Thursday, May 3, 2012

Amanah dan Halal

Assalamualaikum.... banyaknyaaaa kerja di pejabat.... azam hari ni nak bereskan fail-fail yang tersadai cantik di atas meja Jaja.... caiyok caiyok..... dalam dok sibuk selesaikan satu per satu fail, Jaja dapat call yang menaikkan kemarahan Jaja...... mengeletar tangan menahan marah....Ya, Jaja memang marah sangat-sangat.... takde kerja yang dapat Jaja buat sebab perasaan dikuasai oleh amarah....

Jaja paling benci orang yang mengambil kesempatan dan tak amanah.... bila melibatkan periuk nasi, kita semua harus amanah dan bertanggungjawab dalam bekerja.... sanggup ke makan gaji yang tak halal?... ramai yang tak sanggup... dan... ya, ada yang sanggup.... Jaja dah sedaya upaya, selembut mungkin  memberi peringatan KERAS dalam mesyuarat... rupanya masih ada yang tak faham bahasa.... masih lagi menagih tandatangan Jaja untuk kelulusan.... Jaja masih mahu berprasangka baik.... Jaja tulis nota ditempat yang berkenaan supaya individu tersebut faham.... Masya Allah, masih lagi tak faham... dipadamnya nota yang Jaja tulis... dia dapatkan tandatangan Ketua Jabatan dan terus dihantarnya ke bahagian yang buat pembayaran.....

Jaja hairan kenapa dia masih mahu menuntut yang bukan hak dia?.... susah sangat ke nak faham apa yang Jaja telah notakan?... Jaja masih nak jaga air muka dia.... tetapi dia sendiri yang tak nak lindungi maruah diri dia.... Ya Allah, janganlah Kau persoalkan aku berkenaan hal ini di akhirat kelak... aku telah sedaya upaya melaksanakan tanggungjawab aku dengan sebaik-baiknya....

nota yang Jaja tinggalkan : "Macam mana boleh claim ot pada hari ini sedangkan tidak bekerja dan di dalam HRMIS ada mohon cuti kecemasan?"... moga-moga dia berubah....

Wednesday, May 2, 2012

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012

Assalamualaikum....semalam 1 Mei 2012 merupakan Hari Pekerja merangkap Cuti Umum di Malaysia.... Jaja ingat nak ke pejabat siapkan kerja-kerja tertangguh tapi malas pulak.... so Jaja plan nak ke Pesta Buku di PWTC, KL.... nak cari buku sebab Jaja nak ambil exam 21 Mei ni....mummy tak nak ikut dan dia volunteer untuk jaga baby Humaira... kesian baby kena tinggal.... hahahaha....


Dari Putrajaya, Jaja naik ERL ke Bandar Tasik Selatan.... tak nak drive sebab confirm parking penuh di PWTC..... nak parking dekat-dekat area situ, pasti cekik darah punya.... sampai di kaunter tiket LRT Bandar Tasik Selatan, fuyooo ramainya orang.... kaunter hanya buka 1 je.... itupun orang ramai disuruh guna ticket vending machine.... hahaha...rasa kelakar sangat...mesin tiket tu pun tak nampak sebab terlalu ramai orang.... guna mesin tu lagi melambatkan sebab kadang-kadang mesin tu 'weng' tak nak terima duit syiling atau kertas....kena masukkan banyak kali.....Jaja buat degil beratur gak kat kaunter tiket......

