Friday, November 9, 2012

Nestle World Walking Day

Assalamualaikum....... sibuknya Jaja di pejabat dari 2 minggu lepas.... tak berkesempatan nak update blog sendiri... cuma Jaja sempat baca entry rakan-rakan je....

Kebanyakkan entry di blog Jaja adalah cerita selepas kejadian.... hahaha..... ok, kali ni Jaja nak cerita pasal event World Walking Day yang di anjurkan oleh Nestle....

Jaja bertolak dari rumah ke Taman Tasik Merdeka, JB pukul 5.30 pagi.... sampai di Taman Tasik Merdeka pukul 6.20 pagi setelah singgah sebentar di Masjid PULADA untuk solat subuh.... parking dah penuh???... biar betul!.... berpusing-pusing kami sekeluarga cari parking.... kalau boleh Jaja nak parking betul-betul depan pintu masuk.... hahahaha melampau betul... pergi kat tempat pendaftaran, ramainya orang sampai tak boleh nampak papan tanda.... selit punya selit baru la nampak kat mana kena beratur.... panjangnya barisan untuk orang ramai yang telah mendaftar guna sms... tempat walk in register sikit je dan cepat... terbalik pulak.... dah beratur untuk sahkan penyertaan dan dapat kupon, kena beratur sekali lagi untuk dapatkan t-shirt dan goodie bag.... 2 kali beratur.... panjangnya barisan tak perlu diceritakan...buat sakit hati je.... huhuhu... kat sini Jaja tengok pelbagai ragam rakyat Malaysia.... ada yang tak sabar pok pek pok pek belakang, ada yang potong barisan, ada yang ambil untuk 1 kampung dan sebagainya.... Selepas salin t-shirt yang diberi, Jaja berkumpul di depan dataran tasik.....

Acara bermula tepat pukul 8.00 pagi.... Jaja tak tahu nama siapa yang melepaskan untuk acara ni.... maafkan saya ye.... sebelum acara berjalan bermula, sesi memanaskan badan di adakan.... peserta diajar untuk senaman Tai Chi, diikuti oleh tarian Gangnam dan Chicken Dance.... bagi pendapat Jaja, tarian Gangnam kurang sesuai di lakukan di tempat terbuka.... entah la, Jaja rasa malu sangat tengok perempuan melayu beragama Islam yang dah berusia terkinja-kinja menari tarian tersebut....mungkin juga Jaja ni kuno, kolot kot.... kalau untuk bangsa lain, Jaja tak kisah....

Program berjalan 5,000 langkah ni telah 3 kali di anjurkan oleh pihak Nestle.... ni kali pertama Jaja sertai.... Suami Jaja dan baby Humaira tarik diri di saat-saat akhir disebabkan oleh baby Humaira telah 'membuang'... suami Jaja terpaksa selesaikan 'khazanah yang telah dikeluarkan' baby Humaira..... hahaha

Masa berjalan, Jaja dapat 3 kawan baru.... mereka ni aktif dalam sukan yang melibatkan fizikal ni... mereka ada ajak Jaja untuk sertai senam robik setiap hari sabtu dan ahad..... Insyallah kalau ada masa, Jaja sampai...... tak terasa pun penat berjalan sebab asyik bersembang.... sedar-sedar dah sampai ke penghujung untuk patah balik....

ada peserta yang main tipu... tak sampai hujung pun dah menyeberang untuk patah balik.... ruginya mereka ni... program ni di adakan untuk kita keluarkan peluh, bakar lemak-lemak yang tersimpan dalam badan... yang penting boleh turunkan paras kolestrol... kalau main tipu tak capai 5,000 langkah, tak guna la sertai... lagipun program ni bukan pihak Nestle yang paksa orang ramai masuk... sendiri sukarela.... pastu merungut la dah berjalan 5,000 langkah tak nampak tanda penurunan berat badan pun... sendiri jawab la....

Sampai je di dataran tasik, orang ramai dah mula beratur di van-van produk Nestle untuk dapatkan makanan dan minuman percuma.... ada milo, maggie, Koko Crunch dan lain-lain.... Jaja beratur di van milo sahaja...  rindunya nak minum milo dari van milo... teringat masa zaman sekolah rendah dulu....

Acara ini dirasmikan oleh kerabat di raja Johor..... boleh tengok gambar ye sapa yang rasmikan... hehehe... pertama kali tengok.... handsome orangnya..... hahahaha.... cabutan bertuah juga turut diadakan selepas acara perasmian....

