Tuesday, May 29, 2012

Nasi Lemak & Telor kembar

Assalamualaikum.... semalam pagi Ahad sempat mummy buat nasi lemak untuk sarapan.... Jaja tolong sediakan bahan-bahan je.... hehehe... Jaja ingat mummy buat sambal bilis je, rupa-rupanya siap dengan sambal udang... best best.... perkara yang paling malas kalau nak makan udang ni, kena kopek kulitnya.... selalu Jaja bising... tapi bila pikir mummy bersusah payah masak berjam-jam, makan je la.... bawah ni gambar nasi lemak.... biasa je, hampir serupa dengan orang lain buat... tapiiiii....

ada kelainan sikit pada telor rebus.... bukan yang di atas nasi tu.... tapi gambar di bawah ni.....

kuning telor tu ada dua kan?... kembar.... kalau telor goreng, orang kurang percaya... entah-entah letak 2biji kuning telor.... ni telor rebus tak leh pandai-pandai letak la.... kalau ada yang boleh buat, fuyoooo terer....

Saturday, May 26, 2012

Betul ke alahan?....

Assalamualaikum..... 14 Mei 2012 (Selasa) lagi sekali terjadi selepas seminggu baby alami bintat-bintat air..... yang ini lagi teruk.... bintat-bintat di kedua-dua siku.... Jaja sampai je rumah, mummy bagitau hal ni.... teruknya.... Jaja bawa baby ke klinik bayar pula... Klinik Mediviron Presint 9, Putrajaya.... Doctor ni pun beritahu kena gigit something.... hairan gak sebab lepas balik dari Klinik Kesihatan Presint 11, 4 Mei 2012 (Jumaat) lalu, Jaja letak baby dalam kelambu sebab takut kalau-kalau kena gigit serangga atau nyamuk.... tapi masih kena lagi... mungkin hama kot?.... kali ni doctor kasi krim dan nasihatkan supaya baby dipakaikan baju lengan panjang..... ok la Jaja ikut nasihat doktor.....

                                      kena gigit nyamuk, tak kan gigit berkelompok?...

tangan kiri

tangan kanan

Balik rumah, Jaja mulakan sesi pembersihan.... Jemur tilam, selimut dan bantal... baju baby Jaja rendam dalam air panas + dettol..... segala alatan yang berkaitan dengan baby Jaja rendam @ lap guna air panas.... Jaja berharap bintat-bintat air tu tak muncul lagi.... kesian baby sebab dia tak boleh beritahu yang dia sakit @ gatal.....

muka masam humaira menahan gatal masa di klinik


Humaira kena HFMD?....

Assalamualaikum..... 3 Mei 2012 merupakan hari yang paling kalut dalam hidup Jaja setelah Humaira hadir ke dunia ni.... sebelah malam selepas Jaja susukan baby, Jaja terperasan ada bintat-binta merah pada jari dan tangan baby.... bintat berisi air.... sekarang ni kecoh pasal penyakit Kuku, Tangan dan Mulut (HFMD)... ada lebih kurang 10 bintat.... esoknya 4 Mei 2012 Jaja amik cuti kecemasan sebab nak bawa baby ke klinik untuk dapatkan rawatan.... pertama kali Jaja ambil cuti selama berkhidmat di Putrajaya.... huhuhu... Kesihatan anak punya pasal, Jaja rela....

Jaja dapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Presint 11, Putrajaya..... mula-mula Jaja ke Bilik D (anak).... pastu di suruh ke Bilik A (Pesakit Luar).....nurse di bahagian pesakit luar ada tengok jari baby dan minta Jaja ke Bilik C (Kes Susulan) bersama-sama kad yang ada catatan HFMD...... sampai di Bilik C, ada seorang wanita bersama anak perempuan yang berumur lebih kurang 2 tahun.... sambil tunggu turn, Jaja bergurau senda dengan baby.... nurse datang dan ambil kad baby.... bila terbaca HFMD, nurse tanya "sapa yang kena HFMD ni?".... Jaja cakap "baby saya yang kena tapi saya kurang pasti".... secara spontan, wanita yang bersama anak perempuan bangun, jauhkan diri dari Jaja.... Jaja rasa malu.... Jaja tau penyakit ni berjangkit tapi jangan la buat Jaja dan baby macam tu..... bila nurse belek-belek jari dan tangan baby, nurse cakap "rasanya ni bukan HFMD, tapi takpe la kita jumpa doctor ye"..... baru PEREMPUAN tu duduk balik di kerusi yang disediakan..... malunya Jaja......

Jaja ingatkan diri Jaja.... jangan buat seperti mana PEREMPUAN tu buat.... kena guna cara berhemah andai kata nak jauhkan diri supaya tak tersinggung perasaan orang lain.... satu lagi pengajaran yang amat berharga Jaja dapat untuk teruskan hidup....






Jumpa doctor, doctor beritahu ni bukan HFMD.... mungkin baby alahan atau kena gigit something.... lega rasanya...... doctor tak beri ubat krim sebab baby sekarang ni mengigit jari dan tangannya.... ok la...