Dalam LRT jangan cakap la, ramainya manusia.... tempat duduk, Jaja perhatikan siapa cepat dia dapat..... hahahaha.... panorama biasa.... sampai di PWTC, manusia lagi  la ramai.... bersesak-sesak.... kat dewan (lupa nama dewan) yang menempatkan syarikat Karangkraf, terdapat lautan manusia...tak nampak dah segala buku atau majalah yang disusun untuk dijual.... pelbagai aktiviti dianjurkan oleh pihak Karangkraf.... contoh, boleh dapatkan tandatangan Penulis Novel, Cabutan Bertuah dan lain-lain... kalau beli majalah atau novel Karangkraf, boleh tebus majalah @ buku percuma (terhad)....
                                                             pintu gerbang

                                         ramainya orang di Karangkraf

barisan Penulis Novel Karangkraf

bahagian tebus majalah/buku percuma

Jaja beralih ke Dewan Tun Razak 3.... lagi ramai orang.... traffic jam.... Jaja nak pilih buku-buku yang Jaja berkenan pun tak selesa.... dah la suasana panas..... buku yang Jaja cari tak jumpa pun.... nak round banyak kali tak sanggup..... Jaja ambil keputusan nak beli je buku yang Jaja cari, kat bookstore luar.... konon nak dapatkan diskaun, hampehhhh.... penat je dapat....

                                                               Traffic Jam

ni je yang sempat Jaja beli.... lain yang dicari, lain yang dapat... hahahaha.... balik rumah mummy membebel...

                                                          Buku Yoga tu Free

Jaja ada round-round dekat The Mall lepas keluar dari PWTC..... saja cuci-cuci mata.... dah penat berjalan, Jaja ke LRT PWTC.... Ya Allah, lagi ramai manusia berbanding di LRT Bandar Tasik Selatan.... Kaunter tiket buka 2 je.... cuaca berbahang sebab ramainya manusia dan hari hujan.... rasa nak pitam pun ada..... kesian Jaja tengok pasangan yang bawa baby.... satu kelemahan LRT sejak pakai token, pengguna tak boleh beli token pergi  & balik..... dah lama rasanya token ni dikeluarkan.... tahun 2011.... tapi masih tiada perubahan.... mereka (pihak pengurusan) suka kot kalau-kalau terjadi benda yang buruk kepada pengguna.... contoh, pengsan (sebab ramai sangat orang bersesak-sesak)..... Kerajaan minta orang ramai menggunakan kemudahan awam yang disediakan tetapi perlaksanaannya tidak mencapai tahap yang sebenar..... nanti dah terhantuk baru nak mengelabah..... ish ish ish....

Monday, April 30, 2012

Majlis Malam Mesra Anak-Anak Tanah Merah 2012

Assalamualaikum.... hari Sabtu malam Jaja ke PWTC bersama-sama Mummy, Along, Abang Ya (abg ipar) dan si kecik Humaira untuk menghadiri Majlis Malam Mesra Anak-Anak Tanah Merah 2012... bertempat di Dewan Tun Razak 1 & 2, PWTC, KL... kami sampai di sana lebih kurang 8.45 malam... geram betul sebab banyak jalan ke KL ditutup sebab ada BERSIH 3.0 sebelah siang....


Abang Ya merupakan wakil anak Tanah Merah.... kami yang lain hanya follow... hehehe... pertama kali Jaja hadiri majlis yang dianjurkan oleh parti politik... ye ke?... alaaaa yang lain tu, duluuuu punya cerita ok.... Jajahan Tanah Merah, Kelantan memang aktif mempelbagaikan aktiviti untuk merapatkan tali persaudaraan antara mereka... majlis ni adalah yang ke-2 dianjurkan.... bagi Jaja, majlis ni cukup santai dan 'kureng' politiknya walaupun dianjurkan oleh parti politik.... best!!...

Pelbagai makanan dari negeri Kelantan dihidangkan... ada Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Gulai Kawah, Laksa Kelantan, Tapai Pulut, kuih muih (Akok, Cek Mek Molek, Lompat Tikam).... Jaja hanya dapat menjamah Nasi Dagang dan Laksa Kelantan je.... yang lain tu Jaja tengok je sebab perut dah full house.... kalau isi semua rasanya boleh meletup.... hahahaha... Jaja serik sebab Jaja ada pengalaman 'keluar isi perut' (m**t*h) untuk 3 majlis buffet Ramadhan (masa tu makan tak ingat)....

kalau dah ada majlis makan-makan ni, confirm ada hiburan... tak kan la makan dalam suasana sunyi sepi  kan?.. ada artis yang diundang oleh pihak tuan rumah.... artis tersebut adalah... jeng jeng jeng... Siti Nurhaliza (Datuk K pun ada sama), Nora Ariffin, Zarina AF, Aizat dan Puteri Caroline (Mentor terkini)...