Kesimpulanya : rakyat Malaysia perlu buang sifat berebut, pentingkan diri jika menyertai acara yang melibatkan orang ramai.... ya, tak semua kita boleh puaskan hati orang tetapi perlu hormat pada orang sekeliling..... malu la, ada yang datang semata-mata mendaftar, dapat goodie bag dan t-shirt lepas tu start enjin kereta cabut balik.... huhuhuhu.... nanti tengok gambar ye apa goodies yang 'mereka-mereka' tu berebut sangat....


orang ramai beratur


kupon t-shirt dan cabutan bertuah selepas mendaftar


panjang barisan di kaunter t-shirt dan goodie bag


senaman Tai Chi


tarian Gangnam


tarian Chicken Dance


saat peserta dilepaskan


Dilepaskan oleh ?


peserta mula berjalan


ada peserta yang main tipu


handsomekan yang merasmikan acara ni?


beratur untuk dapatkan milo sejuk


milo sejuk macam zaman sekolah dulu-dulu


barangan yang ada dah goodies bag...
penat je diorang ni berebut...hahaha

Wednesday, October 17, 2012

Semangat ku hilang di pagi hari....

Assalamualaikum.... hari ni Jaja rasa kosong dari pagi tadi hingga sekarang.... semangat Jaja dah terbang di awal pagi.... sebabnya adalah kerana seutas reben ni....


reben ni telah terbelit 2x di leher baby Humaira.... bagaimana boleh terbelit, Jaja tak pasti... Yang Jaja ingat pukul 4.30 pagi baby Humaira merengek nak minum susu.... Jaja beri dia minum... habis dia minum, dia terlelap dan Jaja pun sambung tidur balik... tiba-tiba Jaja dengar sayup-sayup orang panggil nama Jaja.... rupa-rupanya suami Jaja panggil dan beritahu baby Humaira terbelit dengan reben... kusss semangat, rasa terhenti sekejap jantung Jaja tengok leher dia dah terbelit.... Suami Jaja leraikan reben... baby Humaira tersengih-sengih ingat suami Jaja nak main dengan dia.... mujur reben tu terbelit longgar, kalau terjerut?... Jaja tak boleh nak pikir apa lagi....bila periksa leher baby Humaira, alhamdullilah takde apa-apa luka...

Jaja akui ini kesilapan Jaja kerana baby Humaira masih tak boleh beza antara bahaya atau tidak.... Sebelum ni Jaja dan suami Jaja amat berhati-hati dengan benda yang berat, panas dan tajam...Jaja tak berkompromi kalau melibatkan keselamatan....  Jaja sanggup pasang 2 buah pagar keselamatan dalam rumah untuk perlindungan tetapi seutas reben yang kecil ni hampir meragut nyawa anakku.... huhuhu....

pagar menghalang ke dapur dan bilik air


pagar menghalang ke bilik tidur

Tuesday, October 16, 2012

Nestle World Walking Day




Assalamualaikum.... pada 28 Oktober 2012, pihak Nestle Malaysia akan mengada satu kempen iaitu World Walking Day..... acara tersebut akan berlangsung di lima buah negeri di Malaysia.... tempat-tempat yang terlibat adalah seperti Sabah, Sarawak, Johor Bahru, Kuantan, Ipoh dan Putrajaya.... Jaja dan suami Jaja dah mendaftar untuk kawasan Johor Bahru.... Jaja malas nak lakukan senaman, jadi ini adalah peluang terbaik untuk Jaja sihatkan fizikal dan mental Jaja.....hahahahaha..... siapa yang ingin keterangan lanjut boleh klik di sini dan untuk orang-orang Johor yang nak mendaftar, boleh klik di sini....

Jaja daftar melalui sms je.... pendaftar melalui sms hanya terhad kepada 1,000 orang sahaja.... so cepat-cepat mendaftar kepada sesiapa yang berminat ye.... aktiviti ini boleh dijadikan salah satu riadah bersama keluarga di hujung minggu...

Thursday, September 20, 2012

Kursus di Hotel Crystal Crown, JB

Assalamualaikum.. hari ni Jaja sedang berkursus selama 3 hari bermula semalam di Hotel Crystal Crown, Johor Bahru.. banyak ilmu yang Jaja dapat untuk pertingkatkan kerjaya Jaja.. kursus kali ne Jaja tak bosan dan mengantuk.. mungkin sebab bos besar dok kat sebelah kot... Ok, Jaja nak cerita pasal hotel yang menginap... Hotel Crystal Crown terletak di tengah-tengah bandaraya Johor Bahru... Berapa bintang hotel ni Jaja tak pasti... keadaan bilik selesa.. Jaja dok bilik twinsharing... tapi partner Jaja tak menginap di hotel selepas tamat masa kursus.. jadi bilik tu Jaja yang punya!!!... hahahaha Makanan di sini sedap dan boleh di terima oleh tekak Jaja... banyak yang Jaja makan... hahahaha... nanti Jaja update gambar ye... sekarang ne guna phone susah nak uplode gambar...

