ini.... hehehehe... belum ada kesempatan untuk selalu update blog... rajinnya kawan2 yg lain yang sentiasa update blog... akan ku cuba untuk rajin-rajinkan diri ini...

ok la nak chow dulu, nak bersihkan sawang-sawang ni dulu.....hehehehe.... adios...

Sunday, April 24, 2011

Alhamdulillah.... Akhirnya....

Salam semua... hari ni happy sangat-sangat.... berita yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba juga... Alhamdulillah, akhirnya Jaja disahkan pregnant.... :) Syukur... syukur.. sebenarnya last two week dah tahu pregnant sebab buat urine test... tapi bila pegi scan kat klinik, doktor bgtau baby takde... mengelabah gak masa tu... ikut kiraan dah 6weeks (doktor yg kira).. doktor cakap ada 2 kemungkinan.... 1) bukan 6 weeks... 2) pregnant luar rahim.... so doktor suruh datang semula lagi 2weeks untuk scan balik....

hari ni la hari yang ditunggu-tunggu.... sebelum keluar rumah tadi memang berdebar-debar... sampai je klinik lagi rasa berdebar....rasa dalam klinik tu diaorang tak on aircond... peluh berjurai-jurai... hahahaha... bila nurse panggil nama rasa tak tentu hala pulak... nervous sangat-sangat tadi... bila doktor scan dan nampak kedudukan baby (bukan baby tapi kantung) rasa lega...rupanya baby baru 7 weeks... kecil lagi... nak nangis pun ada... 1st time pregnant katakan... balik je dari klinik sampai sekarang ni (dok update blog) senyum sorang-sorang... gembira tak terkata.... mungkin ini yang dirasai oleh semua bakal-bakal ibu yang menanti kehadiran baby.... Ya Allah, Besar Sungguh KekuasaanMU. Selamatkan lah aku di dunia dan diakhirat... Amin...



Saturday, April 9, 2011

Roti Telur

Selamat Pagi semua.... moga hari ini kalian semua ceria dan bergembira....takmo sedih-sedih tau.... jap tadi dah buat sarapan pagi roti telur... . sekarang ni kalau nak beli telur kena hati-hati... kan dah ada telur tiruaan kat pasar Pulau Tikus, Pulau Pinang (kampung cheq tu)... bengong la diaorang ni... kalau nak cipta sesuatu tu, guna la akal...kan telur tiruaan tu membahayakan kesihatan... paling penting, Ciptaan Allah tak boleh nak lawan-lawan la... hari ni tak masak berat-berat sebab nak balik kampung.... yahoooo.....

Dah lama tak balik kampung... last balik masa raya cina hari tu... biasa la orang tua, kalau anak-anak tak balik mula la dia dok bising.... pasai apa tak balik, ada masalah ka?... macam-macam la.... lagipun kita semua kena ingat, masa ini la kita kena selalu balik kampung menjenguk orang tua selagi mereka masih ada... kalau dah takde nanti, nak peluk cium dah tak boleh.... yang tinggal hanya kenangan je.... Jaja bersyukur kepada Allah sebab Jaja masih ada kedua-dua mak ayah.... mertua pun sama... walaupun jarang balik kampung belah Jaja (jauh nun kat utara) tapi tetap telefon depa selang 2 3 hari...

ok la nak siap-siap... nanti en.somi balik dari kursus terus nak balik kampung.... adios...



Roti Telur
Bahan-bahanya :-
1 biji telur ayam ori
3 keping roti putih
1 sudu teh Daun Parsley (dalam botol)
1 sudu teh Serbuk Lada Sulah
Sedikti Garam
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya :-
1. Roti putih di potong empat (ikut kesukaan masing-masing)
2. Pecahkan telur, masukkan daun parsley, serbuk lada sulah dan garam.
3. Pukul telur tersebut hingga kembang.
4. Panaskan minyak. pastikan betul-betul panas jika tidak roti akan serap minyak dengan banyak bila menggoreng nanti.
5. Oleskan (bukan rendam ye) roti ke dalam telur yang telah dipukul dan goreng hingga keemasan. Pastikan api tidak terlalu besar. nanti roti cepat hangus.
6. Toskan roti tersebut dan boleh dihidangkan. Boleh dimakan bersama-sama cili sos.

Friday, April 8, 2011

Bubur Nasi Simple

salam semua... hari ni malas nak masak... uik, awal-awal lagi dah cakap malas...tak tau nak masak apa la... nak makan kat luar asyik lauk yang sama gak... bosan la... tiap-tiap hari jenguk blog CMG, fuhhhh kecur liur... segalanya berselera... tapi satu je, masih ada penyakit M.... cuba teka apa dia M tu?... jawapannya MALASSSS..... hahaha... selalu ingat pesanan seorang kawan, kalau nak masak biar ikhlas... walaupun masak lauk simple pasti rasa sedap... betul la tu... kalau dah malas nak masak, masak pun dengan separuh hati je, tengok la...mesti ada yang tak kena... tawar la, terlebih masin la, mentah la... sebab buat dengan tak bersungguh-sungguh... hehehe.. :)

Petang ni buat bubur nasi je....ada ikan bilis + bawang dan telur goreng hancur.... simple kan?... janji boleh diterima tekak, masuk perut dan kenyang sudah....hehehe... Disebabkan terlalu simple, so tak payah letak resepi ye... semua orang boleh buatkan?...ehh ada orang cakap makan bubur ni cepat lapar... betul ke?.... memang betul.... kul 4petang tadi dah 'ngap' semangkuk besar, sekarang ni mula meraba-raba nak makan apa pulak... nanti la nak cari apa yang boleh dimakan....adios...

Sunday, March 27, 2011

Kempen Earth Hour

                                                  (Gambar dari yahoo.com)

Salam semua.... lamanya tak update blog... tak sempat la... sibuk sangat-sangat... semalam merupakan kempen Earth Hour.... semua orang ikut tak kempen ni?... sila angkat tangan... hehehe... (sambil angkat tangan)...kempen ini mula dilancarkan oleh WWF di Australia ... tepat je kul 8.30 mlm en.somi ingatkan suruh tutup suis semua lampu... mak oiii gelap gelita... nasib baik kipas on.. kalau tak mesti panas dan banyak nyamuk..Jaja takut dok dalam gelap, klu nak tidur tu mesti ada satu lampu yang kena on... tak leh tido dlm gelap-gelap.. ntah la, bukan takut hantu tapi perasaan tu rasa tak sedap la kalau gelap gelita... kempen ni berlangsung dari pukul 8.30 mlm - 9.30 mlm... sejam lamanya.... disebabkan bosan menghitung masa, Jaja tertido kat sofa sampai pagi... hahaha... sampai hati en.somi tak kejut.... bangun je pagi, badan sakit-sakit... nasib baik hari ni tak kerja... huhuhu... ini saja sumbangan kecil yang Jaja boleh lakukan untuk selamatkan bumi kita daripada pemanasan global... adios...