Majlis berakhir lebih kurang pukul 12.30 malam dan Jaja sampai Putrajaya 2.00 pagi.... huarghh mengantuknya.....

Friday, April 27, 2012

Cucur Bawang bersama guunya..

Semalam balik dari Klinik Kesihatan Presint 11 dah petang... lebih kurang pukul 4.45 petang.... hujan pulak tu.... biasa la kalau hujan, perut mesti lapar.... sempat lagi ni kalau nak buat cucur bawang.... Jaja cakap sempat sebab pastu Jaja nak mandi dan seterusnya tepat pukul 7 malam akan ada makhluk yang bertapa depan tv mengadap cerita Cinta Untuk Emelda.... hahahaha....benci betul la drama bersiri ni... berhantu.... kerja lain dah tak boleh buat sebab takut termiss... buat tak boleh tengok kat Tonton, tapi dah rasa tak best...alasannnn....hahahaha....



tajuk kat atas Jaja ada letak 'guu'.... tau tak apa makna 'guu'?... alaaaa yang tu bahasa utara.... guu tu maksudnya macam 'kawan', 'geng' la.... betul tak ni?.... bedal saja la... hahaha... cucur bawang ni Jaja guukan dia dengan air kopi... nikmat betul rasanya bila kena dengan cuaca sejuk....

Mainan geget-geget

Assalamualaikum.... Rabu lalu Jaja ke Alamanda untuk beli barang-barang keperluan yang hampir habis.... ye ke?..ish ish ishhhhh  tujuan utama pergi situ ialah cucuk duit... hahahaha.... maklumlah gaji dah masuk.... tak sabar-sabar nak keluarkan, tak sempat pun duit tu nak panas dalam akaun.... Jaja shopping sikit-sikit je sebab weekend ni Jaja nak turun KL... masa tu boleh shopping sakan..... sekarang trend Jaja bershopping dah lain sikit... masa dahulu, mula-mula Jaja akan ke bahagian barang-barang dapur  dan bahagian-bahagian seterusnya tapi sekarang ni Jaja suka ke bahagian baby dan toys dulu.... mungkin baby Humaira yang menjadi penyebabnya... hahahaha....

Jaja ada beli teether untuk baby Humaira (Jaja panggil 'mainan geget-geget')... benda ni digunakan untuk mengurangkan gatal gusi pada bayi.... sekarang ni baby Humaira dah ada 3 batang gigi.... 2 di bawah & 1 di atas.... 2 batang lagi di atas coming soon (gigi taring tu).... heran Jaja cepat pulak baby Humaira ni tumbuh gigi... semalam masa pergi checkup, Jaja ada tanya doktor berkenaan dengan keadaan 'luar biasa' (bagi pendapat Jaja la) berkenaan gigi baby Humaira.... lega bila doktor bagitau ada baby yang giginya keluar seawal usia 3 bln.... cuma jarang-jarang berlaku.... dan doktor advise Jaja jangan kasi guna teether untuk elak jongang sebab gusi dan lelangit baby Humaira masih lembut.... mana yang baik akan Jaja ikut untuk kebaikan baby Humaira.... nanti tak pasal-pasal bila baby Humaira dah besar, disamannya Jaja.... hahahaha...

     

Monday, April 16, 2012

Bebola Donut

Assalamualaikum.... semalam pertama kali Jaja cuba buat donut... dah lama teringin nak buat .... Jaja guna resepi dari blog En. Mat Gebu... Jaja ada tambah & kurangkan bahan-bahannya.... Jaja berpuashati dengan percubaan yang pertama dan insyallah akan mencuba lagi... Jaja buat dalam bentuk bebola supaya senang dimakan....