Suasana dalam bilik

terletak bersebelahan KSL


barangan mandian


minuman yg disediakan di dalam bilik


voucher untuk makan


Tuesday, September 18, 2012

Jalan - Jalan Ke Rengit, Johor

Assalamualaikum.... semalam Jaja sekeluarga ke Rengit, Johor.... tujuan Jaja ke sana nak tengok-tengok kalau-kalau ada barang secondhand yang berkenan di hati dan mampu beli.... sebelum ni banyak kali Jaja dengar dan baca di FB, blog yang mengatakan barang-barang secondhand di perkampungan orang asli Rengit murah.... puas pujuk suami Jaja dari awal tahun, semalam baru dia setuju nak pergi.... hahaha berjaya....

Kali ni Jaja boleh bagi tunjuk arah sebab Jaja ada catat sepanjang Jaja ke sana.... Jaja dari Tol Kulai keluar Tol Simpang Renggam... bayar tol RM4.60.... lepas tol Simpang Renggam belok kiri.... jalan terus lebih kurang 15km jumpa SMK Sri Tanjung dan signborad (Benut terus, Pontian kiri, Batu Pahat Kanan)... sampai simpang empat traffic light belok kanan arah Batu Pahat.... jalan terus jumpa Balai Polis Benut dan terus lagi dalam 12km jumpa signboard (Parit Makasar kiri, Parit mardino kanan, benut terus) sampai simpang empat traffic light jalan terus arah benut.... pastu akan jumpa SK Sri Kembar, Kedai Perabut Chua, Parit Abd Rahman, Tampok, Kg. Bagan Laut, Masjid Jamek Pekan Rengit dan Balai Polis Rengit... lepas Balai Polis Rengit ada traffik light... lepas traffic light belok kiri.... masa belok kiri pastikan Komplek Niaga Rengit berada di sebelah kanan kereta.... jalan terus jumpa Pasar Awam Rengit.... jalan terus lagi jumpa deretan lot kedai batu barangan terpakai.... jalan terus lagi jumpa perkampungan menjual barang-barang terpakai, berhenti dan sila cari parking ye....

Jaja tengok banyak dijual barang-barang peralatan elektrik, permainan kanak-kanak, barangan peribadi kanak-kanak dan perabut.....  hampir ke semua barangan tersebut dari Singapura..... pembeli perlu pandai dan bijak memilih... ada yang cantik, kusam, berhabuk dan sebagainya..... kalau dah berkenan, ringan-ringankan mulut tanya harga dan tawar menawar ye....

kawasan persekitarannya bagi pendapat Jaja kurang memuaskan.... kadang-kadang ada terhidu bau yang kurang menyenangkan....hahaahaha.... itu tak menjadi masalah buat Jaja kerana Jaja ke tempat orang.... cuma Jaja rasa tempat ni tak sesuai untuk orang-orang yang cerewet atau yang geli sana geli sini....bak kata pepatah masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu mengemoo....

Satu yang boleh Jaja usulkan.... jika peniaga-peniaga tersebut diberi bimbingan dan tunjuk ajar, insyallah mereka akan lebih berjaya....

Simpang selepas Balai Polis Rengit
 
jumpa Pasar Awam Rengit
 
Jumpa lot kedai batu
 
kawasan lot kedai batu
 
kawasan perkampungan yang menjual barangan terpakai
 
jalan yang sempit....hati-hati memandu
 
kedai menjual barangan kanak-kanak
 
hasil pencarian Jaja semalam
 
 
 
p/s : Jaja tak berani nak cakap ini perkampungan orang asli atau tidak sebab Jaja ada tengok orang biasa pun ada tinggal di sini.... nanti Jaja upload peta, senang sikit...
 
 

Sunday, September 16, 2012

Sate Ikan

sate ikan

Assalamualaikum.... masa Jaja kecik-kecik dulu lebih kurang umur 10-11 tahun, Jaja pernah makan sate ikan.... itupun masa Jaja ke rumah nenek Jaja.... Jaja ikut sepupu Jaja beli.... Orang yang berniaga tu guna basikal macam beca....masa Jaja mengandung baby Humaira, Jaja ada teringin nak makan sate ikan ni tapi Jaja diamkan sebab Jaja tau susah nak dapat.... bukan mengidam ye, cuma teringin... tak dapat pun tak pe....