Sama tapi tak serupa

Assalamualaikum.... Jaja ada mencari-cari gambar di internet.... dan terjumpa satu gambar ni.... eh, hampir sama la dengan gambar yang Jaja tangkap..... betul kan, hampir sama kan?.... hahahaha.....

                                                    gambar dari internet

                                                   gambar baby Humaira


mereka ni pandai meniarap je.... dah letih, nangis kuat-kuat sebab tak pandai nak terlentang balik..... hahahaha.....

Surat yang dinanti-nanti....

Assalamualaikum..... Alhamdulillah, syukur kepada Allah.... sesiapa yang mendoakan untuk Jaja doanya telah dimakbulkan Allah.....terima kasih semua... Jaja terima sms dari kawan sepejabat semasa Jaja menduduki peperiksaan hari Selasa lalu (22/5/2012) mengenai surat ni.... balik je dari exam, Jaja terus ke JPA, Kompleks C, Putrajaya untuk ambil surat.... suratnya adalah seperti di bawah.......



ini surat yang Jaja tunggu-tunggu selama ni.... surat pertukaran untuk balik ke Johor Bahru..... Alhamdulillah, usaha yang tak henti-henti Jaja lakukan setiap minggu setiap bulan, berhasil akhirnya..... walaupun tempat yang Jaja minta tak dapat, tapi Jaja bersyukur kerana boleh bersama-sama dengan en.somi.... sebenarnya, Jaja tinggal bersama-sama en.somi di Johor Bahru (dahulu).... pastu Jaja ditukarkan ke Putrajaya (berpisah sementara dengan en.somi).... dan sekarang Jaja dapat bertukar balik ke negeri Johor walaupun bukan di Johor Bahru....masalah kewangan dan anak menyebabkan Jaja tak putus-putus gesa pegawai JPA.... Jaja tak suka hal-hal peribadi mengganggu tugas-tugas Jaja dipejabat sebab Jaja dah berjanji untuk beri sepenuh komitmen semasa Jaja bekerja....mmmm lepas ni nak fikir pulak hal-hal pindah randah ni.... nak cari rumah sewa dan pengasuh.... ayoo....

Kebab Ayam

Assalamualaikum.... Hari ni Jaja buat Kebab Ayam untuk sarapan pagi.... teringin nak makan kebab banyak-banyak.... kalau beli kat pasar malam, sekeping dah RM2.50.... dapat satu je.... tak dapat makan banyak.... hahahaha.... ok, jom tengok resepi yang Jaja buat.... resepi sendiri..... ala-ala satay...



Kebab Ayam
300 gm Isi Ayam
2 sudu teh kunyit
1 sudu besar jintan manis (dikisar halus)
1 sudu besar biji ketumbar (dikisar halus)
1 sudu besar jintan putih (dikisar halus)
4 batang serai (dikisar halus)
Timun (dihiris mcm hiasan dlm laksa)
Tomato (dipotong dadu)
Bawang besar (dipotong dadu)
Gula
Garam
Roti Pita
Sos Thousand Island
Mayonis
Daun Salad
Sos Cili
Minyak masak

Cara-Caranya :-
1. Isi ayam dibersihkan dan toskan.
2. Masukkan bahan-bahan kisar, kunyit, garam dan gula ke dalam bekas berisi isi ayam. Perap selama 2 jam. (Jaja buat sebelah malam dan pagi esoknya dah boleh goreng). Sukatan gula tu ikut kesukaan masing-masing
3. Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak dan panggang isi ayam yang telah diperap.
4. Panggang sehingga isi ayam tersebut masak keseluruhannya. Sejukkan.
5. Bakar roti pita di atas kuali.
6. Hiris isi ayam panggang mengikut saiz yang disukai.
7. Di dalam satu bekas, masukkan timun yang telah dihiris panjang-panjang, isi ayam, tomato, bawang besar, sos thousand island, mayonis dan sos cili. Gaul sehingga rata.
8. Roti pita dibelah dua sehingga menjadi poket. (Jangan belah sampai putus ye).
9. Hias poket roti pita dengan daun salad.
10. Masukkan isi kebab yang telah siap digaul.
11. Sedia untuk dihidangkan.

Masa berlalu begitu pantas

Assalamualaikum.... sekarang ni dah hampir ke penghujung bulan Mei.... sekejap saja masa berlalu..... bulan Mei membuatkan Jaja sibuk sangat-sangat..... awal bulan, Jaja berkursus di Hang Tuah World Heritage Hotel di Melaka selama 3 hari.... minggu berikutnya Jaja terlibat dengan majlis yang dianjurkan oleh pihak Kementerian di Jalan Duta selama 3 hari..... dan minggu ni Jaja menduduki peperiksaan selama 3 hari.... letihnya... 3 minggu berturut-turut tak masuk pejabat..... natijahnya, boleh tengok gambar dibawah.... masuk je pejabat rasa nak pengsan....huhuhuhu.... adios...

fail bertimbun di atas meja, surat & memo bertimbun di dalam tray, IN

fail yang telah disusun rapi oleh anak buah ditepi meja untuk disemak