BAHAN-BAHANNYA :
2 cawan Tepung Gandum
1 camca besar Susu Pekat Manis
2 camca besar Gula Pasir
2 camca besar Marjerin
1/2 camca teh Garam
1 camca teh instant Yis Mauripan (bancuh dengan air)
Sedikit air
Minyak untuk mengoreng
Gula Pasir (Untuk salut donut)

CARA MEMBUATNYA :
    1. Satukan tepung gandum, garam, susu pekat manis, gula pasir dan marjerin. Gaul rata. Masukkan bancuhan yis dan tambah dengan sedikit air hingga boleh diuli menjadi doh. Uli hingga licin dan tidak melekat pada bekas adunan dan jari.
    2. Bulatkan doh mengikut saiz yang diingini. Biarkan seketika sehingga doh naik atau mengembang.
    3. Panaskan minyak dan goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Biarkan donut sejuk.
    4. Mesin gula pasir sehingga halus dan gaul donat dengan gula tersebut. Boleh dihidangkan.
          Doh yang telah siap dibulatkan dan mengembang









Di goreng dalam minyak yang sederhana panas (oppss mau gelita ku punya donut)







Toskan donut yang telah di goreng (macam cucur badak la)








Salutkan donut dengan gula pasir yang telah di mesin halus


Friday, April 13, 2012

Apa itu putih-putih?

Assalamualaikum.... Hari rabu lepas masa Hari Pertabalan Agong Jaja 'lepak' je kat rumah... malas nak keluar... nak rehatkan badan dan otak... hehehe... Isnin dan Selasa sebelumnya adalah hari yang cukup memenatkan masa bekerja.... tahap kesabaran Jaja dah mencapai level maksimum... mmm takmo pikir lagi benda yang dah lepas....

Masa bercanda di ruang tamu sambil layan sinetron "Putri yang ditukar" (oppsss...macam mana boleh terjebak tengok ni... mummy punya pasal la ni) Jaja menyusukan baby Humaira tapi dia tak nak minum... banyak kali kasi dia tolak dengan lidah... Jaja ternampak ada warna putih dalam mulut dia kat bahagian gusi... sakit mulut ke?... Jaja takut baby Humaira kena ulser atau nama lain 'mata ikan'... pedih wooo kalau kena... paksa baby buka mulut dia tak nak... Jaja cuba masukkan jari dalam mulut dia dan pegang bahagian yang ada putih-putih tu.... Aikkk keras, biar betul?... takpe la nanti baby tidur Jaja tengok balik...

Baby Humaira ni macam boleh baca je apa yang Jaja pikir... dia tak nak tidur sampai petang.... wuarrghh Jaja yang ngantuk tengok dia.... takpe la, sabar sabar.... dah malam baru baby nak tidur dan inilah masanya untuk Jaja mulakan operasi.... sah...memang betul... Jaja panggil mummy untuk double check.... mummy pun cakap ye... nak tau apa dia???.... baby Humaira dah tumbuh gigi sebatang.... bahagian bawah di depan... hahahaha.... cepat betul tumbuh gigi... baru minggu lepas umur baby Humaira 4 bulan.... pasni apa pulak yang akan baby Humaira kasi surprise kat Jaja....


Kronologi baby Humaira yang telah mensuspenkan Jaja sebelum ni.... Baby Humaira lahir 2 minggu awal dari tarikh jangkaan (buat satu family Jaja kelam kabut), hari ke-3 dah gugur tali pusat, Hari ke-9 dah tidur mengiring, umur nak masuk 2 bulan pertama kali meniarap dan terkini, umur awal 4 bulan dah tumbuh sebatang gigi... huhuhu

p/s : habis la, lepas ni Jaja kena beli kilang puting... dia dah ada gigi...

Kemaskini : Sabtu lepas (14/4/2012) dah tumbuh gigi yang ke-2....