Jaja ada pernah terpandang orang yang jual sate ikan ni di tempat Jaja mengajar dulu....Taman Kempas Permai (yang baru-baru ni keluar berita budak 4 tahun tercuck buluh di kepala dan meninggal)... berhampiran sangat dengat Hospital Permai.... tapi disebabkan Jaja nak cepat, tak sempat nak beli... nasib baik baby Humaira tak meleleh air liur.... hahahaha....

semalam masa on the way ke rumah ketua pegawai suami Jaja, Jaja terpandang orang yang jual sate ikan ni.... Jaja suruh suami Jaja berhenti kereta, tapi dia tak nak..... secara tiba-tiba Jaja rasa nak makan sangat-sangat.... rasa nak lompat je keluar dari kereta... huhuhu....Jaja cakap kat suami yang Jaja teringin masa mengandung tapi tak dapat... rasa sebak tiba-tiba.... terus suami Jaja buat u-turn pergi beli.... hahahaha..... Jaja beli RM10.00.....

Sate ikan ni rasanya macam keropok lekor.... kuahnya berwarna pink.... ada kuah pedas dan kuah manis.... zaman Jaja budak-budak, sebatang sate ikan dijual 10 sen.... sekarang ni 4 batang RM1....semalam Jaja beli RM5 untuk kuah manis dan RM5 lagi untuk kuah pedas.... Jaja kasi suami Jaja 2 batang je... yang 38 batang, Jaja makan sorang-sorang.... sedapnya makan panas-panas... jangan ingat Jaja gelojoh ye... Jaja makan 38 batang tu sikit-sikit sampai habis.....hahahaha....6 batang Jaja simpan hingga sampai kat rumah sebab nak snap gambar... terubat sudah rindu Jaja pada sate ikan.... hahahaha....

sate ikan dibakar..
sebelah tong kuah manis, sebelah tong kuah pedas

Jalan-Jalan di JB

Ni entry kesinambungan Legoland, Nusajaya, Johor.....Lepas keluar dari kawasan Legoland, Jaja ke Larkin Sentral untuk tempah jaket dan sulam... Rupanya di situ dah ada jaket siap... ok la, Jaja beli jaket hitam dan tempah untuk sulam....Jaja buat di kedai Jking tingkat bawah Larkin Sentral berhampiran taxi stand.... semua sekali harganya RM88.00....

Lepas tu Jaja dan suami ke rumah kawan suami Jaja... ada open house... maklumla semalam merupakan syawal terakhir.... Rumahnya terletak di Jalan Seri Orkid 27, Skudai..... satu baris yang paling belakang sekali ....sebaris je rumah yang baru di bina.... yang depan-depan dah lama siap dan berpenghuni.... dengar cerita rumahnya berharga lebih kurang RM200,000.... wow....

Habis beramah tamah di rumah kawan suami, Jaja ke rumah ketua pegawai suami.... Ada majlis tahlil dan doa selamat..... rumahnya terletak berhampiran dengan rumah sewa Jaja dulu di JB.... Rumah sewa Jaja di Taman Dahlia... rumah ketua pegawai ni di Taman Kemas, JB.... masa ni Jaja suaikan diri Jaja untuk berkenal-kenal dengan isteri-isteri kawan suami Jaja.... Alhamdulillah, semuanya baik-baik belaka....

Lepas selesai urusan di rumah ketua pegawai suami Jaja, kami ke Pasar Karat Jalan Segget, JB... masa mula-mula suami bagitau nama jalan ni Jaja ingat 'Seagate'.... nama macam kilang di tempat Jaja, Penang.... rupa-rupanya Segget... Jaja tengok tulis di signboard dan baca macam senget.....hahahahaha..... Parat Karat ni lebih kurang macam Uptown @ Downtown di KL.... lebih mudah dikenali sebagai Bazar Larut Malam.... pelbagai barangan dijual... ada yang baru dan ada juga secondhand..... Jaja belikan baby Humaira baju dan mainan..... yang lain-lain cuma cuci mata je.....

Abis je round-round di Pasar Karat, Jaja balik ke rumah... sampai rumah pukul 11.00 malam.... mengantuknya....zzzzzzzz.....

ke rumah yang buat open house

Pasar Karat Jalan Segget